Jarang nak dengar seorang isteri sebut penat, selagi boleh dia akan buat untuk nampak teratur dan selesa untuk orang tersayang.
Namun kalau tetiba dia mengeluh perkataan tersebut, itu maknanya dia dah habis limit. Jadi suami kena faham situasi ini. Begitulah yang cuba dikongsikan oleh saudara Eishmael Sufian ini. Jemput renungkan sekejap…
Kalau Isteri Sebut Penat
Semalam video call, orang umah aku menangis. Penat katanya uruskan semua sorang-sorang.
Anak aku yang dua ketul ni nampak je camtu tapi dua-dua tu super ninja, super mario, dan segala jenis super lagi.
Sebab itu masa trip lepas bila balik dari kapal, sampai je rumah aku terus drive bawak diaorang bercuti ke Perak. Bayangkan aku fly dari Namibia – South Africa – Dubai – KLIA entah 24 jam lebih agaknya travel, sampai je rumah terus capai kunci kereta dan drive Melaka – Perak.
Ads
Masa tu aku pun tak tau jetlag aku pergi mana.
Suami Banyak Hutang Masa
Aku ni banyak berhutang dengan orang umah dan anak-anak aku. Berhutang tanggungjawab dan juga rindu.
Bila orang umah kata penat, bagi aku itulah limit dia. Memang macam tu lah jadi isteri orang laut. Ibarat bersuami separuh masa. Bila suami kerja, semuanya kena buat sendiri. Letih macam manapun, kena buat juga. Sakit ke apa, kena buat dan uruskan juga anak-anak sorang diri.
Ads
Sebab itu aku kalau balik banyak benda nak kena perhati. Bumbung bocor, nak kena betulkan. Aircond nampak dah sumbat, nak kena bersihkan. Tombol pintu dah jem, nak kena tukar. Pisau kat dapur dah tumpul, nak kena asah. Mana lampu dah malap, nak kena tukar. Tayar kereta kalau nampak nak botak, nak kena tukar. Kalau kereta belum servis, kena hantar servis.
Jadi, memang kena sediakan sebaiknya biar tak susahkan dia masa kita tak ada. Sebab itu juga kalau masa aku cuti tu aku suka ambil tugas uruskan anak-anak.
Bila Cuti, Bagi Orang Rumah Rehat
Ads
Sebenarnya masa aku cuti memang lebih nak bagi orang umah berehat. Kalau aku balik kadang lebih banyak makan kat luar atau beli makan berbanding masak.
Bukan bermaksud nak manjakan. Tapi lebih kepada nak balas jasa sebab uruskan urusan rumahtangga sorang-sorang.
Biarlah waktu kita ada ni boleh lah dia rehat. Ada masa boleh bagi rehat, rehat. Ada masa boleh bawa jalan, jalan. Lagipun ibarat aku membayar hutang tanggungjawab yang sepatutnya itu tanggung jawab aku, tetapi istri aku yang kena buat.
Sebab bagi aku, kita lelaki ni lain. Bila orang kata lelaki ni bila kawin ibarat raja ni bagi aku tak tepat sebab orang lelaki ni tanggung jawab dia lebih besar. Orang lelaki atau suami ni adalah provider. Maka, seboleh mungkin dan semaksimum mungkin kita kena provide. Sebab itu memang dah menjadi tanggung jawab kita selain daripada menjadi protector. Dan itulah fitrah kita sebagai lelaki, suami atau ketua keluarga.
Dan kerana kita orang lelaki dah jalankan tanggungjawab sebagai provider dan protector, maka barulah layak untuk kita claim ketaatan daripada para isteri kita.
Konsepnya adalah biar kita sempurnakan hak atau tanggung jawab terhadap pasangan, kemudian barulah kita layak untuk menuntut hak kita daripada pasangan. Tak kisahlah siapa kita. Sama ada suami atau pun isteri.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kadangkala, soalan yang ditanya oleh orang sekeliling buat anda jadi letih dan penat untuk mendengar serta menjawab soalan mereka. Sewaktu masih belum kahwin, antara soalan yang kerap ditanya oleh orang sekeliling adalah ‘bila nak kahwin?’. Bila dah kahwin, lagilah banyak soalan yang ditanya.
Bukan apa, soalan-soalan yang ditanya kadangkala agak sensitif hingga boleh menyinggung perasaan kita dan pasangan. Ingatlah, ketika berkahwin, banyak lagi perkara yang perlu anda tempuh. Perkahwinan bukan penamat dalam perhubungan cinta tetapi baru sahaja permulaan.
Berikut merupakan antara soalan yang kerap ditanya ketika anda baru kahwin:
1. Perancangan Anak
Soalan yang paling kerap ditanya dan merupakan soalan yang paling sensitif. Anak bukanlah petanda kebahagiaan sesebuah perkahwinan seseorang itu. Ada yang baru je seminggu kahwin, dah ditanya dengan soalan sebegini. Eh memang stress lah!
2. Pendapatan Pasangan
Alahai, kenapalah sibuk nak tahu tentang gaji suami orang. Tak perlu kot nak tanya soalan begitu. Soalan yang kerap ditanya, ‘berapa gaji suami kau?, ‘mampu ke dia nak tanggungh hidup kau?’. Yang sibuk nak tahu sangat tu kenapa eh?
3. Kisah Mentua
Hati-hati dengan mereka yang bermulut macam ‘makcik bawang’ ni. Mereka cuba untuk mengorek hal rumah tangga kita dan cuba untuk buat kita bertelagah dengan keluarga mentua. Akhirnya, kita sendiri yang susah. Biasalah kalau tak ‘sekepala’ dengan mentua. Baru lagi kan. Dah lama-lama nanti okay lah tu.
Apa Perlu Buat Bila Dapat Soalan Macam Ni?
Pertama sekali, anda senyum dahulu demi menyejukkan hati yang sedang panas tu. Kemudian, jawab soalan dengan bersahaja dan berdasarkan fakta. Contohnya, ‘bila nak ada anak?’, anda jawab ‘kalau Allah nak bagi anak nanti, adalah. Doa je yang baik-baik.’
Cukup sahaja jawab begitu dan tak perlu nak lebih-lebih. Nanti kita sendiri yang sakit hati. Paling penting, update pada pasangan anda dan jangan disimpan di dalam hati. Biar pasangan tahu apa yang sedang anda alami.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Doa sememangnya senjata yang hebat bagi seorang muslim. Tapi, apakah yang paling sering dibaca oleh seorang muslim? Ramai yang menjawab soalan tersebut dengan salah.
Tak ramai yang rasa mereka sedang berdoa pada saat membaca doa tersebut. Padahal doa tu sangat dahsyat, mencakup keperluan kita di dunia dan akhirat. Dan dibaca minima 17 kali setiap hari.
Doa itu adalah doa diantara dua sujud, marilah kita lihat apa maksud disebalik doa ini:
√ ROBIGHFIRLII,
Wahai Tuhan ampunilah dosaku. Dosa adalah beban, yang menyebabkan kita berat melangkah menuju ke redhaan Allah. Dosa adalah kotoran hati yang membuat hati kelam sehingga hati kita merasa berat untuk melakukan kebaikan.
√ WARHAMNII,
Sayangilah diriku. Kalau kita disayang Allah, hidup akan terasa bahagia, kerana dengan kasih sayang akan dapat dicapai semua cita2. Dengan kasih sayang Allah diri kita akan terbimbing.
√ WAJBURNII,
Tutuplah segala kekuranganku. Banyak sekali kekurangan kita, kurang syukur, kurang sabar, kurang menerima kenyataan, mudah marah, pendendam dll. Kalau kekurangan kita ditutup/diperbaiki Allah, maka kita akan menjadi manusia sebenarnya.
√ WARFA’NII,
Tinggikanlah darjatku. Kalau Allah sudah meninggikan darjat kita, maka pasti tidak ada manusia yang boleh menghinakan kita.
√ WARZUQNII,
Berikanlah aku rezeki, sebagai hamba Allah kita memerlukan rezki. Allah mampu mendatangkan rezeki dari arah yang tak terduga dan tanpa perhitungan.
√ WAHDINI,
Berikanlah aku petunjuk/bimbinglah aku ke jalan kebahagiaan. Kita tidak hanya minta petunjuk/hidayah yang berkaitan dengan agama. Tetapi kita juga minta petunjuk agar terhindar dari mengambil keputusan yang salah.
√ WA’AAFINII,
Berikanlah aku kesihatan. Apabila kita sihat kita boleh menambah kebaikan dan manfaat serta tidak menjadi beban orang lain. “Health is not everything, but without health everything is nothing.”
√ WA’FUANNII,
Aku mohon agar kesalahanku dihapus dari catatan. Kita awali doa ini dengan mohon ampun dan kita akhiri dengan permohonan agar catatan dosa kita dihapus. Sehingga kita benar-benar bersih dari dosa seperti bayi yang baru lahir.
Allah memerintahkan kita untuk membaca doa itu, Rasulullah mencontohkan kepada kita, menurut logiknya doa tersebut pasti dikabulkan.
TAPI PERSOALANNYA “DIMANA HATI DAN FIKIRAN KITA KETIKA KITA MEMBACA DOA ITU ?”
RASULULLAH MENGINGATKAN KITA BAHAWA, “ALLAH TIDAK AKAN MENGABULKAN DOA YANG KELUAR DARI HATI YANG LALAI.”
Sumber : aku islam
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ini adalah sedikit nasihat buat wanita mahupun sesiapa sahaja yang berhadapan dengan masalah. Baik ubtuk anda yang sedang serabut hati nak mendirikan rumah tangga dan ditimpa masalah, cuba hadam dan amalkan jika berkaitan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!