Lain dunia masa bercinta dengan alam perkahwinan. Itu wajib anda tahu sebelum buat keputusan hidup bersama. Nak hidup lama, jadi kena fikir sejauh mungkin.
Bak kata saudara Angkol, biar kedua belah pihak bersedia dengan sebarang kemungkinan.
Masa Bercinta Tak Sama Dengan Alam Perkahwinan
Bila sudah bergelar suami isteri, lagi-lagi kalau sudah ada anak. Kalau terjadi pertengkaran, kena tanya balik dalam hati.
Ads
Betulkah apa yang saya buat ini. Sebab setiap pasangan pasti pernah melakukan kesilapan, tapi belajarlah untuk sama-sama memaafkan.
Sebenarnya di sinilah kita diuji, kita betul-betul bersedia atau tidak untuk hidup bersama sampai tua sama pasangan kita.
Ads
Dah Kahwin Lagi Besar Tanggung Jawab
Kalau masa bercinta pun tidak tahan sama dugaan yang diterima sepanjang sama-sama, janganlah dulu melangkah ke peringkat seterusnya. Sebab sudah kahwin lagi besar tanggung jawab dan lagi besar dugaan yang datang.
Ads
Sebenarnya tiada hubungan yang 100% sempurna, tapi sama-sama menyempurnakannya. Saling faham, saling menghargai, sama-sama berjuang, sama-sama bagi komitmen.
Percayalah dalam setiap kegelapan pasti ada titik terang, dalam setiap doa pasti ada jawapan, malah setiap kesusahan pasti ada kemudahan dan di setiap ketidak mungkinan pasti ada keajaiban.
Tidak perlu kita tunggu yang sempurna, tapi cukuplah sempurnakan apa yang ada di depan mata.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak semua pasangan yang berkahwin dapat tinggal sebumbung kerana ada yang tinggal berjauhan atas komitmen kerja atau belajar. Walaupun ramai yang kata perkahwinan jarak jauh sukar, tapi ia bukan alasan untuk anda berdua kekal romantis dan bahagia.
Paling penting kedua-duanya perlulah saling menghargai perasaan dan mempercayai antara satu sama lain. Baru anda berdua akan merasai kenikmatan berumah tangga.
Jika anda tergolong dalam pasangan yang terpaksa berpisah dengan insan tersayang, ayuh terapkan dalam diri enam petua ini agar rumah tangga yang dibina kekal bahagia dan romantis seperti pasangan lain.
1. Tetapkan matlamat dalam hubungan
Sebelum anda dan pasangan tinggal berjauhan, menentukan dahulu arah hubungan, sebab-sebab kenapa tinggal berjauhan dan bilakah tarikh untuk anda berdua akan tinggal bersama. Ia penting agar anda dan pasangan ada matlamat untuk berusaha tinggal bersama seperti pasangan yang lain.
2. Perlu ekstra percaya terhadap pasangan
Hubungan dalam rumah tangga menuntut kita untuk saling mempercayai antara satu sama lain. Tidak dinafikan saat berjauhan kepercayaan akan teruji. Oleh itu belajarlah untuk meningkatkan kepercayaan dalam diri masing-masing. Singkirkan segala perasaan curiga terhadap pasangan kerana sikap tersebut jika dibiarkan boleh menjadi duri selain membuatkan anda memikirkan perkara yang buruk.
3. Sentiasalah berkomunikasi
Walaupun anda berdua terpisah disebabkan oleh komitmen kerja atau pelajaran, jangan sesekali mengabaikan komunikasi. Sentiasalah berhubung antara satu sama lain. Ceritakan kepada pasangan tentang aktiviti harian, masalah yang dihadapi ataupun luahkan rasa rindu anda kepadanya. Apatah lagi zaman yang serba moden ini lebih memudahkan kerana terdapat banyak cara untuk seseorang itu berhubung dengan orang tersayang.
4. Kirim hadiah kejutan
Apabila tiba tarikh-tarikh penting seperti tarikh lahir pasangan, tarikh mula bertemu, ulang tahun dan sebagainya, hantarkan hadiah untuknya. Jangan disebabkan anda berdua tinggal berjauhan, anda mengabaikan tarikh-tarikh penting ini. Sebenarnya kejutan sebegini boleh membuatkan pasangan rasa dihargai dan teruja apatah lagi menerima kiriman istimewa daripada insan tersayang. Cara ini akan menghangatkan lagi kasih sayang anda.
5. Ambil masa untuk mengunjungi pasangan
Jika pasangan masih dalam negara, latihlah diri anda dan pasangan untuk saling mengunjungi antara satu sama lain. Buatlah giliran agar anda berdua boleh berjumpa, mungkin seminggu sekali atau dua minggu sekali. Dengan cara ini hubungan romantis dan bahagia anda berdua bertambah semarak dan tidak akan pudar. Saat bertemu itu lakukan aktiviti bersama sepuas-puasnya seperti menonton wayang, masak makanan kegemaran suami dan sebagainya. Dengan cara ini akan membuatkan hubungan anda dan pasangan bertambah bahagia.
6. Hantarkan mesej romantis
Tentu pasangan rasa teruja apabila menerima pesanan cinta daripada anda. Anda boleh menghantar pesanan ringkas dengan mesej cinta atau kata-kata romantis di telefon bimbitnya. Kata-kata ini akan membuatkan pasangan terbuai dengan cinta anda, lantas timbul rasa tidak sabar untuk bertemu dengan anda nanti.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika anda mempunyai masa tidur selepas jam 11 malam, besar kemungkinan anda harus menukar tabiat tersebut secepat mungkin.
“wanita cantik tidur sebelum jam 11 malam..” – pakar kulit
Menurut seorang pakar kulit, Geoff Wright beliau berkata, badan manusia mempunyai ‘jam biologi’ dimana kulit akan melembap dengan semula jadi bermula jam 8 malam hingga 11 malam setiap hari. Manakala jam 11 malam hingga 3 pagi pula adalah disetkan kepada waktu penjanaan semula sel-sel kulit dan penutrisian.
Ketika jam 11 malam hingga 3 pagi ini, proses penukar gantian sel-sel kulit terjadi dan ia terjadi hanya ketika tubuh badan sedang berehat atau tidur. Jika tidak, proses penukar gantian ini terjadi dengan sedikit dan tidak optimum, malah ia mungkin tidak boleh terjadi, menyebabkan kulit nampak tua dan kusam.
“wanita cantik tidur sebelum jam 11 malam..” – pakar kulit
Jadi tidurlah awal dan bangun awal untuk kulit nampak lawo!
“wanita cantik tidur sebelum jam 11 malam..” – pakar kulit
Terlalu banyak bencana yang sedang melanda negara kini. Sebagai manusia, kita hanya mampu berdoa dan berharap agar segalanya tidak memudaratkan sehingga berlarutan.Namuni ini semua adalah ketentuan Allah dan kita perlu berusaha untuk membekalkan sebanyak pahala mungkin untuk menghadapi hari terakhir kita.
Jangan pernah berputus asa untuk berdoa dan meminta kepada Allah. Ini adalah antara usaha yang boleh kita amalkan.
Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):
(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.
.
Kelebihan membaca itu jelas mendapat ganjaran pahala yang besar sekalipun seseorang itu tidak faham bahasa Arab.
Justeru, mana-mana surah di dalam al-Quran boleh dibaca pada bila-bila masa yang sesuai tetapi tidak boleh mengkhususkan waktu dan kelebihan tertentu melainkan ada dalil sahih yang menjelaskan perkara berkenaan.
Apa yang jelas, malam Jumaat atau hari Jumaat disunatkan kita membaca Surah al-Kahfi berdasarkan dalil hadis yang darjatnya sahih daripada Nabi SAW.
Pertama: “Barang siapa membaca al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya antara dirinya hingga ke Baitul Atiq (Ka’bah).” (Riwayat ad-Darimi)
Kedua: “Barang siapa membaca al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya selama waktu antara Jumaat yang satu ke Jumaat berikutnya.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)
Antara kelebihan Surah al-Kahfi adalah seperti yang diriwayatkan Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal Surah al-Kahfi akan terpelihara daripada dajjal.” (Riwayat Muslim)
Dalam riwayat Abu Dawud pula seperti yang dikatakan oleh Qatadah, Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang menghafal ayat akhir daripada Surah al- Kahfi akan terpelihara daripada fitnah Dajjal.”
Berdasarkan hadis itu, secara ringkasnya ada dua pendapat mengenai kelebihan membaca Surah al-Kahfi iaitu bacaan 10 ayat yang terawal dan 10 ayat terakhir.
.
Mengapa 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir di-pilih?
Sepuluh ayat terawal memperihalkan mengenai kenyataan al-Quran dan keadaan orang yang kufur serta orang yang beriman terhadap al-Quran manakala 10 ayat yang terakhir pula menunjukkan natijah bagi mereka yang beriman dan kufur.
Dengan menghafal ayat awal dan ayat akhir surah itu akan menambahkan lagi keimanan bagi mereka yang benar-benar mentadabburkan ayat al-Quran serta mengharap pemeliharaan Allah SWT daripada fitnah dajjal.
Membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat sangat digalakkan ke atas setiap Muslim tidak kira 10 ayat terawal mahupun 10 ayat terakhir atau sebahagiannya dan lebih baik membaca satu surah lengkap.
Ini kerana surah al-Kahfi dapat menjadi benteng keimanan yang kukuh daripada fitnah dajjal bagi sesiapa yang mengamalkannya.
Maka surah itu memberi harapan baru bagi mereka yang tidak mempunyai harta yang banyak.
Tambahan pula pada akhir zaman ini tentangan terhadap Islam semakin kuat sehingga Rasulullah SAW bersabda: “Akan sampai satu masa manusia yang mempunyai kesabaran pada agamanya akan menjadi seperti orang yang menggenggam bara api.” (Riwayat al-Tirmizi)
Sejajar dengan keadaan itu, Allah SWT menurunkan surah al-Kahfi supaya ia dapat menjadi benteng keimanan buat seorang Muslim menerusi model utamanya sendiri iaitu segolongan pemuda yang teguh keimanannya.
Mereka meninggalkan segala harta dunia demi keimanan mereka terhadap Allah SWT dan hari akhirat sehingga ganjaran yang mereka terima berlipat kali ganda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...