Suami selalu keluar malam, lepak kedai mamak dengan member, keluar rumah tak pelawa isteri pun. Sekali buat ok, dua kali berulang ok tapi kalau banyak kali terasa juga, lebih-lebih lagi isteri berhati “sponge” mudah rasa kecil hati.
Ini 5 rahsia yang semua isteri boleh amalkan supaya suami mudah lembut hati dan dengar kata, insyaallah mujarab :
1. Jaga makan suami
▪️ Nak suami mudah dengar kata jangan bagi makanan sebarangan masuk ikut mulut.
▪️ Bila suami dah terlalu biasa makan di luar nanti makan di rumah rasa pahit dan tawar walaupun sekadar minun air putih.
▪️ Sebaiknya isteri masak untuk suami dan makan di rumah sambil suap menyuap baru mood honeymoon tu sentiasa segar.
▪️ Nescaya suami akan buka telinga seluas-luasnya untuk isteri bila perut dia dipenuhi kasih sayang.
2. Guna kata-kata lembut
▪️ Jangan sesekali keluar kata-kata kasar dengan suami walau marah macam mana sekali pun.
▪️ Sekali terlepas perkataan kasar akan menghasilkan selaput di telinga suami ibarat dinding yang menghalang suara isteri didengari.
▪️ Inilah punca suami dapat masalah pendengaran, lebih serius lagi suami boleh berjangkit pekak dari badak.
Sekarang dah macam musim pula untuk kahwin muda. Seronok admin lihat ramai remaja-remaja di luar sana
Admin nak berikan beberapa tips untuk anda remaja di luar sana yang gusar dan tidak tahu cara untuk minta kebenaran berkahwin muda.
Ibu bapa memang mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Setelah penat lelah mereka membanting tulang empat kerat, bekerja, menyediakan makan pakai kepada anak-anak, mestilah mahukan anak-anak mereka hidup senang dan bahagia. Mungkin pada mulanya akan berlaku kesukaran untuk menyuarakan keinginan, tetapi berkat jika anda ikuti tips yang bakal admin kongsi ini, insyaAllah lembut lah hati mereka.
Tips yang pertama
Tunjukkan sikap matang anda. Sikap matang yang admin maksudkan ini adalah matang dalam tingkah laku, membuat keputusan serta berbicara. Bukan apa, ibu bapa ini bimbang jikalau anak mereka membuat keputusan ikut rasa. Bak kata pepatah ikut rasa binasa. Pamerkan sikap matang supaya ibu bapa anda yakin bahawa anda sudah yakin dengan keputusan dan bukannya keputusan yang hanya untuk kepentingan diri sendiri sahaja. Hormat orang tua, tunjukkan sikap, akhlak, serta budi pekerti yang baik. Bukan untuk sehari dua, tetapi praktikkan dalam diri supaya jadi amalan.
Tips yang kedua
Pada mereka yang masih menuntut atau belajar. Dahulukan lah pelajaran. Janjikan pada orang tua anda bahawa anda akan jadikan pembelajaran anda sebagai keutamaan. Hanya selepas anda tamat belajar barulah rumahtangga itu menjadi keutamaan. Bincang dengan pasangan, tidak akan timbul masalah jika kedua anda sepakat dan saling memahami antara satu sama lain. Tahulah tanggungjawab masing-masing.
Sebagai orang islam, jika anda lelaki adalah berat tanggungjawabnya. Anda bakal menjadi ketua keluarga. Ketua yang menggerakkan keluarga anda. Adalah penting untuk anda menjaga rapi ibadah anda. Bukan sahaja untuk bakal suami, turut serta bakal-bakal isteri di luar sana. Banyakkan amal, dekatkan diri kepadaNya. Perkahwinan bukanlah atas dasar kata nafsu semata-mata. Dengan menjadi ketua keluarga, membawa mereka ke jalan yang lurus dan diredhai. Bukannya pula hanya untuk dunia. Tips ketiga ini memerlukan anda untuk lebih menitikberatkkan keredhaan di sisi Allah swt. Muda bukan dijadikan alasan anda untuk melebihkan dunia. Seimbangkan dengan akhirat, patuh pada arahanNya, insyaAllah itu akan membuatkan mereka percaya bahawa anda boleh membimbing walaupun diusia muda.
Tips terakhir
Bincanglah dari hati ke hati. Kenalkan calon bakal suami/isteri tersebut pada ibu bapa anda. Nyatakan kenapa anda ingin tamatkan zaman bujang anda di usia yang muda, di mana sumber wang yang bakal menanggung rumahtangga anda kelak, dan yakinkan bahawa anda sudah bersedia. Jangan berkasar dan jangan bicara dengan nada mendesak. Bincang dengan lemah lembut dan sopan. Nada yang rendah supaya tidak mengecilkan hati mana-mana pihak. Seperti sedia maklum bahawa hati orang tua ini mudah terasa. Bicaralah sehabis baik.
Semoga berjaya!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap pasangan akan fikir soal zuriat lepas kahwin, ini termasuklah pelakon, Aprena Manrose dan suami, Mohd. Afiq Hazman yang menyatakan sudah reda dengan takdir hidupnya.
Bukan langsung tidak ikhtiar, jadi mereka memilih untuk menerima apa jua hasilnya selepas mencuba untuk mendapatkan cahaya mata.
Aprena Manrose Reda Dengan Ketentuan Allah
Menerusi portal Kosmo!, Aprena atau nama lengkapnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 31, berkata, bukan bermaksud mereka berputus asa, sebaliknya hanya yakin dengan ketentuan Allah.
“Kalau bercakap soal zuriat ni, saya buat Persenyawaan In Vitro (IVF) kira-kira dua tahun lalu dan berehat hampir setahun daripada dunia lakonan kerana proses rawatan itu memerlukan saya tidak terlalu lasak.
“Selepas buat pemeriksaan, doktor sahkan rawatan IVF tidak berjaya dan ketika itu, saya dan suami sangat kecewa.
“Kemudian kami lebih kepada reda dan pasrah, tiada zuriat pun tak mengapa. Bukanlah putus asa, tapi, mungkin Allah nak berikan anak di akhirat sana,” katanya.
Akan Terus Usaha Selagi Ada Peluang
Meletakkan keyakinan 100 peratus kepada ketentuan Ilahi , Aprena memberitahu, dia dan suami akan terus berusaha mendapatkan cahaya mata secara semula jadi sementera jadual kerjanya tidak terlalu padat.
“Saya yakin Allah berikan ikut apa yang kita mahukan juga. Sebelum ini, sejujurnya, memang tiada cuti.
“Selepas bertudung, saya ada keinginan untuk lebih santai sebab mungkin bila terlalu sibuk menyebabkan sukar hamil, ditambah hormon tak betul.
“Jadi, bila dah ada masa sekarang, insya-Allah, kalau semua cara rawatan tak menjadi, kita boleh cuba cara alami. Kita tak tahu, tapi Allah tahu bila masa yang sesuai,” ujarnya tersenyum.
Untuk rekod, Aprena dan suaminya mendirikan rumah tangga pada 2016.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap pasangan kekasih yang mendirikan rumah tangga sudah tentu mahukan zuriat sebagai penyeri hidup. Bila sahaja disahkan isteri anda hamil, baik suami mahupun isterinya, semuanya menghitung hari tidak sabar menanti saat lahirnya penyambung keturunan mereka ke dunia.
Masing-masing sibuk membuat persiapan dan menyediakan pelbagai kelengkapan buat untuk si bayi, tambah-tambah kalau itu anak pertama mereka. Sebut sahaja kelengkapan bayi yang ada dijual di pasaran, kalau boleh semuanya mahu dibeli. Tak kisahlah pakai sangat ke tak, asalkan ada dan memberi keselesaan kepada anak masing-masing.
Tapi, ramai tak suami yang membuat persediaan untuk menjaga isteri sendiri lepas bersalin. Yeala, apa yang jadi kebiasaannya isteri yang baru bersalin akan dihantar pulang ke rumah ibu mertua di kampung isteri, tapi takkanlah si suami nak lepas tangan semuanya kan. Kena la tahu juga dua tiga perkara mengenai isteri anda sebaik sahaja mereka selamat melahirkan bayi anda.
#1 – Buang air besar dan kecil kali pertama lepas bersalin tu akan sangat sakit pada si dia lebih-lebih lagi dalam keadaan perineum yang jadi sangat sensitif.
#2 – Walaupun baby dah keluar tapi jangan ingat perut terus kempis macam sebelum mengandung ye. Rahim ambil masa dalam 6 minggu untuk kembali ke bentuk asal.
#3 – Rambut banyak gugur masa menyikat dan mandi tapi jangan gelabah. Ni efek daripada hormon estrogen yang mendadak turun je. Biasanya rambut gugur tu akan berhenti dalam 6-12 bulan.
#4 – Memang boleh berpantang tapi jangan sampai melampau lampau sangat. Sampai ada yang tak bagi si ibu tu minum air putih. Dah la nak kena menyusu lagi. Bukan kita takut tubuh tu jadi dehidrasi je tapi yang paling kita takut kalau sampai terjadi pembekuan darah dalam saluran darah di paru-paru ( pulmonary embolism ) akibat daripada kurang minum air tu sendiri ( dehydration ).
Tanda-tanda Pulmonary Embolism adalah :
– Denyut nadi jadi lebih laju daripada biasa
– Batuk darah
– suhu badan naik
– sesak nafas
Bahaya ke pulmonary embolism ni?
– Yup. Sangat bahaya. Boleh sebabkan kematian mengejut!
#5 – Selepas bersalin, hormon isteri boleh jadi kacau bilau. Jadi jangan pelik kalau tiba-tiba emosi isteri jadi tak stabil. Boleh jadi tiba-tiba sedih, hati pun rasa redup je dan tiba-tiba nak menangis. Tu mungkin simptom Baby Blues. Benda tu biasa terjadi dalam seminggu atau dua minggu lepas bersalin. Cuma kalau lepas tu simptom tu masih tak hilang juga memang kena jumpa doktor takut-takut dah jadi Post Partum Depression.
Masa ni la si isteri paling perlukan sokongan suaminya sendiri. Bayangkan betapa banyak luka yang si isteri dah tanggung selama nak lahirkan zuriat si suami kan. Bukan cuma luka kesan koyakan Episiotomy je tapi luka emosi tu sendiri yang lebih dasyat sebab tu la si isteri sangat perlukan tidur, makan dan minum yang cukup dan sokongan emosi yang berterusan daripada suaminya sendiri.
sumber: taufiq raziff
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!