Setiap orang ada ‘kepantangan’ masing-masing. Termasuklah pasangan kita. Apabila meniti lebih lama usia perkahwinan, akan semakin banyak kita kenali apa kegemaran dan apa yang tidak disukai (kepantangan) pasangan kita. Bila masuk alam perkahwinan semua perlu sensitif dan jangan terlalu suka sehingga boleh melukakan tanpa disedari. Kalau kita tak suka sesuatu perkara janganlah juga buat pada pasangan anda juga.

Setiap orang ada ‘kepantangan’ masing-masing. Termasuklah pasangan kita. Apabila meniti lebih lama usia perkahwinan, akan semakin banyak kita kenali apa kegemaran dan apa yang tidak disukai (kepantangan) pasangan kita. Ikuti perkongsian Intan Dzulkefli mengenai hormati prinsip pasangan kita


.

PANTANG ISTERI, PANTANG SUAMI. JANGAN LANGGAR SAHAJA

Saya teringat, lama dah dulu saya ada menonton 1 filem Inggeris. Ada satu pasangan suami isteri ni yang merupakan kawan baik sejak belajar dan akhirnya berkahwin. Bestfriend jadi life partner lah orang kata.Kepantangan si isteri adalah suami yang menipu dan merokok kerana tak silap, bapanya meninggal kerana kanser paru-paru disebabkan tabiat merokok. Jadi dia sangat pantang jika suaminya merokok.

Sampaikan waktu itu rumah mereka sedang direnovasi, si isteri tadi terjumpa satu kotak rokok di satu sudut rumah, habis disoalnya penyelia pekerja yang sedang renovate rumah. Waktu tu penyelia kata memang takde pekerjanya yang merokok. Entah macam mana, si suami terjebak dengan orang ketiga. Awalnya mampu jugalah dia mengelak namun, akhirnya suami tadi gagal mempertahankan kesetiaannya kerana curang dengan wanita lain hingga membawa ke katil.

Satu hari, si suami isteri ini pergi ke mall peralatan rumah untuk memilih jubin lantai. Si suami bertanya pilihan si isteri. Nak pilih jenis yang laminate ala-ala rupa kayu atau pilih betul-betul kayu. Yang ori kayu tu tentulah mahal kosnya. So apakata pilih yang kayu ‘tiruan’ tu. Jimat banyak.

Jawapan si isteri, “aku tak suka benda ‘fake’. Kalau kau bukan kayu, tak perlulah nak berpura macam kau kayu,” dengan mimik muka serius. Si suami rasa lain macam. Seolah si isteri memerlinya. Lalu….

IKLAN

“I slept with someone,” si suami berterus terang. Isteri berpaling pada muka suami. Mata dia bergenang.

Waktu tu saya ingatkan si isteri ni hendak mengamuk. Sebaliknya dia bertanya, “kau merokok ke?” rupanya kepalanya terus teringat insiden dia terjumpa kotak rokok haritu. Suaminya terus menafikan dan ingin keluar dari rumah. Yelah, tipikal isteri mestilah marah bila suami curang hingga ke katil dengan wanita lain. Tapi isteri dia boleh accept hal tu. Kemudian, rumah mereka siap direnovasi. Si isteri mengemas-ngemas rumah dan terjumpa kotak rokok. Alamak, kali ni jelaslah memang ia milik si suami. Nak tuduh siapa lagi sebab dah tak ada orang lain dalam rumah tu.

Isterinya mengamuk, memecahkan cermin, dihumbannya semua barang suami ke luar. Dia memang pantang sangat-sangat kalau suami menipu dan merokok. Nah, berbeza sangat impaknya apabila diusik ‘kepantangannya’ kan? Dia boleh accept suami curang dengan wanita lain hingga berzina, namun tak boleh tolerate dengan suami yang menipu dan merokok di belakangnya.

Akhirnya di penghujung cerita, si isteri meninggalkan nota, ‘I want divorce’ sambil menyusun banyak kotak rokok di tepi nota itu sebagai ‘hint’ bahawa dia dah tahu hakikat suami menipunya.

IKLAN


.

HORMATI PRINSIP DI ANTARA PASANGAN

Apa yang saya belajar dari kisah ini ialah, jangan sesekali buat apa yang pasangan kita tak suka, walau hal itu remeh bagi kita. Kalau tahu isteri tak suka kita bergurau senda tentang bab poligami, janganlah buat.

Kalau tahu isteri tak suka kita cuci mata, ‘like’ gambar perempuan dekat media sosial, jangan buat. Kalau tahu suami tak suka kita bermekap dan berwangian berlebihan, tak jaga ikhtilat dengan rakan sekerja, jangan buat. Of course hal ni dilarang agama juga. Kalau tahu suami jenis pantang tak ada kicap jalen atas meja setiap kali makan, haa isteri kenalah pastikan ada kicap atas meja siap-siap. Ni contoh sahajalah kan. Main point dia, sebab kita tak tahu betapa kepantangannya itu boleh menyebabkan mereka hilang percaya, hormat dan sayang pada kita.

Sanggup ke ambil risiko?Belajar hormati pendirian pasangan kita. Nama pun pasangan, maknanya kita sudah bersedia untuk menerima kekurangan dan kelebihannya. Makin lama usia perkahwinan, tentu semakin kita kenal pasangan kita.

IKLAN


.

Kadang bila baca statistik penceraian di Malaysia dan lihat sebab musababnya, ada yang rasa macam tak logik bercerai sebab pasangan suka picit ubat gigi sebelah atas, sedangkan dia suka picit sebelah bawah. Namun, kadang kita lupa. Hal yang dianggap kecil tetapi jika seringkali dilakukan, lama-lama dari merajuk boleh bertukar jadi marah, meluat dan lama-lama jadi benci. Lama-lama dari sayang, sudahnya nak tengok muka pun tak sudi. Kata kuncinya, hormatlah pasangan kita. Termasuklah segala ‘kepantangannya’ tadi. Walau hal itu macam remeh bagi kita, tetapi mungkin bagi pasangan kita, ia sesuatu yang boleh menyebabkannya rasa tersentuh dan melukakan hati.

kredit :

Intan Dzulkefli

 

KLIK SINI!

Jom join webinar Pesona Pengantin untuk naikkan kembali semangat berniaga ketika PKP. Ada banyak idea baharu dan bantuan yang nak kami kongsikan bersama anda!

 

*** JPIN TELEGRAM CHANNEL PESONA PENGANTIN UNTUK PELBAGAI SHARING YANG LEBIH BEST! KLIK SINI!