Selepas kahwin, tolonglah apa yang patut kalau tak nak isteri ‘menggila’ di rumah. Bukan niatnya nak jadi begitu tetapi biasanya bila sudah terlebih uruskan buat kerja, tekanan emosi tak dapat dikawal.
Itu yang para suami wajib tolong apa yang patut. Nampak tak siap, bantu. Jangan hanya tahu mengarah bila tengok benda tak siap. Buat para suami, jemput baca perkongsian ini, betulkan apa yang perlu.
Kalau Tak Nak Isteri ‘Menggila’
Bersyukurlah isteri kita tu tak gila.
Dia pergi kerja, dia berniaga, dia buat part-time, dia jual online, dia jadi ejen, dia cari rezeki, dia bantu ringankan beban, dia bayar hutang-hutang kita, dia tanggung bil utiliti, dia beli keperluan rumah dan belanja dapur.
Dia jaga anak-anak, uruskan anak, dia jaga suami, uruskan suami, dia mengemas, dia menyapu, dia mop lantai, dia kutip mainan, dia lap air tumpah, dia kutip baju, dia basuh baju, dia sidai baju, dia lipat baju, dia memasak, dia buang sampah, dia basuh pinggan, dia kemas dapur, dia ajar anak kerja sekolah.
Ads
Dia tidur pun kadang 3,4 jam sehari sahaja. Kemudian kembali bangun untuk buat kerja dan perkara yang sama berulang-ulang setiap hari selagi masih memegang title ibu dan juga isteri.
Itu belum kira dengan dia terasa hati disebabkan perbuatan kita. Tidak kira dia menangis sebab perangai kita. Itu belum kira dengan apa yang dia pendam, apa yang dia simpan, apa yang dia tak luahkan kepada kita.
Kena pula berhadapan dengan mertua yang selalu membanding-bandingkan dia, yang selalu mencari salah dan silap dia. Kena pula berhadapan dgn ipar duai biras yang suka perli-memerli, sindir-menyindir dan mengata belakang.
Syukur Dia Mampu Buat Semua Tugas
Ads
Bersyukurlah sebab DIA TAK GILA lagi. Dia masih lagi waras, dia masih lagi sihat. Cumanya, sampai bila dia mampu mengekalkan kewarasan dia? Sampai bila dia akan sihat untuk buat semua perkara tu?
Akan tiba hari di mana dia akan “meletup” disebabkan dia dah buat sesuatu yang diluar kemampuan dia dan dia dah tanggung sesuatu yang melebihi apa yang sepatutnya ditanggungnya.
Kalau tak nak isteri “MENGGILA”, maka tolonglah dia. Kerja dia banyak. Kalau kita kata kita dah keluar mencari rezeki, maka dia pun sama. Kalau kita nak rehat, maka dia juga nak rehat, tapi siapa yang nak buat kerja rumah tangga.
Ads
Jika dia rehat dan tak buat, sama-sama lah ambil seorang sedikit, pikul dan bahagikan beban dan urusan rumah tangga kita itu.
Lepas itu tak perlu lah buat masalah atau cari masalah dengan dia. Banyak lagi benda dia nak kena fikir. Jangan tambahkan benda yang dia perlu fikir dalam otaknya.
Jaga perbuatan, jaga pergaulan, jaga percakapan, jaga tingkah laku dan jadi baik.
Sekali pun jarang tolong buat kerja rumah pun tak pa asalkan bukan jenis yang buat masalah.
Dalam menghias kek, banyak cara yang boleh anda gunakan agar kek majlis kahwin anda tampak menyerlah. Kek kahwin merupakan titik tumpuan dalam acara perkahwinan kerana persembahan kek yang menarik mampu membuatkan tetamu memperkatakan tentangnya, selain membuatkan mereka rasa kagum.
Ada yang memilih untuk menampilkan kek serba mewah sesuai dengan tema kahwin yang dipilih seperti menggunakan taburan swarovski di atasnya. Tidak kurang juga mahu kek yang kelihatan natural dengan hiasan bunga segar di atas dan sisinya.
Idea menggunakan bunga segar bukan hanya menarik malah boleh menjimatkan wang daripada anda menggunakan hiasan gula fondant yang menggandakan kos. Mungkin idea kek kahwin berikut boleh memberi idea buat bakal pengantin dalam menghasilkan kek kahwin yang sesuai dengan tema kahwin anda kelak.
Setiap pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga pasti akan melalui beberapa proses sebelum sah bergelar suami isteri. Antara proses yang dimaksudkan termasuklah perkenalan antara anda dan bakal mentua. Pastinya perjumpaan dengan bakal mertua buat pertama kali merupakan saat yang cukup mendebarkan.
Langkah yang paling penting saat pertemuan ini adalah untuk mengambil hati mereka. Mungkin ada sahaja situasi di mana ibu bapa tidak berapa selesa dengan kehadiran orang baru dalam keluarga mereka.
Namun, anda harus bijak dalam menangani situasi dengan memikat hati bakal mertua anda. Jangan biarkan bakal mertua anda mempunyai persepsi negatif pada anda terutama pertemuan buat pertama kali. Ini sedikit sebanyak menggambarkan siapa diri anda yang sebenarnya. Jom kita lihat 6 cara efektif untuk memikat hati bakal mertua buat pertama kali bertemu!
1. PERHATI DAN PELAJARI TENTANG BAKAL MERTUA
Perlahan-lahan risik apa yang anda perlu tahu tentang ibubapa pasangan anda. Sebagai contoh ambil tahu apa yang bakal mertua anda sukakan, hobi mereka, masakan kesukaan mereka, dan mungkin ciri-ciri lelaki atau perempuan yang bagaimana mereka sukakan. Kaji sedikit mengenai latar belakang mereka melalui pasangan anda agar saat berjumpa nanti, anda mempunyai topil untuk dibualkan.
2. JAGA PERCAKAPAN
Pastikan anda sentiasa menjaga tutur kata dan intonasi percakapan anda agar tidak terkecil hati mereka dan sekaligus boleh membuat anda di blacklist dari menjadi menantu pula. Jika bakal mertua anda seorang yang pendiam, sesekali cuba untuk berkomunikasi dengan mereka seperti bertanyakan tentang hobi dan pekerjaan mereka.
3. RINGANKAN TULANG
Jangan lupa untuk menawarkan bantuan jika anda rasa ia diperlukan. Sebagai contoh, jika bakal ibu mertua anda sedang mengangkat barangan yang banyak atau berat, bantulah mereka dengan rela hati. Ringankan tulang untuk membantu bakal ibu mertua di dapur. Dengan cara ini, bakal mertua anda dapat melihat anda sebagai seorang yang rajin.
4. JANGAN LUPA UNTUK MEMUJI
Memuji dengan ikhlas agar tidak nampak hipokrit pula nanti. Ada tempatnya dan juga masanya untuk memuji. Sebagai contoh, anda boleh memuji masakan ibu pasangananda sedap atau kediamannya cantik dan kemas. Tapi ingat, jangan memuji secara berlebihan hingga anda diaggap cuba membodek mereka.
5. BERPAKAIAN SOPAN
Memang benar bahawa kita tidak perlu jadi hipokrit dalam pemakaian. Tetapi dalam situasi ini, perlulah juga menjaga pakaian agar kelihatan kemas dan sopan supaya tidak menjejaskan reputasi diri anda dan agar dapat melancarkan perhubungan suai kenal dengan bakal mentua kita. Bagi lelaki, janganlah memakai seluar pendek, jeans berkoyak atau lusuh dan baju tanpa lengan ketika bertemu dengan ibu bapa kekasih anda. Dan buat sang gadis gaya santun adalah yang terbaik dan seharusnya tidak menjolok mata.
6. BERI BUAH TANGAN
Jika anda inginkan usaha yang lebih berkesan untuk memikat hati mereka, belikan mereka buah tangan atau apa sahaja sebagai tanda mengingati mereka. Apatah lagi apabila tiba ulang tahun hari jadi mereka. Bonus jika anda sudah risik lebih awal dengan pasangan kesukaan kedua ibu bapanya supaya hati mereka akan lebih berbunga terima cenderahati dari bakal menantu.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anda kini menghitung hari untuk majlis perkahwinan yang amat bermakna dalam kehidupan. Setelah pelbagai persiapan yang dilakukan untuk hari penting anda, ada baiknya untuk melakukan sesuatu yang relaks agar anda tidak stres menjelang hari perkahwinan.
Selain itu, makanlah makanan berkhasiat dan kaya nutrisi agar anda tampil segar dan cerah nantinya. Anda juga perlu menjaga bentuk tubuh agar tampil sempurna dengan gaun pengantin yang telah disiapkan.
Masalahnya, beberapa bakal pengantin kerap lupa menjaga pemakanan sehingga badan menjadi lebih berisi, malah gaun yang dipakai menjadi terlalu sempit dan mengganggu pergerakan sepanjang majlis berlangsung.
Berikut adalah beberapa jenis makanan yang perlu anda hindari menjelang hari perkahwinan:
1. Makanan bergoreng
Kentang goreng, pisang goreng dan makanan bergoreng ini menjadi makanan kegemaran yang amat menggoda bagi kebanyakan orang. Padahal makanan ini jelas tidak sihat yang boleh menyebabkan lebihan lemak, serta menyebabkan perut kembung dan radang.
2. Makanan mengandungi garam
Tahukah anda jika garam dapat menyimpan cairan dalam tubuh? Jika anda terlalu banyak mengambil makanan masin, tubuh boleh menjadi lebar. Mengambil makanan mengandungi garam secara berlebihan juga boleh membuat kulit berminyak, mudah berjerawat dan tampak kusam.
3. Alkohol
Faktanya, minum alkohol boleh membuatkan tubun nampak bengkak keesokan harinya. Belum lagi rasa mual dan kembung yang boleh membuatkan anda rasa tidak selesa. Jadi, lebih baik anda hindari minuman beralkohol menjelang hari perkahwinan.
4. Makanan segera
Godaan berikutnya yang harus dihindari sebelum hari perkahwinan ialah makanan segera. Ini kerana makanan segera banyak mengandungi garam, gula dan bahan pengawet yang berbahaya untuk kesihatan.
5. Sayuran mentah
Sayur-sayuran mentah memang baik untuk kesihatan. Namun sebaiknya kamu hindari beberapa hari sebelum hari perkahwinan. Selain menimbulkan gas, sayur-sayuran mentah yang tidak dicuci dengan bersih juga boleh menyebabkan keracunan. Oleh itu makanlah sayur-sayuran yang telah diolah.
Pilihlah sayur-sayuran yang tidak mengandung raffinose kerana dapat menyebabkan peningkatan bakteria hasil metana di usus besar dan akhirnya membuatkan anda merasa kembung. Sayur-sayuran tersebut antara lain brokoli dan kubis. Sebaiknya makanlah sayur-sayuran seperti timun dan bayam yang dapat menambah air dalam tubuh hingga 90%. Air sangat diperlukan dalam proses detoks dan menghindari dehidrasi.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!