Kasut pengantin merupakan salah satu perkara penting yang perlu dititik beratkan di majlis perkahwinan.
Malah ia adalah aksesori yang paling penting untuk melengkapkan pakaian pengantin yang akan anda gayakan semasa majlis berlangsung.

1. Jikalau anda terlupa atau memandang ringan kasut kahwin anda, itu bermaksud anda sedang melakukan kesilapan besar.

2. Sediakan dan tentukan bajet yang diperuntukkan untuk membeli kasut pengantin anda.

3. Tentukan pakaian pengantin terlebih dahulu sebelum memilih kasut kahwin anda.

4. Pilih ketinggian tumit yang sesuai. Jika anda tidak senang memakai tumit yang terlalu tinggi, pilihlah tumit kasut yang lebih rendah.

5. Sekiranya anda dan suami mempunyai ketinggian yang sama. Pastikan saiz tumit tidak terlalu tinggi untuk elakkan kejanggalan ketika berjalan bersama suami.

6. Pastikan fabrik dan warna kasut pengantin, sepadan dengan busana pengantin anda.

7. Pilihlah reka bentuk kasut kahwin yang sepadan dengan kaki anda. Tidak semua orang sesuai memakai kasut kahwin yang terbuka.

8. Pilih kasut yang selesa dan mudah dipakai. Kerana Pilihan saiz kasut yang tepat dan tidak akan menyakitkan kaki, dan tidak membuatkan kaki anda melecet.

9. Biasakan diri terlebih dahulu untuk memakai kasut bertumit tinggi. Seandainya anda tidak biasa menggayakannya pada hari-hari biasa.

10. Boleh mempertimbangkan untuk menyarung kasut jenis ‘flat’ atau selain dari tumit tinggi kerana inginkan kelainan dalam majlis anda. Tapi haruslah bersesuaian.

11. Pilih fabrik kasut yang nampak mewah seperti satin, silk atau lace.

12. Jika anda menyarung busana tradisional, fabrik songket yang sedondon juga lebih sesuai.

13. Kasut yang mempunyai perincian seperti labuci atau effect glitter juga mampu menaikkan aura glamour.

14. Anda berhak memilih untuk memakai apa yang anda rasakan sesuai dengan penampilan anda.

Sumber gambar: Chal Siden dari Picisan Pictures

Jangan Lupa Komen: