Bagi melengkapi penampilan pengantin, kasut kahwin merupakan aksesori terpenting ketika berlangsungnya sebuah majlis perkahwinan. Pemilihan kasut kahwin yang tepat pastinya diinginkan oleh pengantin agar anda boleh bergerak dengan selesa. Bahkan kasut kahwin juga mampu menyerlahkan keanggunan pengantin apabila dipadankan dengan baju kahwin yang memukau.

Buat yang tak tahu nak beli kasut apa, boleh buat carian kat sini. Nak murah gunakan kod promo ini untuk mendapatkan diskaun terhebat.

 

Terdapat banyak jenis kasut kahwin yang kadang kala boleh membuatkan pengantin bingung untuk memilihnya. Jadi anda haruslah bijak memilih kasut yang bersesuaian dan selesa agar ia tidak merosakkan penampilan anda sebagai ratu sehari. Kini ramai pengantin memilih kasut strappy sandals dan slingbacks sebagai pilihan

Kasut Kahwin Yang Selesa Buat Bakal Pengantin Tampil Memukau
Sumber : TheGloss

1. JENIS KAKI BESAR

Kasut Kahwin Yang Selesa Buat Bakal Pengantin Tampil Memukau
Sumber : Pinterest

Bagi pengantin yang miliki kaki besar, elak memakai kasut jenis sling backs atau kasut ala gladiator kerana ia akan menonjolkan pergelangan kaki anda.

IKLAN

2. ELAK PAKAI WARNA KONTRAS

Sebaiknya, elak memakai kasut dengan warna kontras (merah, kuning) kerana ia akan membuatkan kaki kelihatan semakin pendek dan besar.

3. GUNA KASUT PUTIH ATAU BEIGE

Kasut warna putih atau beige merupakan pilihan terbaik yang patut pengantin gunakan ketika majlis perkahwinan.

IKLAN

4. PILIH KASUT JENIS PUMP

Untuk bentuk kasut, pilihlah kasut jenis pump (tertutup) untuk menutupi kawasan pergelangan kaki. Kasut jenis Stiletto pula akan membantu kaki anda tampak lebih panjang.

Kasut Kahwin Yang Selesa Buat Bakal Pengantin Tampil Memukau
Sumber : Pinterest

5. JENIS BETIS BESAR

Bagi mereka yang berbetis besar, sebaiknya memilih kasut jenis sling back atau strappy shoes. Model ini akan menonjolkan bahagian bawah kaki terutama pergelangan. Sebaliknya hindari kasut pump kerana akan membuat kaki anda kelihatan tenggelam.

IKLAN
Kasut Kahwin Yang Selesa Buat Bakal Pengantin Tampil Memukau
Sumber : Pinterest

6. TIP TAMPAK SEKSI

Anda boleh mamakai kasut bentuk apa pun namun selaraskan dengan bentuk serta warna pada baju pengantin. Usahakan untuk mengenakan kasut tinggi jika ingin keihatan seksi. Sentuhan kristal sebagai perician membuat anda keihatan glamor. Ilusi tali pada kasut juga boleh membantu menciptakan kesan kaki dan betis kelihatan lebih seimbang. Bersyukurlah anda yang memiliki bentuk kaki ideal.

Kasut Kahwin Yang Selesa Buat Bakal Pengantin Tampil Memukau
Sumber : Pinterest

TIP PAKAI KASUT TUMIT TINGGI SEBELUM MAJLIS RESEPSI

  1. Jika anda tidak biasa mengenakan kasut tumit tinggi, pilihlah kasut yang tidak terlalu tinggi. Walaupun kasut tumit tinggi membuat anda tampil cantik, memaksa diri anda mengenakan kasut jenis stiletto bakal mengakibatkan kaki mudah rasa sakit dan tidak selesa.
  2. Ada ramai wanita yang tidak mahu kelihatan lebih tinggi daripada pasangannya. Jadi, ada baiknya anda bandingkan ketinggian anda ketika mengenakan kasut dengan ketinggian pasangan anda.
  3. Apabila anda sudah memiliki kasut kahwin, pakailah kasut tersebut ketika fitting baju pengantin agar memudahkan pereka mengukur kepanjangan baju tersebut. Jika anda belum menemui kasut kahwin yang sesuai, cubalah cari kasut kahwin dengan ketinggian yang anda harapkan untuk dicuba ketika fitting nanti.
  4. Jika lokasi majlis perkahwinan anda di ruang terbuka atau ruang dengan lantai berlapis kayu, ada baiknya anda tidak mengenakan kasut tumit tinggi dengan hujung yang runcing. Kasut dengan hujung yang runcing akan menusuk ke dalam tanah serta meninggalkan goresan di lantai kayu. Oleh itu, pilihlah kasut yang hujungnya tidak terlalu runcing. Sebagai alternatif, anda juga boleh memilih kasut kahwin daripada jenis wedges.
  5. Meskipun anda sering mengenakan kasut tumit tinggi, memakai kasut kahwin tentu ada halangan yang berbeza. Cubalah mencari kasut kahwin dengan model dan ketinggian yang serupa dengan kasut kahwin serta kenakan kasut tersebut ketika anda ke pejabat atau keluar berjalan-jalan.

TIP PAKAI KASUT TUMIT TINGGI SELEPAS MAJLIS RESEPSI

  1. Segera tanggalkan kasut tinggi setelah majlis resepsi selesai supaya kaki anda boleh berehat. Merehatkan kaki juga bermanfaat untuk mencegah timbulnya urat biru.
  2. Sambil berehat, anda juga boleh memicit betis perlahan-lahan. Lakukan pula regangan di pergelangan kaki. Caranya dengan menaikkan dan menurunkan bahagian buku lali atau dengan gerakan berputar selama 5-7 minit. Anda juga boleh menyandarkan kaki di dinding sambil berbaring sehingga tubuh membentuk huruf L.
  3. Jika kaki masih terasa kejang setelah anda melakukan regangan, cubalah untuk merendamkannya di dalam air suam yang dicampur dengan garam untuk melegakan otot-otot kaki.
  4. Ketika tidur, pastikan kaki anda dalam posisi lurus untuk melancarkan aliran darah dan mencegah otot tersepit.
  5. Berjalanlah di atas jalan yang berbatu atau menggunakan sandal relaksasi. Selain mencegah urat timbul, latihan ini dapat melancarkan aliran darah, melegakan otot serta meningkatkan fungsi saraf.

Semoga tip ini bermanfaat buat bakal pengantin.

Sudah tahu tip ini, jangan lupa kod promo ini!

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI