Kehidupan hari ini dah makin pelik dan luar biasa berbanding dulu. Kalau orang dulu-dulu, walau tak tayang apa yang dimiliki, hidup tetap kekal bahagia dengan pasangan. Habis kenapa orang sekarang suka berkongsi segala-galanya di media sosial?
Apa yang lagi parah, bukan hanya tempat yang dia pergi, hadiah mahal dan makanan sedap-sedap, malah ‘hal dalam kain’ berkait rumah tangga juga turut dikongsi!
gambar sekadar hiasan
Agaknya apa tujuannya? Hanya anda yang tahu.
Tapi jika ada yang melakukannya kerana mahu orang lain tahu anda pasangan bahagia ternyata itu satu kesilapan. Sebab pasangan bahagia tidak akan atau jarang sekali mempamerkan kemesraan dan kebahagiaan mereka di media sosial. Ini kerana pada mereka…
1. Cukuplah hanya pasangan yang rasa
Waktu sedang enak nak menjamu selera, anda pula sibuk nak ambil gambar. Akhirnya pasangan terpaksa menunggu dan kadang berlakon hanya semata untuk dirakam dan ditayang pada orang lain di media sosial. Betul ke ini cara terbaik untuk anda dan pasangan nikmati rasa bahagia? Tepuk dada tanya selera.
Jika ada pun foto yang diambil untuk tatapan peribadi bukan untuk dikongsi dan sekiranya memuat naik gambar waktu sebegini ini sekadar yang bersifat umum, bukan untuk mempamer kemesraan.
2. Perasaan bahagia itu bersifat peribadi
Pasangan yang benar-benar bahagia dalam perhubungan tidak berminat untuk menunjuk atau membuktikan mereka bahagia pada orang lain.
IKLAN
Pada mereka perasaan bahagia itu bersifat peribadi. Jadi tak perlu membuang masa untuk menunjukkannya kepada orang lain.
3. Risau takut masuk kategori RIAK
Kebahagiaan sejati akan menjadikan seseorang lebih rendah diri dan menghayati maknanya. Mereka faham bahawa setiap pasangan itu bahagia dengan caranya sendiri. Apa yang buat kita bahagia, belum tentu buat orang lain bahagia jadi untuk apa ia dicanang?
gambar sekadar hiasan
4. Tak nak bahayakan kehidupan keluarga
Bawa anak ke sini, check in. Suami tak ada rumah pun, beritahu umum. Tahu tak cara ini boleh mudahkan dan dekatkan diri anda dengan kes jenayah? Cuba renungkan dan berfikir dulu sebelum buat.
5. Tak perlu bangga dengan kebahagiaan yang dimiliki
IKLAN
Setiap orang punya masalah dan ujian hidup yang berbeza. Kita mungkin bahagia tapi pasangan lain mungkin sedang berduka jadi tak perlu bangga dengan kebahagiaan yang dikecapi ini. Tak guna membanding-bandingkan hidup kita dengan orang lain atau merasakan kehidupan kita lebih baik dari mereka.
6. Bahagia itu untuk dirasa bukan dipamer
Ketika meraikan waktu gembira bersama pasangan, mereka mahu menikmatinya bukan diganggu dengan rakaman demi rakaman gambar atau lakonan selfie untuk dimuat naik di media sosial.
Dalam majlis perkahwinan, individu yang tidak kurang penting ialah juru foto yang bertugas untuk merakam setiap momen terindah di majlis tersebut. Satu gambar memberi seribu makna buat mereka yang menghargai erti sekeping foto yang dihasilkan oleh juru foto. Ikuti pengalaman Noor Hafizzi Ne’mat dalam kerjayanya sebagai juru foto.
Sejak dari kecil Hafizzi akui sudah diajar bermain dengan kamera filem di mana ayah sering menggunakannya semasa dia bekerja. Pada tahun 2009 Hafizzi membeli sebuah kamera dslr tanpa ada apa-apa rancangan, hanya untuk memiliki kamera besar dan kebetulan sepupu, Khairuddin Zakaria mempelawa untuk belajar dan mengikutnya dalam bidang ini. Dalam masa yang sama dia menyarankan Hafizzi untuk terus aktif dan serius dalam bidang ini memandangkan pendapatannya lebih lumayan berbanding bekerja makan gaji.
Masih ingat dengan pesan sepupu agar tidak putus asa dan lalai. Bermula detik itu, kerjaya sebagai juru foto dijadikan sebagai part time job iaitu di hujung minggu. Bukan mudah sebenar sebenarnya, hati perlulah cekal dan tabah. Sering menjadikan mereka yang senior untuk berkongsi ilmu fotografi. Apa pun perlu ada minat bukan sekadar ikut-ikut orang atau lebih tepat mengikut trend. Tahun 2015 bermula Hafizzi sebagai juru foto sepenuh masa. Dengan menggunakan syarikat berdaftar lifestyleweddings photography yang berdaftar pada 2015 [sebelum tu hafizzi ne’mat photography].
Kelainan fotografi yang dihasilkan
Menurut Hafizzi , kelainan bergantung pada mata klien yang melihat hasil kerjanya. “Bagi saya cara menghasilkan gambar untuk jadi trade mark sendiri,saya akan sentiasa merujuk juru foto luar negara sebagai rujukan ,ia lebih ke arah lifestyle yang berbeza. ‘epic’ adalah komen yang sering didengari dari klien.
Kemas dan simple menjadi signature hasil kerja Hafizzi. Selain itu dia juga mementingkan kekemasan dalam foto yang dihasilkan.“Untuk kekal momentum, juru foto kena ikut trend. Ini hanya pandangan,sebab lain orang lain caranya bukan maksud saya pandangan saya ni benar dan boleh diguna pakai,” ujarnya.
Ilham dan idea tercetus bergantung pada situasi perkahwinan itu, dengan kata lain perlu melihat suasana, pencahayaan dan kecekapan semasa bekerja dalam mencari sesuatu untuk dijadikan subjek dalam album.
Cabaran
Tidak dinafikan kerjaya sebagai juru foto agak mencabar namun perlu percaya, rezeki tidak salah alamat. Yang penting usaha,doa,tawakal. Baginya perlu usaha keras untuk kekal dalam bidang ini kerana terlalu ramai yang jadikan ia sebagai side income. Dalam apa jua perniagaan sekalipun akan ada pasang surut. Jadi kecekalan dan kesabaran perlu ada.
Hubungan dengan juru foto lain perlu dijaga kerana akan ada tempias job dari komuniti ini. Cara marketing terpulang pada syarikat ataupun juru foto itu sendiri iaitu jenis wedding yang bagaimana mereka inginkan. Dalam bekerja, perkara yang dipentingkan ialah menepati masa,waktu bekerja mahupun semasa penyerahan hasil kerja. Etika pakaian , penampilan, PR juga penting untuk uji tahap mana kita inginkan dalam pencapaian kita. “ Saya akan sentiasa melawak untuk dapatkan keselesaan pengantin ketika bekerjasama dengan mereka.” akui Hafizzi.
Mengenai perancangan akan datang dia mahu menambah krew agar boleh diagihkan di lokasi yang berlainan. Mahu Teringin juga rasa di hati suatu masa jika ilmu sudah mencukupi ingin berkongsi ilmu buat mereka yang berminat.
Tip untuk bakal pengantin
Pesan buat bakal pengantin , ikut bajet yang termampu namun jangan terlalu murah sehingga banyak kes terjadi juru foto lari, tidak datang atau hasil tidak menarik. Tetapkan bajet dan recee dahulu harga pasaran yang sesuai dan pastikan anda berminat dengan hasil kerjanya.
Salah satu perkara yang dirisaukan oleh pasangan yang sudah berkahwin adalah masalah kesuburan dan kitaran haid yang tidak teratur. Setiap pasangan yang sudah berkahwin tentu mahukan cahaya mata dan setiap bulan pasti akan menanti khabar gembira ini.
Jika anda mengalami kitaran haid yang tidak teratur, sedikit sebanyak ia boleh mengganggu proses untuk anda mendapatkan zuriat. Jadi untuk mengatasi masalah ini, apa kata cuba amalkan teknik meletakkan ais pada titik Feng Fu seperti yang dikongsi oleh Asma Hanniey menerusi laman Facebooknya.
Menurutnya, teknik ini bukan sahaja dapat mengatasi masalah kitaran haid tidak teratur, ia juga mampu mengatasi masalah kesuburan dan buat badan jadi lebih ringan dan bertenaga. Ayuh kita baca perkongsian ini dan semoga ia bermanfaat untuk kita semua.
Sedikit perkongsian ilmu utk manfaat kita bersama….
Tahukah anda, bahawa terdapat suatu tempat di tubuh manusia,jika ditempelkan dgn ais pada titik tersebut selama beberapa saat, berupaya memberi impak positif terhadap kesihatan kita.
Insha-Allah, teknik ini dapat mengatasi masalah sakit kepala seperti migrain dengan segera. Badan kita akan terasa ringan dan bertenaga.
Melakukan terapi tersebut secara berkala dipercayai dapat mengekalkan keremajaan tubuh dan kelihatan lebih muda.
Tempat tersebut ialah titik tekanan yang terletak di dasar tengkorak iaitu di atas leher, atau titik apabila leher dan kepala bersambung.
Dalam ilmu akupunktur Cina titik tersebut dikenali sebagai Feng Fu, yang bermaksud “rumah angin”.
Menurut rawatan tradisional Cina, teknik meletakan ais pads titik Feng Fu bukan untuk mengubati penyakit tetapi mengembalikan keseimbangan fisiologis semula jadi. Di samping itu, memberikan stimulasi emosional yang positif dan ‘meremajakan’ seluruh tubuh.
Keajaiban ini akan terjadi jika kita menempelkan ais pada Titik Feng Fu. Cubalah melakukan terapi tersebut ketika badan anda terasa letih atau kepala terasa pening. Badan kita akan menjadi ringan, lebih bertenaga dan perasaan letih atau pening akan hilang.
Beberapa pengidap migrain sendiri, mengakui terapi ini ternyata lebih efektif untuk mengatasi migrain dibandingkan dengan pengambilan ubat-ubatan.
Terapi ini juga dapat meningkat mood dan membangkitkan perasaan segar, kerana teknik ini menstimulasi pelepasan endorfin dalam aliran darah.
Teknik ini mudah sekali, hanya tempelkan ais pada titik Feng Fu selama 10 hingga 20 minit.
Pada awalnya mungkin kita akan merasa sejuk selama 30-40 saat, tetapi perlahan-lahan titik tersebut akan menjadi hangat.
Menempelkan ais pada titik Fung Fu berkhasiat untuk:
1. Mengatasi sakit kepala dan migrain 2. Meringankan sakit gigi dan sakit sendi 3. Mencipta kesan relaks 4. Meningkatkan tenaga dan menghindar keletihan 5. Meningkatkan kualiti tidur 6. Memperbaiki sistem penafasan dan sistem kardiovaskular 7. Mengatasi asma 8. Mencegah sering bersin dan hidung berair 9. Mengatasi gangguan neurologi dan perubahan degeneratif pada tulang belakang 10. Membaiki sistem pencernaan 11. Menyembuhkan radang saluran usus dan meningkatkan keupayaan seksual 12. Mengatasi kegemukan dan masalah pemakanan 13. Mengatasi gangguan kelenjar tiroid 14. Membantu masalah arthritis, hipertensi dan hipotensi 15. Menghilangkan selulit 16. Mengatasi gangguan kitaran haid, kemandulan, endokrin, dan kesuburan 17. Mengatasi gangguan psiko-emosiol, stres, keletihan, insomnia
Luar biasa sekali bukan? Sayangnya terapi dengan teknik Feng Fu ini masih asing kepada masyarakat umum.Oleh itu, sebarkanlah insha-Allah orang lain juga mendapat manfaat. Semoga berjaya….
Cemburu adalah aspek negatif yang ada dalam setiap pasangan kekasih. Mana tidaknya, perasaan cemburu muncul kerana rasa sayang kepada pasangan dan komited untuk memberikan yang terbaik pada pasangan.
Contohnya, apabila sudah ada rasa sayang, pasti seseorang itu mahu menjaga serta berkongsi semua masalah dan saat bersama pasangan hingga kadang-kadang pasangan menjadi cemburu berlebihan, sama ada tidak tentu pasal atau tidak bertempat sehingga wujud rasa tak selesa kepada pasangan mereka.
Justeru, perlukah rasa cemburu tidak bersebab sehingga boleh mengeruhkan hubungan? Rasanya jika kita hendak meneruskan perhubungan, perlu ada persefahaman dan elakkan sikap negatif yang boleh melunturkan perasaan cinta.
Misalnya, sama ada lelaki atau wanita, anda perlu amalkan tolak ansur dan berbincang bagi mencari jalan untuk mengurangkan rasa cemburu antara satu sama lain. Bagi mengukuhkan perhubungan, perlu ada persefahaman, perlu faham gaya hidup pasangan sepenuhnya. Gen Y ada caranya untuk anda hilangkan rasa cemburu.
Wanita perlu faham
Menurut statistik hasil kajian oleh Woman’s day dan AOL Living membabitkan 2,000 wanita, 73 peratus wanita mengaku berasa cemburu berbanding 27 peratus lelaki. Kajian itu juga menunjukkan 63 peratus wanita yang belum berpasangan berasa cemburu dengan Âsahabat mereka yang sudah berkahwin. Ia menunjukkan wanita lebih cenderung cemburu berbanding lelaki.
Wanita akan cemburu apabila mendapati ‘pesaingnya’ mempunyai lebih daya tarikan berbanding dirinya.
Katanya, wanita tidak akan berdiam diri, lebih-lebih lagi apabila pesaingnya seseorang yang berkerjaya atau lebih berjaya berbanding dirinya dalam bidang akademik dan kerja.
Namun, anda sebagai wanita perlu kurangkan rasa cemburu untuk selamatkan perhubungan dan bagi memastikan si dia setia dengan anda, hapuskan rasa cemburu sebaliknya berusaha memahami hati budinya dengan lebih mendalam.
Biasanya rasa cemburu selalu datang beriringan dengan curiga. Jika anda seorang yang sering berfikir negatif, maka perlu lapangkan minda ketika perasaan itu datang, jangan terus menerjah tanpa usul periksa dan lemparkan jutaan soalan kepadanya. Ia membuatkan pasangan anda rimas, sebaliknya berusaha memberikan masa dan ruang kepada diri anda untuk bertenang.
Ketika meluangkan masa berseorangan itu, tanya kepada diri apa silapnya sehingga timbul rasa cemburu dan cari jalan untuk mengatasinya. Tanyakan kepada diri apa akibatnya jika anda tersilap kerana perlu ingat, Âcemburu buta tanpa sebab munasabah boleh membuatkan hubungan putus.
Jika tidak suka dengan pasangan anda yang terlalu mementingkan kerja hingga tiada masa untuk anda, perlu difikirkan juga pasangan anda perlu bertanggungÂjawab dan membina kerjayanya yang dia sayangi. Itu bukan dia tidak mahu melayani anda.
Anda sebagai wanita yang sering cemburu, perlu berfikiran terbuka dan mencari jalan untuk mengatur perjumpaan dengannya selagi ada masa terluang. Mungkin dalam seminggu anda boleh aturkan dua kali perjumpaan dan jika tiada peluang kerana sibuk, gunakan cara lain seperti melalui laman sosial, pesanan teks atau panggilan telefon.
Sebagai wanita, anda tidak boleh terlalu cemburu jika ternampak pasangan anda berjumpa dengan wanita lain kerana kemungkinan wanita itu hanyalah rakan sekerja, saudara-maranya yang anda tidak kenal atau mereka yang mempunyai urusan berkaitan kerja.
Bagi wanita yang cenderung mengongkong, sikap itu merimaskan lelaki. Bayangkan tindakan anda seolah-olah diperhati orang lain dan dia pastinya rimas.
Anda harus percayakan pasangan kerana saling percaya aspek penting dalam hubungan. Sekiranya pasaÂngan sanggup meluangkan masa dengan anda berbanding rakannya, itu menunjukkan hanya anda dalam hatinya. Justeru, jika anda benar-benar kenal pasangan, anda sendiri boleh tentukan sama ada dia ikhlas atau tidak, curang atau tidak.
Kurangkan rasa cemburu
Bagi lelaki, cemburunya lain kerana biasanya lelaki akan menyiasat siapa yang berjumpa dengan pasangannya. Bagi mereka, si wanita lebih mudah ‘cair’ kepada lelaki kacak, justeru ia mencabar ego mereka. Namun, sebagai lelaki, langkah terbaik ialah yakin kepada pasangan bahawa mereka boleh menahan godaan lelaki lain.
Hanya anda yang mengenali pasangan anda, justeru anda boleh menilai sejauh mana kuatnya cinta dan keteguhan kesetiaan si dia.
Jika anda sering melihat si dia bersama kawan lelaki, hilangkan tanggapan bahawa si dia mungkin tergoda dengan lelaki itu walaupun lelaki itu kacak. Mungkin lelaki itu kawan baiknya dan mereka berjumpa hanya sebagai kawan.
Anda boleh menilai perwatakan pasangan ketika melayan lelaki itu, sama ada dia melayan lelaki itu lebih daripada kawan atau tidak. Ada sesetengah wanita mudah mesra dengan semua orang tetapi itu tidak bermakna dia curang kerana itu sememangnya sifat dia.
Sebagai lelaki, anda perlu kurangkan rasa cemburu dan tunjukkan kuasa ‘dominan’ anda. Mungkin si dia mengharapkan perhatian, justeru ambil masa walaupun sekejap untuk menegurnya, sama ada melalui laman sosial, pesanan teks atau panggilan telefon walaupun anda sibuk. Itu membuatkan si dia merasakan dirinya dihargai.
Memetik kenyataan laman web AskMen, antara cara mengatasi sifat cemburu lelaki ialah mencari sumber yang betul untuk mendapatkan kepastian. Contohnya, buat rujukan dengan teman rapat bagaimana boleh ada rasa cemburu dan cara mengatasinya. Cari rakan baik yang mempunyai pengalaman dalam percintaan kerana ia lebih efektif menyelesaikan masalah anda.
Cuba lakukan sesi dengan diri sendiri, contohnya tanya apa kesalahan anda yang memungkinkan perasaan cemburu itu datang. Mungkin kerana perangai atau tugas di pejabat menyebabkan anda selalu sibuk sehingga tiada masa terluang bersamanya.
Kuncinya, turunkan ego dan sentiasa berusaha meluangkan masa untuk bersamanya.