Mengalami kulit yang bermasalah sememangnya menghantui dan perkara yang sangat ditakuti. Ia mungkin disebabkan oleh faktor pemakanan, gaya hidup, cuaca dan sebagainya. Lebih-lebih lagi jika kulit berdepan dengan masalah jerawat ataupun kesan dari pigmentasi sehingga mampu membuat keyakinan semakin menurun tidak kira lelaki ataupun wanita.

Kita harus sentiasa menitikberatkan tentang penjagaan kulit yang teratur bagi mendapat kulit yang sihat dan cantik. Banyak cara yang boleh anda lakukan untuk menjadikan kulit kelihatan bersinar dan bercahaya. Langkah pertama ialah membuat liang mengecut. Kerana apabila keadaan liang melebar, sangat mudah terdedah kepada kotoran dengan bakteria memasuki kulit.

Kecilkan Liang Pori-Pori Di Wajah Dengan Cara Ini

Jika anda ingin tahu, sebenarnya banyak cara dan kaedah yang boleh digunakan untuk menjadikan kulit wajah kelihatan menyerlah dan bersinar. Usah risau lagi, kami akan berkongsi cara-cara yang mudah untuk menghilangkan masalah liang pori-pori mengikut penjelasan dari Cosmolitan.com.

Berikut adalah 3 langkah mudah untuk menangani masalah kulit masalah yang perlu anda ketahui.

1. Cuci wajah anda dengan kerap

Kecilkan Liang Pori-Pori Di Wajah Dengan Cara Ini

Kulit wajah kita sering terdedah dengan debu dan habuk di luar dan ia merupakan salah satu sebab mengapa kulit wajah kita sering rasa berminyak dan liang pori semakin membesar. Menurut pakar ahli dermatologi iaitu Adam Geyer mengatakan, jika sebum mula tersumbat di liang, itu yang menjadi penyebab keradangan ia akan mengembangkan segala pori-pori. Cara yang paling mudah dan berkesan untuk mengatasi masalah minyak di wajah adalah dengan kerap membasuh wajah setiap hari.

2. Pengelupasan kulit

Kecilkan Liang Pori-Pori Di Wajah Dengan Cara Ini

Bagi memastikan kulit dan liang pori anda dalam keadaan yang bersih, anda boleh menggunakan kaedah pengelupasan dengan cara yang betul. Anda boleh guna kaedah skrub yang lembut dan dicampur dengan exfoliant kimia seperti salisilik ataupun asid glikolisis. Amalkannya sebanyak dua atau tiga kali seminggu dan bukannya setiap hari bagi mebgelak kulit menjadi kering.

3. Gunakan krim khas untuk liang

Kecilkan Liang Pori-Pori Di Wajah Dengan Cara Ini

Disebabkan faktor usia juga menyebabkan kulit kehilangan kolagen dan elastin. Terlalu banyak menggunakan produk yang mengandungi banyak bahan kimia di dalamnya punca kulit kendur dan kering.

Sebaiknya anda memilih produk yang diperbuat dari yis bagi menguatkan lagi liang-liang pori dan mengurangkan diameternya. Dapatkan pembaikan khas segera dengan primers dengan pori-pori minimal seperti krim. Tindakbalas krim boleh membantu mengecilkan liang-liang supaya kelihatan lebih licin.

Rajin menguruskan penjagaan kulit wajah dengan betul dan lebih teratur akan memberikan anda kesan memberangsangkan. Semoga bermanfaat.

 

 

 

 

 

Sumber : Genpi.co

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI