Keikue, yang merupakan rangkaian cawangan sajian pencuci mulut Korea, mula diperkenalkan di Malaysia kurang daripada setahun yang lalu. Hasil inspirasi daripada sebuah kedai kek di Jinju, Korea, para pengasas Keikeu memperkenalkan konsep unik kedai sajian pencuci mulut dari negara itu ke Malaysia dan sehingga kini, ia mempunyai lima cawangan di seluruh Lembah Klang.
Antara sajian pencuci mulut yang popular di Keikeu ialah macaron berinti krim dihias unik, kek cawan unicorn berwarna pelangi, choux puff berintikan jem yang pasti menawan kalbu dan kek keladi Korea asli. Tidak ketinggalan juga kek berperisa tempatan yang menjadi kegemaran ramai seperti kek gula Melaka, kek pandan dan kek bandung yang juga disaji di Keiku. Dengan harga mampu beli walaupun kesemua sajian pencuci mulut ini dihasilkan dengan penuh teliti dan berkualiti. Keikeu turut melancarkan sajian terbaharu dalam senarai pilihan pencuci mulutnya iaitu Keikeumisu. Kek cawan Tiramisu yang diilhamkan daripada Korea ini ditampilkan dalam 7 citarasa berbeza – perisa asli, pic, bri biru, matcha, oreo dan mangga pada harga hanya RM14.90 setiap satu.
Ads
Ads
Ads
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak lengkap Ramadan ini tanpa mencuba bufet Ramadan yang menjadi penyeri setiap kali tibanya Ramadan. Seperti tahun-tahun sebelumnya, “Jemput Makan” kembali lagi ke Sunway Resort bermula dari 4 April hingga 2 Mei 2022 ini. Ia menjanjikan pengalaman kulinari yang asli dengan mengetengahkan resipi tradisional yang terkenal di zaman dulu.
Rasai hidangan klasik pilihan resipi asli yang diwarisi turun temurun daripada nenek moyang oleh pasukan kulinari The Resort Café.
Menjadi tumpuan utama tahun ini isudah semestinya sembilan stesen yang bakal menjadi pilihan para pelanggan. Inilah masanya berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan dan terokai hidangan bufet yang mewah dengan rasa yang pastinya menyelerakan.
Hidangan dari sekumpulan cef terkemuka yang diketuai oleh Sous Chef Mohamad Yatim Supaat dan Chef Senior Sous, Chef Halid Bin Hm Burus, barisan resipi tradisional termasuk, ‘Hinava’ atau Barramundi Ceviche bakal dipersembahkan buat para tetamu. Antara hidangan klasik yang mencuri tumpuan team Pesona Pengantin ialah hidangan tradisional dari Sabah yang disediakan menggunakan resipi asli oleh Chef Halid. Barramundi diperap dalam jus limau nipis yang baru diperah, cili api, bawang merah yang baru dihiris, halia muda dan peria. Selain itu Ikan Salai Terung Asam dan Linut & Ikan Ampap juga menggugat rasa. Jika anda berasal dari Sabah dan rindukan hidangan tradisi ini, Sunway Resort bakal menjadi pilihan anda untuk mengembalikan nostaligia serta mengubati kerinduan air tangan ibu!
Melangkah ke luar restoran pula, konsep stesen live action seperti bazar yang sibuk menanti, – kambing bakar yang enak dan menarik perhatian .Diperap semalaman dengan lebih 25 rempah dan aroma tempatan seperti halia tua , bawang putih, serai, lengkuas, masala, ketumbar, yogurt, pudina dan jintan manis sebelum dipanggang perlahan selama empat jam.
Hidangan untuk penggemar daging, ‘Daging Salai Panggang’ atau Daging Asap Panggang dengan pilihan daging lembu atau ayam, diperap dengan rempah tempatan selama 24 jam dan selepas itu dipanggang di atas api arang untuk kesempurnaan. Singgah ke stesen ‘Bakar’ pelbagai makanan laut segar yang dipanggang hingga sempurna. Begitu juga stesen goreng menyediakan goreng pisang, ubi goreng, cempedak goreng, cekodok dan lain-lain.
Pelbagai hidangan nasi klasik seperti Nasi Hujan Panas,Nasi Tomato, Nasi Minyak dan Nasi Bukhara. Ulam ulaman tradisional akan tersedia untuk dinikmati dengan rangkaian sambal seperti sambal belacan, sambal budu, sambal tempoyak, sambal udang petai, sambal hijau’ bersama kerabu sotong bunga kantan, kerabu udang cili muda, acar sayur, salad telur goreng dan banyak lagi semuanya dihidangkan dengan sos buatan sendiri.
Tahun ini, jalan utama Persiaran Lagoon akan dihiasi dengan lampu yang menerangi laluan menuju ke atas bumbung gazebo The Resort Café dan tanglung emas yang menjadi simbolik musim akan digantung untuk menyambut tetamu yang berjalan melalui restoran. Melepasi pintu masuk yang besar, dihiasi dengan tanglung dan bunga mekar dalam warna putih dan emas, hiasan tengah gazebo memberikan peluang yang indah untuk mencipta detik berharga bersama yang tersayang, berkumpul sambil berkongsi hidangan.
Jemput Makan di The Resort Café berharga RM198.00 bersih bagi setiap orang dewasa dan RM99.00 bersih bagi setiap kanak-kanak (berumur 6 hingga 12 tahun) dan bermula dari 6.30 petang hingga 10.30 malam.Buat pengantin baharu yang mahu menikmati pelbagai menu bufet yang istimewa, Sunway Resort boleh dijadikan pilihan!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pengacara, Nadia Annuar menolak lelaki berstatus suami orang sebagai calon jodohnya pada masa akan datang. Ini satu prinsip yang dikagumi oleh golongan wanita, khususnya.
Menerusi portal Kosmo!, Nadia yang berumur 39 tahun, berpegang prinsip ini kerana tidak mahu dirinya digelar penyondol suami orang.
“Lelaki berstatus suami orang saya tolak sebab saya pernah jadi isteri dan memiliki seorang suami sebelum ini.
“Saya boleh memahami kepedihan golongan isteri apabila suami mereka dirampas. Buat masa ini memang elak,” katanya.
Bekas hos program Wanita Hari Ini itu seboleh-bolehnya mengelak dan mencari pilihan lain daripada terdesak ‘mengejar’ lelaki milik wanita lain.
Kata Nadia, ibunya yang juga usahawan kosmetik dikenali sebagai Kak Ton turut menghalangnya menjalin hubungan dengan lelaki berstatus suami orang.
“Banyak lagi pilihan orang lain, kenapa nak jadi penyondol?
“Benda yang boleh elak, kita elak. Mak juga akan marah saya kalau ambil suami orang.
“Tak guna menyakiti sesama perempuan sebab lelaki,” tutur pemilik nama penuh Nadia Shahrul Annuar itu.
Pada Oktober lalu, Nadia mengesahkan ikatan perkahwinan selama lapan tahun dengan usahawan, Hafiz Salleh terlerai sekitar awal tahun ini.
Hasil perkahwinan dengan Hafiz, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Dya Naylaa kini berusia 7 tahun.
Sebelum itu, Nadia pernah berkahwin bersama Datuk Sulaiman@Mohd. Helmi Mohd Ilyas dan bercerai pada Oktober 2010.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Mohamed Aaron Erwin, 16.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sahaja yang mampu melupakan momen pernikahan pelakon terkenal, Izara Aishah bersama suaminya, Muhammad Adib Khalid, yang berlangsung pada 17 November 2017.Majlis penuh eksklusif...