Kelakar & Suka Bergurau Dengan Suami, Rahsia AMY MASTURA Bahagia Selama 21 Tahun

Share

Lucu, comel dan awet muda itulah Amy Mastura. Pelakon dan penyanyi yang tak pernah ada kontroversi sama ada dari segi karier mahupun kehidupan peribadi.

Amy Mastura yang sentiasa awet muda walau umur dah 50 tahun!
Rahsia bahagia Amy Mastura ialah sentiasa ceria. Barulah jiwa tenang, kan?

Ada keluarga yang bahagia, suami yang baik dan anak-anak yang bijak adalah rezeki buat Amy Mastura yang kini berusia 50 tahun.

Pasangan serasi yang kekal bahagia selama 21 tahun!
Amy Mastura bersama suami dan anak-anak. Sweetnya!

Amy Mastura dan suaminya, Alvin Tham Suffian telah mendirikan rumahtangga pada tahun 2000. Wah, dah 21 tahun rupanya usia perkahwinan mereka! Cepat betul masa berlalu.

Dua anak mereka iaitu Adriana dan Adalia pun dah bergelar anak dara. Masing-masing kini berusia 20 dan 17 tahun.

Rupanya inilah rahsia kebahagiaan rumahtangga penyanyi lagu Sha Na Na ini.

Sumber Video: Majalah Nona

“Alhamdulillah syukur masih bertahan walaupun setiap hari ada benda baru dan perbezaan yang kami belajar. Setiap hari nak memperbaiki perhubungan dan diri masing-masing.

Yang penting perbaiki diri sendiri dulu. Bukan mudah nak perbaiki orang lain kerana belum tentu orang akan suka dan terima.

Bila kita beri kebaikan Insha-Allah kita akan dapat kebaikan itu semula. Kebahagiaan itu dibina sama-sama antara suami isteri berserta doa.

Masing-masing ada tanggungjawab dan ada keinginan untuk bagi kebahagiaan kepada pasangan. Bukan asyik meminta saja. Jadilah isteri dan ibu yang terbaik buat keluarga,” akhiri Amy Mastura.

Semoga Amy Mastura dan suami kekal bahagia selamanya. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat kita semua khususnya para wanita untuk menjadi yang terbaik buat keluarga.

Kredit Foto: Instagram Amy Mastura

IKLAN