SATU cara paling berkesan untuk berhubung dengan Allah s.w.t ialah dengan bangun mengerjakan ibadat, khususnya sembahyang Tahajud atau sembahyang di tengah malam. Tetapi kenapa Allah meletakkan masa untuk sembahyang tahajud pada tengah malam?
Jawapannya :
Kerana Allah mahu menguji sejauh mana taatnya seseorang makhluk yang mengaku bertuhankan Allah. Sesungguhnya, bukan satu perkara mudah untuk bangun daripada tidur nyenyak pada waktu dinihari ketika orang lain sedang dibuai mimpi.
Juga bukan satu perkara mudah untuk berwuduk dalam suasana dingin malam yang mencengkam. Dan bukan mudah untuk mengangkat takbir menghadap Allah dalam keadaan mata yang masih terkebil-kebil kepedihan. Kerana amalan bangun bertahajud adalah perbuatan amat berat untuk dikerjakan.
Keadaan tubuh yang letih dan lesu kerana sehari suntuk bekerja pada siang hari menyebabkan sesetengah orang yang tidur seperti m4ti. Ia amat susah untuk disedarkan walaupun puas dikejut.
IKLAN
Keadaan sejuk dan suasana sunyi sepi di tengah malam juga menjadi faktor untuk membuatkan seseorang nyenyak tidur dan berasa keberatan untuk berhubungan dengan Allah di tengah malam.
Iman yang kurang tebal akan membuat seseorang yang tidur nyenyak menarik selimutnya dengan lebih kemas lagi. Sesungguhnya ketika itu adalah masa paling nikmat untuk tidur. Namun, pada kesukaran inilah tersembunyi suatu rahsia Allah yang hanya sedikit sekali diketahui hamba-Nya.
Kerana kelebihan & nilainya amat besar di sisi Allah, sekalipun sembahyang Tahajud sekadar sunat. Firman Allah s.w.t bermaksud:
“Dan dari malam, hendaklah engkau bertahajud (tinggalkan tidur untuk sembahyang) semoga Tuhanmu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji.”
(Surah Al-Israk: Ayat 79)
Ayat ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya sembahyang Tahajud. Ia peluang keemasan yang ditawarkan Allah kepada manusia untuk mengukuhkan hubungan mereka dengan Penciptanya.
IKLAN
Sesungguhnya segala kesusahan dan kepayahan itu hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, namun bagi mereka yang biasa, ia menjadi suatu kenikmatan pula. Bagi yang dapat menghayatinya, mereka akan berasa satu kerug1an besar jika meninggalkan sembahyang Tahajud.
Kerana di waktu inilah – iaitu sepertiga malam, pintu langit akan terbuka luas untuk menerima taubat hamba Allah dan Malaikat akan membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram ap1 ner4ka yang sedia menanti mahu memb4kar tubuh manusia di akh1rat nanti.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
“Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Dan Allah sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.”
(Hadis Riwayat: Abu Daud)
IKLAN
Kerana sesungguhnya untuk mendapat kasih sayang daripada Allah bukan sesuatu yang mudah.Allah mengasihi orang yang beriman dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan yang dilarang. Sembahyang Tahajud satu suruhan Allah dan oleh itu Allah menyayangi mereka yang mengerjakan sembahyang ini.
Bagi manusia yang benar-benar yakin dan patuh kepada Allah tidak akan keberatan untuk bangun melakukan Tahajud di tengah malam. Sebaliknya, orang yang lemah imannya akan berasa berat untuk menolak selimutnya walaupun berat selimutnya tidak sampai setengah kilogram.
Kerana solat Tahajud sesungguhnya satu daripada sembahyang sunat yang mempunyai nilai dan kedudukan tinggi berbanding sembahyang sunat lain. Sembahyang Tahajud adalah amalan orang soleh yang sentiasa mahu mendekatkan diri kepada Allah.
Amalan sembahyang Tahajud bukan hanya diamalkan umat Nabi Muhammad malah umat nabi sebelumnya.Ini bererti perintah Tahajud bukan dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad sahaja.
Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya: “Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akh1rat. Kurniaan di dunia .
Dalam memilih bakal isteri, Islam menggariskan beberapa panduan untuk mengekalkan perhubungan suami isteri agar mereka dapat hidup bahagia sepanjang masa. Mencari calon isteri bukanlah suatu perkara mudah seperti membeli barang di pasar atau pasar raya. Setiap orang inginkan bakal isteri yang sempurna dalam banyak perkara. Islam sendiri menggariskan beberapa ciri dalam memilih calon isteri bagi kebahagiaan yang berkekalan.
Rasululullah S.A.W menggariskan sebaik-baik wanita yang soleh ialah seorang isteri apabila suami melihatnya, akan menjadikan riang dan suka. Apabila menyuruh berbuat sesuatu dia tetap mematuhi suruhan. Apabila disuruh bersumpah mengenai dirinya, dia tetap berpegang dengan sumpahnya. Sekiranya berjauhan, dia menjaga kehormatan dan harta suaminya.
Nabi Muhammad SAW ketika ditanya oleh para sahabat mengenai ciri wanita idaman yang diperlukan oleh seorang suami, Baginda menjawab, Wanita yang menyenangkannya ketika dilihat. Wanita yang mentaatinya ketika disuruh dan wanita yang tidak mengkhianatinya (tiada curang). Dan, wanita yang tidak mengkhianati hartanya pada perkara yang dibenci. (Riwayat Abu Daud dan Nasaii)
Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, Sebaik-baik wanita ialah sesiapa yang dapat menggembirakan apabila dilihat, mentaatimu apabila disuruh dan menjaga dirinya serta hartamu apabila kamu tiada. (Riwayat A-Tabrani)
Sifat yang perlu diberi keutamaan mencakupi raut wajah yang menyenangkan, akhlak baik terhadap suami, amanah dan setia. Raut wajah yang menyenangkan meliputi dari semua segi iaitu kecantikan, senyuman dan tutur kata ketika berbicara. Faktor sedemikian kerapnya sangat dititikberatkan oleh kebanyakan lelaki dalam soal memilih pasangan hidup.
Akhlak yang baik terhadap suami turut dititikberatkan dalam Islam ketika memilih calon isteri. Faktor ini bagi menjamin kerukunan rumah tangga. Isteri yang baik ialah isteri yang mentaati perintah dan suruhan suami sejauh mana ia tidak bertentangan dengan apa yang digariskan oleh Islam.
Satu lagi ciri dalam memilih calon isteri ialah amanah dan setia. Pada pandangan Islam, isteri yang amanah dan setia bolehlah disifatkan sebagai isteri yang baik dan solehah. Mereka dapat menjaga kehormatan diri dan harta suami sekalipun ketika ketiadaan suami di rumah.
Dalam satu hadis lain, Rasulullah SAW bersabda, Nikahilah wanita dalam empat kategori: Hartanya, keturunannya, kecantikannya, agamanya. Pilihlah wanita yang mempunyai agama kerana dia akan menjagamu.(Riwayat Shaihan). Hadis ini menggalakkan seseorang itu memilih isteri dari kalangan wanita yang mempunyai agama iaitu yang beragama Islam dan mengamalkannya.
Perkahwinan yang berdasarkan kepada kecantikan semata-mata tidak digalakkan oleh Islam. Seseorang itu perlu mengambil kira semua faktor sebagaimana maksud hadis di atas.
Kecantikan seseorang wanita tanpa disertai dengan akhlak baik, tidak akan menepati ciri-ciri wanita solehah. Hasil perkahwinan yang dilangsungkan atas dasar kecantikan paras rupa semata-mata berkemungkinan tidak mendatangkan kebahagiaan dan kegembiraan.
Dalam Islam, kecantikan tidak bermaksud hanya keelokan paras rupa saja, malah meliputi semua perkara. Kecantikan juga termasuk dalam soal akhlak, budi pekerti, kasih sayang dan persefahaman. Inilah yang dimaksudkan sebagai kecantikan sebenarnya, malah faktor inilah juga yang perlu diambil kira dalam memilih calon isteri.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud, Apabila Allah Taala mewujudkan dalam jiwa salah seorang dari kamu seorang wanita, maka lihatlah kepadanya. Sesungguhnya, dengan melihat akan memberi kebebasan kepada kamu berdua untuk berkasih sayang.
Dalam riwayat lain pula daripada Mughairah bin Subah ketika dia ingin meminang seorang wanita dan dikhabarkannya kepada Rasulullah SAW, Baginda bersabda bermaksud, Lihatlah dia! Sesungguhnya, dengan melihat akan memberi kepada kamu berdua kebebasan untuk berkasih sayang. (Riwayat At-Tarmizi, Nasaii dan Ibnu Majah).
Hadis di atas, bersesuaian dengan kehendak Islam, kerana Islam menggalakkan seorang lelaki melihat muka dan dua tapak tangan seorang wanita sebelum memilihnya sebagai isteri. Dengan melihat sendiri barulah boleh dibuat penentuan sama ada berkenan atau sebaliknya dengan calon itu.
Sehubungan itu, wajah memainkan fungsi penting dalam pemilihan calon isteri. Ia boleh merangsang hubungan kasih sayang di antara suami dan isteri. Dengan cara ini, kekesalan pada kemudian hari tidak akan timbul. Kita juga perlu maklum, akhlak agama dan harta tidak dapat dinilai dengan pandangan, melainkan kecantikan saja yang dapat dinilai ketika itu.
Justeru, dalam memperkatakan mengenai status wanita idaman, agama sepatutnya menduduki tempat pertama, selepas itu barulah diikuti oleh kecantikan paras rupa.
Pada prinsipnya, Islam amat menitikberatkan kecantikan dalam pemilihan calon isteri. Namun begitu, ia dinilai selepas wanita itu memiliki agama dan mentaatinya. Menilai erti kecantikan ini barangkali ada perbezaan di antara seorang dengan seorang yang lain. Oleh itu, jalan yang dikira mudah ialah terserah kepada individu itu sendiri. Jika mereka tertarik dan cukup berkenan dengan raut muka, tingkah laku dan budi pekerti, wanita itu sewajarnya memadai dinilai di segi kecantikan dirinya.
Kecantikan isteri sebagaimana penilaian sendiri, dapat menambahkan kebahagiaan rumah tangga dan menambat hati suami. Kasih sayang di antara suami isteri akan menimbulkan kemesraan. Wanita yang mempunyai paras rupa baik dan menarik dianggap sebagai wanita mempunyai keberkatan. Ini bersesuaian dengan sabda Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, Sesungguhnya, sebesar-besar keberkatan bagi seorang wanita ialah mereka yang mempunyai paras rupa dan rendah maharnya (mas kahwin).
Sungguhpun demikian, perlu juga ditegaskan paras rupa yang menarik tiada bernilai jika tidak disertakan dengan agama dan akhlak.
Selain wanita beragama dan memiliki kecantikan, soal mas kahwin perlu diambil kira. Dalam Islam, wanita yang meminta mahar atau mas kahwin rendah (berpatutan) adalah dianggap wanita yang mendapat keberkatan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud,
Sesungguhnya, sebesar-besar keberkatan bagi seorang wanita ialah mereka yang mempunyai paras rupa dan rendah mahar (mas kahwinnya).
Wanita yang meminta mas kahwin berpatutan menjadi wanita idaman kepada kebanyakan lelaki. Ini kerana secara simboliknya ia memperjelaskan sikap wanita yang tidak mementingkan harta, malah lebih penting lagi mencerminkan sikap wanita itu sendiri tidak tamak, sebaliknya pandai berjimat cermat dalam urusan rumah tangga.
Bagi wanita yang meminta mas kahwin tinggi, mereka akan sentiasa mementingkan harta dan kedudukan. Pada mereka, wang adalah kesayangan mereka yang utama berbanding suami sendiri. Oleh kerana mementingkan harta, mungkin suaminya akan sentiasa didesak untuk menyediakan setiap kemudahan dan kesenangan tanpa memikirkan keupayaan suami. Jika keadaan seperti ini berlaku, si suami pasti akan tertekan dan kecewa oleh sikap isteri yang tidak mahu memahami hakikat keupayaan suami.
Wanita yang boleh melahirkan zuriat adalah menjadi wanita idaman oleh hampir setiap lelaki, walaupun tidak dapat dikatakan secara keseluruhannya. Wanita yang dapat melahirkan zuriat juga tergolong dalam kelompok wanita mendapat keberkatan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud, Kahwinilah wanita yang manja dan tidak mandul! (Riwayat Abu Daud dan Nasaii).
Wanita yang boleh melahirkan zuriat adalah wanita yang menjadi pilihan untuk dijadikan isteri, kerana dalam sesebuah perkahwinan anak yang dilahirkan itu dapat menjadi pengikat atau penambat kasih sayang dan kerukunan rumah tangga.
Rasulullah SAW juga berbangga mempunyai umat ramai. Justeru, adalah perlu lelaki Muslim memilih calon isteri yang berketurunan boleh melahirkan zuriat, kerana dengan adanya anak boleh menambahkan ikatan kasih sayang di antara suami isteri.
Wanita idaman yang disukai oleh ajaran Islam, ialah wanita yang pandai menguruskan rumah tangga. Pandai menguruskan rumah tangga termasuk menjaga hak dan harta suami, sayang terhadap anak-anak dan pandai pula mendidik mereka. Kasih seorang ibu bukan hanya melayani kehendak anak semata-mata, malah perlu memberikan didikan sempurna khususnya didikan agama.
Sebagai seorang manusia kita juga mempunyai niat untuk berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri.
Bagi pasangan yang sedang menjalani proses pengenalan antara satu sama lain khususnya wanita yang sering diselebungi rasa ragu-ragu kerana memikirkan adakah dia yang terbaik untuk anda.
Mungkin anda boleh melakukan 5 perkara ini yang boleh memberi bayangan adakah dia sesuai untuk anda sebelum ke langkah seterusnya.
1. Melakukan Istikharah
Mungkin pelbagai lagi soalan yang akan bermain di fikiran anda yang anda sendiri tidak mampu menemui jawapannya. Disebabkan itulah ada orang mengatakan, perkahwinan itu satu pertaruhan. Sebab itu anda di galakkan untuk membuat solat istikharah kerana hanya Allah S.W.T yang ada jawapannya.
2. Lakukan Proses Takruf Dengan Bijak
Jika seseorang ingin mengenali anda, sepatutnya mereka perlu meminta izin dan bertemu dengan keluarga. Jika tidak maka jelaslah seseorang itu masih belum serius mahu mengambil anda sebagai pasangan hidup untuk ke peringkat yang seterusnya.
3. Jangan Terlalu Percaya Pada Harapan Atau Janji
Perkara yang sering terjadi adalah bila anda telah suka pada seseorang dan kadang-kadang lupa akan keburukan pasangan. Namun, anda dinasihatkan agar tidak terlalu percaya dengan ‘janji-janji manis’ oleh pasangan anda sehingga melupakan segala-galanya.
4. Mendekatkan Diri Kepada Allah
Gunakan masa perkenalan tersebut untuk mendekatkan diri lagi kepada Allah S.W.T. mudah-mudahan segala keputusan yang dilakukan diberkati dan diberikan kemudahan oleh Allah. Selain itu, penting juga untuk berdoa bagi mendapat petunjuk dari Allah S.W.T. supaya keputusan yang dilakukan terhindar dari kesilapan.
5. Sentiasa Memperbaharui Niat
Betulkan niat anda agar ianya sentiasa ikhlas dan diredhai oleh Allah. Namun, niat itu terletak pada hati anda sendiri di mana sifat hati itu boleh berbolak-balik. Sebab itu pasangan tidak digalakkan bertunang dalam tempoh masa yang lama.
Saya ingin bertanya beberapa persoalan berkaitan isu rumah tangga. Seorang isteri tidak mengambil berat tentang keperluan batin suami sehingga menjangkau setahun dan kerap mengelak ajakan untuk bersama dengan pelbagai alasan serta tidak mempeduli nasihat suami dan tidak menjaga ibadat kepada Allah SWT. Jika isteri bersikap seperti itu, adakah wajib bagi suami untuk memberi nafkah kepada isteri.
Jawapan
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT dan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW.
Hikmah Perkahwinan
Perkahwinan bertujuan untuk membangunkan institusi kekeluargaan dan ia sangatlah digalakkan di dalam Islam. Ia juga bertujuan untuk memenuhi keperluan fitrah manusia, mengembangkan masyarakat Islam serta mewujudkan ketenangan dan ketenteraman jiwa. Galakan Islam terhadap perkahwinan agar mendapat banyak kebaikan dan faedah daripadanya. Ini seperti hadis daripada Abdullah bin Amr RA, sabda Nabi SAW:
Maksudnya: “Dunia merupakan keseronokan sementara dan keseronokan yang paling baik ialah wanita yang solehah.”
Riwayat Muslim (1467)
Begitu juga, suami isteri merupakan pasangan yang saling melindungi di antara satu sama lain dan saling perlu memerlukan. Ini diperumpakan di dalam al-Quran, firman Allah SWT:
هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ
Maksudnya: Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka
(Surah al-Baqarah, 187)
Dr. Mustafa al-Khin di dalam kitab beliau menyatakan hikmah perkahwinan di antaranya ialah:
Memenuhi keperluan fitrah manusia
Mengembangkan masyarakat islam dengan keturunan
Mewujudkan ketenangan jiwa dan ketenteraman rohani
Memelihara akhlak daripada kerosakan dan keruntuhannya.
Memelihara generasi manusia yang sejahtera
Mengembangkan kekeluargaan dan mengeratkan semangat kerjasama
(Lihat: al-Fiqh al-Manhaji 4/13-16)
Nafkah Dan Tanggungjawab Suami Isteri
Nafkah adalah pembelanjaan keperluan manusia seperti makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan selainnya. Ia dinamakan Nafaqah kerana dikeluarkan atau digunakan untuk keperluan itu. (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 4/274)
Terdapat pelbagai Nas al-Quran dan Sunnah berkenaan nafkah di antaranya, Firman Allah SWT:
Maksudnya: Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.
(Surah al-Talaq, 7)
Para ulama bersepakat (Ijma’) suami wajib memberi nafkah kepada isterinya. Ini seperti mana firman Allah SWT:
Maksudnya: Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.
(Surah al-Baqarah 233)
Syarat Wajib Suami Memberi Nafkah Kepada Isteri
Nafkah disyaratkan ke atas suami sekiranya isteri memenuhi syarat yang ditetapkan. Di dalam al-Fiqh al-Manhaji telah membahagikan kepada dua syarat iaitu:
Isteri merelakan dirinya untuk bermesra (istimta’), bersetubuh dalam keadaan yang dibenarkan syara’. Dan sekiranya isteri menolak walaupun sedikit, maka suami tidak wajib memberi nafkah kepada isterinya. Dan sekiranya jika suami ingin bermesra dan bersetubuh isterinya dalam keadaan diharamkan, sakit atau uzur, maka keengganan isteri itu melayani suaminya tidak menggugurkan kewajipan suami untuk memberi nafkah.
Isteri ikut tinggal dirumah yang dipilih oleh suaminya. Dan isteri wajib tinggal di dalamnya melainkan tempat tinggal itu tidak sesuai untuk didiami dari sudut syara’.
Jika kesemua syarat itu dipenuhi, maka wajib bagi suami untuk memberi setiap nafkah yang diperlukan oleh isteri.
(Lihat: al-Fiqh al-Manhaji: 4/181-182)
Nusyuz
Dr. Muhammad Zuhaili mentakrifkan Nusyuz bermaksud derhaka. Dan nusyuz seseorang perempuan ialah derhaka kepada suaminya dengan mengingkari ketaatan terhadap suaminya. Dan Nusyuz bagi lelaki ke atas wanita adalah meninggalkan tanggungjawabnya dan menyakiti pasangannya. (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e: 4/90)
Maksudnya: Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya).
(Surah al-Nisa’: 34)
Perbuatan Nusyuz yang dilakukan isteri adalah haram dan ia merupakan salah satu daripada dosa-dosa besar. Ini seperti mana hadis daripada Abi Hurairah RA, Sabda Nabi SAW:
Maksudnya: Apabila suami mengajak isteri untuk tidur bersama-sama, kemudian isteri tidak mahu datang dan suaminya tidur dalam keadaan marah, maka malaikat melaknati isterinya sehingga ke pagi.
Riwayat Muslim (1436)
Dr. Muhammad Zuhaili di dalam kitabnya menyatakan Nusyuz seorang itu berlaku dalam pelbagai keadaan dan gambaran. Seperti seorang isteri tidak taat dan tidak patuh kepada suaminya, sebagai contoh keluar rumah tanpa keizinan suaminya tanpa ada keuzuran yang membenarkannya seperti keluar berjumpa dengan qadi dan mencari nafkah bagi membantu suami yang susah. Atau enggan bersetubuh dalam keadaan uzur syarie’ dan sakit (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 4/92)
Nusyuz Suami
Selain itu, Nusyuz bagi seorang suami kepada Isterinya seperti yang dinyatakan di dalam Fiqh al-Manhaji, suami yang menganiaya isterinya seperti tidak memberikan giliran bermalam, tidak memberi nafkah atau mengasarinya. Oleh itu, Isteri hendaklah menasihati suami. Dan sekiranya tidak berubah maka hendaklah isteri mengadu kepada hakim untuk menuntut haknya. Lihat: al-Fiqh al-Manhaji, 4/109-110)
Cara Mengatasi Nusyuz Suami
Isteri boleh menasihati suami tentang tanggungjawabnya dan memberi amaran kepadanya tentang balasan Allah SWT dengan perbuatan zalimnya.
Selain itu, sekiranya suami masih tidak berubah maka isteri boleh memnta hakim mengenakan tindakan yang sesuai untuk memperbaikinya.
Sekiranya belum mampu mengubahnya, kedua-dua belah pihak boleh menghantar wakil sebagai orang tengah untuk mendamaikan atau memisahkan mereka.
(Lihat: al-Fiqh al-Manhaji, 4/109-110)
Cara Mengatasi Nusyuz Isteri
Apabila terdapat tanda-tanda Nusyuz daripada seseorang seperti ia bersikap kurang enak dan bermasam muka. Atau pun seseorang isteri mengeluarkan kata-kata kesat kepada suaminya. Maka di dalam al-Fiqh al-Manhaji mengajar cara mengatasinya dengan:
Suami sunat menasihati dengan berdasarkan kitab Allah SWT serta mengingatkan tanggungjawab yang diwajibkan Allah SWT ke atasnya berkenaan dengan pergaulan mesra serta sanjung martabat suami. Dan menasihati tentang kemurkaan Allah SWT serta balasannya.
Dan sekiranya masih tidak berubah, suami hendaklah mengasingkan dan meninggalkannya bersendirian di tempat tidur. Perbuatan ini sungguh berkesan untuk mendidiknya.
Jika masih tidak berhasil, suami boleh memukul isteri dengan pukulan yang ringan dan tidak mencederakan dengan niat untuk memberi pengajaran sahaja.
Jika perselisihan masih tidak mampu diselesaikan maka ia hendaklah dibawa kepada hakim. Hakim hendaklah melantik orang tengah yang beragama Islam dan adil. Dan orang tengah itu hendaklah berusaha sedaya upaya mendamaikan suami isteri tersebut. (lihat: al-Fiqh al-Manhaji 4/107-108)
Maksudnya: Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah "orang tengah" (untuk mendamaikan mereka, iaitu), seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua "orang tengah" itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan kedua (suami isteri itu) berpakat baik. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui, lagi Amat mendalam pengetahuanNya
(Surah al-Nisa’, 35)
Kesimpulan
Berdasarkan persoalan di atas dan nas yang diberikan, perbuatan seorang isteri tersebut kepada suaminya tidak sepatutnya berlaku. Ini kerana tanggungjawab seorang isteri adalah melayan suaminya dengan baik serta memenuhi tuntutan suaminya. Melainkan sekiranya suami meminta kepada perkara yang diharamkan syara’ atau isteri dalam keadaan uzur dan sakit.
Suami dan isteri seharusnya berbincang dan mencari jalan penyelesaian yang baik. Sekiranya isteri masih tidak berubah, maka suami boleh lakukan apa yang disarankan di dalam al-Quran. Firman Allah SWT:
Maksudnya: Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya).
(Surah al-Nisa’: 34)
Menasihatinya secara berhikmahdengan tutur kata yang baik, kasih sayang dan berniat untuk dia menjadi lebih baik.
Jika masih juga tidak berhasil, suami boleh untuk mengasingkan tempat tidurdaripada isterinya tersebut.
Jika masih tidak berhasil, suami boleh memukul isteri dengan pukulan yang ringan dan tidak mencederakandengan niat untuk memberi pengajaran sahaja.
Oleh itu, suami tidak diwajibkan untuk memberi nafkah sekiranya isteri tidak melakukan tanggungjawabnya kepada suami serta berkelakuan nusyuz. Melainkan, sekiranya tuntutan suami menyalahi batasan syara’ maka isteri boleh menolak perkara tersebut dan tidak menggugurkan kewajipan suami untuk memberi nafkah.
Namun sebaiknya, perkara ini dibawa kepada pihak yang berautoriti untuk menjalankan proses sulh yang terdapat di dalam undang-undang keluarga islam di negeri-negeri. Ini bertujuan mengadakan perjanjian damai serta menyelsaikan perselisihan di antara suami dan isteri.