Suka pilih konsep minimalis apabila hasilnya lebih kemas dan luas, jadi golongan isteri yang tak cukup masa nak mengemas rumah, boleh cuba idea ini.
Seperti idea yang dikongsikan Puan Susun Atur Sioca ini, ruang rumahnya nampak bersih dan luas.
Rujuk gambar kediamannya memang kosong sebab prinsipnya, tiada fungsi tak beli. Jika terbeli, let go. Malah dek kerana prinsip ini juga dapur pun nampak kosong. Tapi pegangan ini memang mudahkan kehidupan malah menjimatkan. Boleh lihat perkongsian beliau ini.
Rumah saya ada empat bilik dan satu air well. Saya bahagikan ikut bilik utama, bilik anak, bilik baju, bilik buku dan ruang dobi.
Bilik tidur hanya ada katil sahaja. Tak ada barang lain. Almari baju pun tak ada. Baju semua di’one-stop-centre’kan di bilik baju. Side table juga tak ada.
Bilik anak-anak juga begitu. Hanya ada katil. Meja belajar, buku-buku semua di’one-stop-centre’kan di bilik buku. Kalau nak belajar, kami akan berkumpul setempat dan bawa semua keperluan belajar, dah sudah, letak balik di bilik buku.
Bilik baju saya gunakan konsep baju tergantung. Dah bertahun guna konsep ni. Konsep ini sangat membantu menjimatkan masa para ibu dan isteri.
Langkah dia semudah masuk baju dalam mesin, sidai guna hanger, angkut hanger ke tempat masing-masing di bilik baju, selesai!
Pakaian kecil-kecil masuk je dalam kotak tapi pastikan satu jenis satu ‘rumah’. Kain pelikat, kain batik, tuala kena lipat tapi easy peasy sahaja.
Bilik buku pula ada rak buku dan meja belajar. Itu sahaja. Nak bagi kemas, tersusun, efektif, sentiasa gunakan konsep SETIAP BARANG ADA ‘RUMAH’ SENDIRI. Jangan sekali-kali campur aduk bila kemas.
Ruang dobi saya letakkan di airwell rumah. Dia sebenarnya langit terbuka tapi kami tutup dengan zink lutsinar supaya hujan tak masuk tapi cahaya matahari boleh masuk. Di sini ada mesin basuh, ampaian, dan sedikit ruang untuk barang-barang stor contohnya cat, tangga dan lain-lain.
Dapur, ruang tamu, ruang makan pun sama. Ada perabot asas sahaja dan memang digunakan seharian. Kalau yang tak ada function, saya tak akan beli. Kalau dah terbeli, saya akan let-go. Semua perabot tak bertukar selagi tak rosak. Sebab tu kalau mai dulu dengan sekarang, itu jugalah rupanya.
Dinding semua kosong. Tak ada sebarang deko kecuali jam dan cermin. Saya tak rajin nak lap habuk kat bingkai-bingkai tu semua. Dulu pernah cuba nak hias-hias tapi tak kena dengan jiwa. Cabut balik, let-go semua.
Kat dapur je ada bingkai sebab nak tutup cela pada dinding (retak sikit sebab alih pintu toilet yang asal).
Rumah saya juga tak ada sebarang karpet kecuali satu pvc mat, meraikan tetamu yang lebih selesa duduk bawah.
Perjalanan minimalis saya ni entah bila mulanya. Tau-tau dah kosong je rumah. Adik saya cakap macam orang baru pindah.
Seronok dan lega. Tu perasaan saya dapat beritahu tentang journey ni. Banyak lagilah yang saya minimaliskan. Bukan rumah je, corak pemakanan, penjagaan seharian semua terkesan. Masih banyak perlu saya baiki. Masih banyak nak belajar.
Jadi kalau anda rasa rumah dah penuh dengan barang, cuba pilih konsep minimalis. Barulah nampak ruang lebih luas dan kemas.
Kalau anda rasa nak ubah kabinet dapur di rumah jadi kemas dan tertutup, boleh cuba idea menggunakan pintu sliding door seperti yang dikongsi lelaki ini.
Maklumlah, awal-awal kahwin semua bajet kena jimat poket. Orang kata baru nak hidup. Jadi cuba kemaskan bahagian dapur dengan DIY sliding door, barulah sedap mata memandang.
Caranya mudah sahaja dan barang-barang yang diperlukan pun tidak banyak. Tidak perlu pun keluar modal yang tinggi. Asalkan rajin, anda boleh dapat kabinet dapur yang kemas.
Rail langsir
Board kalis air
Handle pintu
Gam
2. Lekatkan rail langsir dengan gam.
3.Masukkan board kalis air secara berhati-hati.
4.Pasangan pemegang. Siap!
Agak-agak boleh buat tak? Pasangan suami isteri yang rasa nak jimat, boleh guna idea ini sementara buat kabinet mahal. Semoga bermanfaat!
Kalau dekat rumah ada banyak kain langsir lama tak pakai dan masih elok, apa kata anda buat langsir eyelet macam ini.
Hah, jangan risau, ini ada cara-cara mudah bagaimana nak buat lubang eyelet ring pada langsir itu. Ini merupakan cara DIY yang dikongsikan oleh Puan Dura. Jom ikuti caranya di bawah.
Nah belanja hampa cara-cara nak buat tebuk bulat langsir ni. Langsir lama yang ketinggalan zaman pun hampa tebuk ja, dah jadi baru. Tak payah pergi upah tebuk dekat kedai, tebuk sendiri saja.
Eyelet ring langsir
Pembaris
Gunting
2 marker pen (berbeza warna)
1. SUSUN EYELET RING DI ATAS HUJUNG BAHAGIAN KEPALA LANGSIR
Letak eyelet ring untuk ukur bagi sama rata. Tak ada ukuran untuk letak ring sebab bidang kain tak sama, cuma untuk bidang 60 you all letak 8 keping ring sahaja. Ukur agak-agak, tak sama sikit-sikit kira halal je.
2. GUNA MARKER PEN UNTUK TANDA BULATAN EYELET
Bulatkan dengan marker pen.
3. HASIL SELEPAS DITANDA
Macam ini:
4. TANDA TEPI BULATAN BERJARAK 1/4 INCI DENGAN WARNA LAIN
Selepas itu, tanda tepi 1/4 inci. Tanda untuk kita gunting sat lagi.
5. GUNA GUNTING DENGAN CARA SEPERTI DI GAMBAR
Guna gunting macam ini. Senang nak tikam, hujung dia tajam sangat-sangat dan jaga-jaga jari.
6. GUNTING PADA TANDA 1/4 INCI TADI
Kasi tikam dia.
7. HASIL SETELAH DIGUNTING
8. BELAH EYELET RING GUNA PISAU TUMPUL
Belah ring tu guna pisau. Jangan guna pisau baru, guna pisau lama yang tidak tajam okay.
9. EYELET RING BAHAGIAN TAJAM LETAK DI ATAS
Letak bahagian eyelet ring yang tajam dekat atas.
10. LETAK EYELET RING TIDAK TAJAM DI BAWAH LANGSIR
Bubuh bagi betul-betul. Kalau tak betul, gunting sikit-sikit lagi bagi masuk dalam bulatan tu.
11. TEKAN EYELET RING KEDUA-DUA BAHAGIAN DENGAN TANGAN
Tepuk dengan tangan saja, puk puk bagi betul-betul.
Dah, siap! Senang golongan isteri nak jimatkan duit poket keluarga, hanya guna langsir lama sahaja. Jadi mungkin anda boleh cuba menggunakan tip yang dikongsikan wanita ini kalau rasa dah bosan tengok langsir lama di rumah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sahaja yang mampu melupakan momen pernikahan pelakon terkenal, Izara Aishah bersama suaminya, Muhammad Adib Khalid, yang berlangsung pada 17 November 2017.Majlis penuh eksklusif...