Meriahnya malam berinai Dynas Mokhtar. Jika sesiapa yang inginkan malam berinai yang cukup Glamor ala Bollywood ini bolehlah jadikan rujukan ye malam berinai Puan Dynas Mokhtar.
Baju rona merah hati ini menaikkan seri bakal pengantin, busana malam berinai yang di reka khas daripada Putra Cosry ini cukup kena dengan susuk tubuh Dynas yang tinggi lampai dan kulit yang putih mulus ini. Bertambah seri dengan ukiran inai di tangan. Manakala make up pula direalisasikan oleh Asyadilla yang menghasilkan serta menjadikan Dynas tampil begitu anggun pada malam majlis berinainya.
Pesona Pengantin tak nak cakap banyak, jom kita lihat himpunan gambar kemeriahan malam berinai Dynas Mokhtar.
Akhirnya anggota kumpulan K-Clique, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan sah bergelar suami apabila selamat disatukan dengan gadis pilihannya, Siti Hajaar Syeikh Nordin, 26, hanya sekali lafaz pada pagi Jumaat.
Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid, Mahdi Mat Zain dengan berwalikan bapa pengantin perempuan, Datuk Seri Dr Syeikh Nordin Sheikh Ahmad.
Majlis ijab kabul yang berlangsung di Masjid Jamiul Huda, Ampang, Selangor, sekitar 9.35 pagi itu turut menyaksikan MK, 27, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM302 dan seutas gelang tangan kepada Siti Hajaar.
Pengantin perempuan turut menerima enam dulang hantaran berbalas dengan jumlah sama, manakala wang hantaran dirahsiakan.
“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun persiapan dilakukan dalam tempoh singkat. Syukur dah jadi suami.
“Doakan kebahagiaan kami,” ujar MK selepas sah bergelar suami.
Majlis pernikahan MK dan Siti Hajaar dihadiri 100 tetamu merangkumi keluarga dan kenalan kedua-dua belah pihak.
Majlis resepsi pasangan itu akan diadakan di sebuah hotel di Klang, Selangor pada Sabtu.
Terdahulu, spekulasi MK bakal mendirikan rumah tangga mula diperkatakan selepas dia memuat naik foto saiz pasport lengkap memakai songkok dalam media sosial.
Mengukuhkan lagi spekulasi itu, ada yang mendakwa MK sudah bertunang dengan Siti Hajaar selepas foto mereka berpakaian sedondon bersama keluarga dengan gadis itu menunjukkan cincin di jari, tersebar.
Malah turut tular video di aplikasi TikTok yang menampakkan penyanyi rap itu menghadiri kursus kahwin.
Maka MK K-Clique ‘off-market’ setelah selamat bergelar suami Siti Hajar hari ini, moga jodohnya kekal bahagia hingga ke syurga.
Tular berita penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari bakal kahwin dengan jejaka yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini iaitu Tiko Wardhana.
Tiko seorang duda dan Bunga dikatakan bakal disatukan sebagai suami isteri pada 2 Disember ini di sebuah hotel di Bali, Indonesia.
Perkara tersebut didedahkan oleh seorang petugas di pejabat agama dikenali sebagai Emma Fatmayani menerusi kenyataan di YouTube Indosiar pada Sabtu.
Namun Emma tidak dapat mengesahkan tarikh sebenar pernikahan pasangan tersebut kerana tidak mempunyai butiran lengkap mengenainya.
“Kalau tarikh pernikahan tidak ada pada kami namun Bunga sudah menyerahkan dokumen yang diperlukan termasuk sijil kematian suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair.
“Daripada pihak Tiko pula, mereka juga sudah menghantar beberapa dokumen dan surat pengesahan cerai… Jadi statusnya ialah duda bercerai hidup,” katanya.
Sementara itu, Ketua Rukun Tetangga di kawasan kediaman Tiko dikenali sebagai Mahmud juga memberitahu bahawa lelaki itu ada meminta surat untuk pernikahan di Bali.
“Kebetulan penduduk kami yang bernama Tiko meminta dibuatkan surat untuk menikah di Bali,” ujarnya.
Pada Mac lalu, Bunga yang berumur 40 tahun menjadi perhatian ramai apabila terlihat teruja menyambut ulang tahun kelahirannya bersama teman rapat.
Gelagat penyanyi lagu Wanita Terbahagia itu menarik tangan seorang lelaki yang dikenali sebagai Tiko yang berada di sisinya menjadi perhatian netizen.
Kemesraan Bunga dengan lelaki berkenaan mencetuskan tanda tanya malah ada juga yang mendakwa itu merupakan teman lelaki penyanyi tersebut.
Untuk rekod, Bunga dan Ashraf mendirikan rumah tangga pada 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Noah Aidan. Kemudian Ashraf meninggal dunia pada Februari 2020 semasa tidur akibat serangan jantung.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tampak cantik pelakon, Nad Zainal bersanding bersama suaminya, Ungku Ismail Aziz dengan berbusana klasik warna emas menerusi gambar yang dikongsi dalam Instagram miliknya.
Busana yang dihasilkan oleh ZaimiZulkafli Atelier itu cukup menyerlahkan keayuan kedua mempelai dan sepadan dengan identiti Nad yang menjiwai tema klasik.
Majlis walimatul urus itu menyaksikan pasangan suami isteri itu tampak kacak dan manis dalam persalinan pereka Zaimi Zulkifli. Klasik moden dengan rona yang cukup menarik menaikkan seri kedua-duanya.
Sekali pandang pun dah terpesona, lain aura yang dibawa oleh kedua pengantin. Lebih istimewa lagi, kehadiran anak-anak turut menyerikan suasana.
Namun satu hantaran perkongsian Nad mengenai gelagat anaknya di atas pelamin mencuit hati netizen yang membaca perkongsiannya di media sosial.
Saat mata ku terlihat ada anak ayam join atas pelamin… kuhanya..PASRAH.” demikian kapsyen Nad.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya dan rakan selebriti tumpang gembira selain menitipkan doa semoga Nad dan Ungku Ismail kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Untuk rekod, sebelum ini, Nad pernah mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Faliq Amiruddin 18 September 2015 namun, memutuskan untuk bercerai pada September 2022.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata, Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom.
Seperti ramai sedia maklum, pelakon terkenal, Jazmy Juma sudahpun selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihan hatinya, Farah Athirah pada Sabtu lalu, 27 Jun 2026.Perkahwinan yang...