Sejak PKPB dilaksanakan, kita dapat lihat ramai orang yang beratur di kedai-kedai pajak gadai untuk menggadai barangan demi kelangsungan hidup. Tentunya barangan kemas merupakan antara barangan popular yang digadai.

Namun, persoalannya disini, barangan kemas itu milik siapa? Tentunya milik si isteri. Walaupun isteri memberi keizinan untuk menggadai barangan kemas mereka kerana memerlukan wang, tentunya hati mereka sayu tatkala melihat kotak kosong yang dahulunya diisi dengan kegembiraan.

Dan, ketahuilah para suami bahawa ia merupakan satu hutang kepada isteri dan anda bertanggungjawab untuk menyelesaikan hutang tersebut. Bak kata Akhtar Syamir menerusi perkongsiannya di Facebook, jangan ambil mudah barang kemas isteri di pajak gadai. Itu hutang suami kepada isteri.

Jom kita baca perkongsiannya. Semoga bermanfaat untuk para suami di luar sana.

*****

Resit-resit lama dan kotak-kotak yang sudah kosong tidak berisi. Ini adalah gambaran biasa yang sentiasa dibuat-buat tak nampak sedangkan ini sangat memberi kesan kepada si isteri.

Sayu hati isteri melihatkan kotak yang dahulunya diisi dengan kegembiraan, kini kosong sudah sekian lama tanpa diketahui bilakah ianya akan kembali. Malah ada yang tidak mungkin akan ada semula.

Jangan ambil mudah barang kemas isteri di pajak gadai. Itu hutang suami kepada isteri. Jadikan ia nombor 1 di dalam keutamaan hutang yang perlu dibayar.

IKLAN

Walaupun itu adalah pemberian suami atau sesiapa sahaja pun, ianya bukan satu alasan untuk meletakkan ia sebagai satu “tanggungjawab”. Ianya masih lagi harta kepunyaan mutlak isteri. Ianya masih lagi satu hutang apabila digunakan untuk membantu suami.

Kenapa Isteri Selalu Diketepikan Sedangkan Dia Yang Pertama Ada Bila Suami Dalam Kesusahan?

Jangan sesekali mengutamakan orang lain jika masih lagi berhutang dengan isteri. Tanya soalan-soalan ini dahulu.

1. Kawan nak pinjam duit? Hutang isteri dah selesai ke belum?

2. Adik beradik nak pinjam duit? Hutang isteri dah bayar belum?

IKLAN

3. Nak beli telefon baru, sport rim dan sebagainya? Hutang isteri dah bayar belum?

4. Nak belanja ahli keluarga ke sana sini? Hutang isteri tu dah bayar ke belum?

Kenapa isteri harus terus diketepikan? Sedangkan dia yang pertama ada apabila suami dalam kesusahan?

Apabila kita tengok sewaktu PKPB bermula, betapa ramainya orang beratur di Ar Rahnu dan pajak gadai yang lain, ia sepatutnya mendatangkan keinsafan dalam diri.

Adakah emas yang diserahkan di kaunter Ar Rahnu itu milik suami? Hampir pasti kepunyaan isterinya. Apakah maksudnya ini? Maksudnya, keluarga itu di dalam kesusahan dan isteri sedang menghulurkan bantuan. Ada yang hanya tunggu di rumah atau di dalam kereta kerana tidak sanggup bersedih.

IKLAN

Saya sendiri yang sudah berkali-kali ke sana, tetap rasa hati ini bagai disiat-siat kerana telah menyusahkan dan membuatkan isteri sedih. Walaupun dia tunjuk yang dia kuat, saya tahu hatinya sedang menangis waktu dia serahkan barang kemasnya untuk digadai dan dijual.

Kenapa Isteri Selalu Diketepikan Sedangkan Dia Yang Pertama Ada Bila Suami Dalam Kesusahan?

Kita kurang faham sebenarnya ikatan antara wanita dan emas. Kerana ia adalah satu naluri. Apa yang kita boleh buat ialah dengan tidak memperlekehkan perasaan mereka dan cuba memahami kepentingan emas itu buat mereka.

Di dalam Ar Rahnu ialah satu tempat di mana ianya dipenuhi dengan keheningan yang menyesakkan. Dapat kita rasakan sendiri “harapan”, “kesedihan” dan “kekecewaan” walaupun tidak ada orang yang bercakap pada waktu itu. Suasana itu sangat memberi keinsafan. Ramai yang sedang menunggu giliran tertunduk kepalanya tidak mampu diangkat tinggi kerana ditekan perasaan-perasaan itu.

Kepada sesiapa yang pernah masuk Ar Rahnu, mesti tahu perasaan dalam tu. Sunyi sepi. Hanya kedengaran orang di kaunter bercakap-cakap. Riak wajah masing-masing sugul. Jika ada senyum pun, kita boleh tahu senyuman itu sekadar memujuk hati.

Bayarlah hutang isteri seberapa segera yang boleh. Berhenti tolak kewajipan itu ke tepi. Hargai orang yang membantu di saat kita memerlukan.

Sumber: Akhtar Syamir

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI