Assalamualaikum…sy berkahwin hampir 3 thun…sepanjang perkahwinan suami sentiasa curang dengan berlainan wanita dan mula menghampiri zina…alasannya sy tidak boleh melahirkan zuriat untuk dia…sedangkan dia langsung tidak berusaha untuk bawa sy pergi berubat…suami selalu berkasar dan memukul sy tanpa sebab yang munasabah,dia seorang yang terlalu ego dgn isteri tapi amat sopan bila bersama org lain…sedangkan dia seorang ustaz dan tahu hukum agama,tapi alhamdulillah sy masih boleh bersabar dan melayan segala tuntutanya dengan baik tanpa bermasam muka walaupun hati saya hanya ALLAH shaja yang tahu…saya masih menunutu di IPTA dan tidak bekerja,sedikit sebanyak masalah ni menganggu pembelajaran saya.. sy ingin mengundur diri dari hidupnya utk dia bahagia dengan wanita pilihan hatinya, tapi dia pula tidak mengizinkan sy pergi…sy buntu dan hidup saya semakin suram..apa perlu saya buat??adakah perkahwinan ini masih boleh diselamatkan lagi?
Puan,
Wa’alaikum salam.. Khabar gembira bagi yang bersabar dengan ujian daripada Allah SWT. Perkahwinan semasa belajar sememangnya banyak cabarannya, antara tanggungjawab rumahtangga dan belajar. Adakah suami puan juga masih belajar atau sudah bekerja?
Dalam hal rumahtangga, suami isteri mestilah memainkan peranan masing-masing. Walaupun suami atau puan bergelar ustaz atau ustazah sekalipun, belum tentu faham seni hidup berumahtangga jika sekiranya tidak dipraktik dan ditambah pengetahuan mengenainya. Antara perkara utama yang mesti dilaksanakan antara pasangan suami isteri:
1) bangkitkan suasana mawaddah
2) saling mempercayai
3) menghiasi rumah tangga dengan harmoni
4) saling menasihati, tegur secara berhikmah dan berbincang walaupun sekecil-kecil perkara.
Dan perkara yang perlu dititik beratkan ialah:
1) solat berjemaah
2) isteri kena pandai berhias
3) menjadi pendengar yang baik
3 Tahun perkahwinan bukanlah suatu tempoh yang lama, namun jika masing-masing membuat hal sendiri mungkin pasangan akan mula tawar hati. Untuk itu puan harus segera menangani permasalahan yang timbul. Jika alasan zuriat yang ditimbulkan dan tidak mendapat sokongan pula dari suami, puan hendaklah bertindak sendiri dengan izinnya untuk pergi mendapatkan khidmat nasihat doktor terlebih dahulu. Jika sekiranya puan normal dan tidak mempunyai masaalah, berbincanglah dengan suami dan carilah titik pertemuan yang boleh mengembirakan hubungan puan, suami isteri. Namun sekiranya sebaliknya jangan putus asa banyakkan berdoa dan berikhtiar.
Dalam hidup ini yang paling utama ialah belajar menerima takdir Allah SWT dan redha dengan ketentuannya. Pasti kita akan bahagia walaupun banyak halangan dan ujian yang melanda, kerana kita tidak akan mampu keluar dari takdir Allah melainkan dengan izinnya jua. Moga puan tabah mengharungi kehidupan ini dan belajarlah memberi yang terbaik untuk orang lain, khususnya suami, insyaAllah Allah akan memberi yang terbaik pula untuk kita.
Yakinlah, Allah sentiasa bersamamu…
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI