France's national football team Franck Ribery is pictured in a medical engine used for cryotherapy at the training center in Kircha on June 7, 2012, on the eve of the Euro 2012 football championships opening match in Warsaw. France will play its first match on June 11 against England. AFP PHOTO / FRANCK FIFE
Kata orang, sauna boleh menguruskan badan, betul ke? Setakat menguruskan badan sahaja, banyak cara lagi yang boleh kita lakukan. Sebenarnya, sauna bukan sahaja menguruskan badan, tetapi terdapat banyak kebaikan sauna atau mandi wap yang bakal mengejutkan anda!
1. Proses Detoksifikasi
Tahukah anda, sauna juga dapat mengeluarkan toksin dari tubuh badan anda? Kebaikan sauna yang ramai tak tahu adalah ia merupakan satu proses detoksifikasi tubuh badan. Detoks akan mengeluarkan racun badan melalui peluh yang mengalir di tubuh badan anda.
Ads
2. Membakar Kalori Dan Lemak Berlebihan Tubuh Badan
Ramai tak percaya, kebaikan sauna juga adalah dapat membakar lemak tubuh badan anda dan membakar kalori. Anda tak perlu berlari dan bersukan dengan kerap, tetapi buatlah sauna setiap minggu atau bulan. Lemak-lemak akan dibakar justeru berat badan anda juga akan menurun.
3. Melegakan Otot Dan Urat
Otot dan urat tidak selalunya akan berada dalam keadaan yang betul, namun dengan sauna ia mendapat kedudukannya yang betul. Kebaikan sauna juga dapat mengeluarkan angin dari urat-urat tubuh badan anda. Otot yang sakit dan lenguh juga terasa lega setelah bersauna.
Ads
4. Merehatkan Minda Dan Emosi
Kebaikan sauna dari segi mental adalah ia dapat merehatkan minda dan emosi anda. Anda akan lebih tenang dan rileks sepanjang hari sewaktu bersauna atau selepas sauna. Apabila tubuh badan terasa segar, minda dan emosi juga terasa amat tenang.
Ads
5. Menyihat Dan Menganjalkan Kulit
Kulit sihat dan lebih anjal setelah toksin peluh keluar dari tubuh badan anda. Sekiranya anda sudah lama tidak memanjakan diri mencantikkan kulit, sauna adalah perkara pertama wajib anda cuba. Kemudian, anda akan terasa kulit lebih anjal dan sihat.
6. Mencantikkan Kulit
Percaya atau tidak, kulit bukan sahaja sihat tetapi lebih cantik, licin dan gebu semulajadi. Kulit anda akan lebih cantik dan lembut seperti anda menggunakan scrub. Sedangkan anda baru sahaja bersauna. Kebaikan sauna dari segi cantikkan kulit tidak dapat disangkal lagi.
7. Menyembuhkan Pelbagai Penyakit
Apabila racun dan toksin badan sudah keluar, penyakit dapat dicegah dan disembuhkan sedikit demi sedikit. Sebab itulah, selepas bersauna, demam akan kebah, selsema juga turut hilang. Begitu juga dengan penyakit dalaman yang melibatkan rahim, perut, pencernaan dan lain-lain.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sama ada anda minat atau tidak kepada Cristiano Ronaldo,anda pasti kagum dengan otot-otot yang dimiliknya. Apakah rahsia beliau mendapatkan tubuh seperti itu? Bagaimana dia begitu disiplin untuk melakukannya,dan bagaimana beliau mengubah tubuhnya dari seorang yang kurus hingga menjadi seperti sekarang? Soalan-soalan begini banyak berada di fikiran kita.
Di sini Cristiano Ronaldo mendedahkan tips kesihatan dan kecergasan yang sering beliau amalkan.
1)Belajar melatih minda anda dan juga badan anda, kekuatan mental adalah sama pentingnya dengan kekuatan fizikal dan akan membantu mencapai matlamat anda..
2)Anda haruslah mempunyai disiplin yang tinggi, menjaga diri,bermotivasi dan berpegang kepada rutin yang sihat adalah kunci utama untuk kekal cergas, bagi saya,tidak ada ruang untuk mengurangkan senaman,anda perlu tegas..
3)Tetapkan matlamat, ia akan membantu anda untuk sentiasa fokus dan berusaha ke arah sesuatu.
4)Melakukan senaman bersama rakan adalah cara yang baik untuk menambah daya saing dan mendorong diri sendiri, jika rakan anda mempunyai tahap yang sama dengan anda,ianya bagus kerana anda dan rakan anda akan membantu menolak antara satu sama lain.
5)Jika anda ingin hasil latihan yang baik,anda perlu tidur dengan betul..saya tidur awal dan bangun awal terutamanya sehari sebelum perlawanan..tidur yang betul dapat membantu otot pulih dengan baik.
6)Lakukan warming up kerana ianya menghalang dari kecederaan..dalam latihan,kami melakukan beberapa larian pusingan padang,regangan dan kardio untuk memanaskan badan..pastikan anda melakukan sesuatu yang serupa sebelum melakukan senaman..anda boleh berlari-lari anak untuk ke pusat gym atau menggunakan treadmill mahupun basikal..
7)Saya cadangkan lakukan kombinasi kardio(berjalan dan mendayung)serta lakukan senaman berat untuk memastikan senaman anda mensasarkan semua bahagian badan dan ianya dapat meningkatkan stamina.
8)Intensiti yang tinggi adalah penting untuk membolehkan darah anda mengepam dan meningkatkan stamina dengan baik..kami melakukan banyak latihan sprint..anda juga boleh melakukannya..cuba berlari setempat dengan laju ketika berada di pusat gym atau berlari laju di luar..
9)Sesi kardio juga penting untuk membina ketahanan stamina dan untuk kekal cergas..cuba lakukan dalam tempoh 30 minit dan tingkatkan lagi bilangan sesi untuk mendapatkan stamina yang lebih baik..
10)Kekal dalam senaman walau di mana anda berada..anda boleh melakukan senama abs di dalam bilik tidur apabila anda bangun tidur atau sebelum masuk tidur..biasakan melakukan perkara ini,dan lama kelamaan ianya akan menjadi rutin.
11)Senaman yang baik mesti digabungkan dengan diet yang baik..saya makan diet protein yang tinggi,dengan memperbanyakkan karbohidrat bijirin penuh,buah-buahan dan sayur-sayuran,serta mengelakkan makanan bergula..saya sukan makan ikan terutamanya hidangan bacalhau portugis a braz,dan di restoran saya akan memesan steak dan salad..
12)Pastikan anda kekal hidrat..minum air sangat penting,saya juga mengelakkan alkohol.
13)Apabila melakukan senaman yang kerap,anda juga perlu makan dengan kerap..ianya penting untuk mengekalkan tahap tenaga yang tinggi dan untuk mendapatkan prestasi yang lebih baik.kadang-kadang saya makan sehingga 6 hidangan kecil sehari untuk memastikan saya mempunyai tenaga yang cukup bagi melaksanakan setiap sesi senaman..
14) Saya sentiasa memastikan saya mempunyai muzik yang baik untuk di dengar..ia akan membantu anda untuk lebih bermotivasi semasa melakukan senaman..saya suka mendengar muzik hip hop dan reggae..
15)Berehat..senaman adalah perkara yang penting,tetapi gaya hidup yang santai membantu anda menjadi lebih baik dari segi mental dan fizikal..saya menghabiskan masa lapang saya dengan keluarga dan rakan-rakan,itu membuatkan saya lebih santai dan anda perlu setkan minda anda kepada perkara-perkara yang positif.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menjaga pemakanan sangat penting untuk satu organ kita yang sangat penting iaitu otak. Mengapa menjaga pemakanan itu penting di dalam Islam? Di sini saya melihat pada konteks yang diajarkan Allah swt di dalam al Qur’an seperti firmannya:
Ya, makanlah dari rezeki yang baik-baik sebagai tanda syukur pada nikmat dari Allah swt. Menjaga pemakanan bermakna kita juga menjaga tubuh fizikal yang dikurniakan Allah swt. Ini juga menjadi sebahagian ibadah sebagai hamba Allah, salah satu cara hidup dalam Islam. Rezeki yang baik-baik pula semestinya halal kerana setiap yang haram dan dilarang oleh Allah swt dan RasulNya adalah memudaratkan manusia.
Dari al Quran telah diberi panduan bagaimana mencari yang terbaik bagi diri kita. Rasulullah saw juga amat tegas tentang soal menjaga kesihatan dan keberadaan tubuh badan seperti sabda Baginda:
“Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu.”Hadis Riwayat Bukhari
Menunaikan hak terhadap tubuh badan adalah menjaganya dengan baik serta selamat dari segi fizikal, mental, emosi dan rohani bagi memastikan tubuh badan kita dapat berfungsi secara optimum dan berupaya mencapai potensi dan matlamat hidup berpandukan agama. Menjadi Mukmin yang kuat juga adalah lebih dituntut berbanding dengan mukmin yang lemah seperti sabda Baginda saw lagi:
“Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah.”Hadis Riwayat Muslim
Oleh itu, kali ini saya ingin berkongsi sunnah Rasulullah s.a.w sebgai panduan dalam pemlihan makanan yang diambil yang mana secara tidak langsung dapat membantu agar tubuh badan kita menjadi lebih sihat.
Dengan izin Allah swt juga, makanan-makanan ini bukan sahaja membantu mencerdaskan otak malah memberi kesihatan tubuh, melambatkan, mencegah serta membantu kesembuhan pada penyakit-penyakit yang melibatkan struktur dan fungsi otak seperti Dementia, Schizophrenia, Alzheimer, Parkinson, Strok dan lain-lain penyakit lagi.
Madu merupakan satu-satunya makanan dihasilkan oleh lebah yang memiliki kesemua komponen keperluan hidup manusia termasuk enzim, vitamin, mineral, kandungan air dan pinocembrin iaitu satu antioksida yang membantu meningkatkan fungsi otak. Bahan antioksida diperlukan bagi melawan radikal bebas yang boleh merosakkan sel.
Menjaga keberadaan sel adalah sangat penting kerana ada berbilion sel yang menjadi komponen utama otak. Otak memerlukan sel-sel dan saraf yang sentiasa berhubung bagi melakukan penyampaian matlumat agar mudah dan cepat diproses dan disimpan di dalam memori.
Terdapat banyak lagi kelebihan pada madu yang menjadi penawar pada pelbagai penyakit dan ini selari dengan janji dalam firman Allah swt:
Buah anggur segar mengandungi kandungan vitamin C dan flavonoid yang tinggi. Vitamin C banyak membantu menjaga kesihatan badan manakala flavonoid adalah antioksida yang membantu melawan radikal bebas. Anggur kering iaitu kismis pula kaya dengan pelbagai vitamin, riboflavin dan folat. Selain itu, mineral surih bernama boron membantu meningkatkan penumpuan, koordinasi tangan dan mata serta meningkatkan memori.
Kismis juga merupakan salah satu makanan yang boleh mengurangkan tekanan, melancarkan peredaran darah, merawat anemia, menguatkan jantung dan menerangkan hati selain dari terkenal dengan kelebihannya kepada otak. Sabda Rasulullah saw tentang kismis adalah:
“Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan, menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih.”
Manakala ramai ulama’ yang menggalakkan pelajar mereka memakan kismis untuk menambah daya ingatan otak seperti Ibni Qayyim sebagai berkata:
“Sesiapa yang ingin menghafal hadis hendaklah sering memakan kismis.”Petikan kitab Tibb an-Nawawi
Kismis sebagai makanan otak telah lama dibuktikan dalam amalan pemakanan para ulama’ Islam yang rata-rata berjaya meraih taraf ilmuwan di usia muda dan dalam pelbagai bidang. Pencapaian luar biasa para ulama’ terdahulu membuktikan tahap luar biasa kapasiti otak yang mereka bentuk sejak kecil lagi.
Buah yang manis ini adalah suatu keajaiban untuk manusia. Memiliki mineral, vitamin, serat dan antioksida yang lengkap untuk kesihatan keseluruhan badan telah menjadikan buah kurma diiktiraf sebagai pengganti diet yang paling baik di dunia terutamanya ketika proses penyembuhan penyakit.
Antaranya kurma dapat membantu pesakit anemia, menguatkan tulang, meningkatkan tenaga batin, mengawal berat badan, mencegah kanser dan mengelak serangan angin ahmar. Potassium di dalam kurma pula menjadi agen utama dalam menjaga kesihatan sistem saraf. Ini telah meningkatkan kepantasan dan ketajaman aktiviti otak.
Amalan memakan kurma bukan sahaja boleh dilakukan oleh individu malah digalakkan kepada wanita mengandung untuk memakannya bagi membentuk otak yang sihat buat bayi di dalam kandungan. Buah kurma juga telah diiktiraf oleh Rasulullah saw sebagai makanan yang baik untuk otak seperti sabda Baginda:
“Berilah makan kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”
Ini dikuatkan lagi dengan kisah Maryam di dalam Quran di mana Allah swt telah menjadikan kurma sebagai santapan Maryam setelah kelahiran Nabi Isa as. Ini membuktikan keajaiban kurma sebagai penyembuh dan zat lengkap bagi manusia.
Betapa hebatnya buah tin sehingga salah satu surah di dalam Qur’an dinamakan dengannya. Apa yang menyebabkan buah ini mendapat kedudukan yang istimewa di dalam Islam? Seperti kurma, kualiti buah tin bertambah seiring dengan kadar pengeringan buahnya. Buah kecil ini ternyata memiliki kandungan vitamin, mineral, serat dan antioksida yang tinggi.
Secara saintifiknya apabila komponen dan keperluan badan adalah lengkap, maka badan akan berada dalam keadaan kesihatan yang optimum kerana mampu berfungsi dengan baik. Istilah ‘you are what you eat‘ juga ada benarnya. Buah tin banyak membantu menyihatkan sistem pencernaan. Apabila sistem penghadaman sihat maka segala nutrisi dan khasiat makanan dapat diserap dengan sepenuhnya oleh darah.
Aktiviti penyingkiran toksin dan sisa buangan juga dapat dilakukan dengan lebih efisien. Darah yang terhasil adalah lebih berkualiti dan darah ini akan mudah diangkut ke seluruh badan termasuk otak. Bukan sahaja otak mendapat segala kebaikan malah antioksida, vitamin dan mineral dari buah ini juga dapat mengelak keradangan otak dan meningkatkan fungsi otak. Buah tin yang juga dapat mengawal tekanan darah mampu membantu dalam menangani tekanan dan mengelak serangan strok.
Keistimewaan demi keistimewaan yang banyak dari buah kecil ini tidaklah mustahil apabila buah ini diangkat sebagai buah dari syurga seperti sabda Baginda saw:
“Sekiranya aku katakan, sesungguhnya buah yang turun dari syurga, maka aku kata, ‘inilah buahnya (tin)’, sesungguhnya buah syurga tiada keraguannya.”Hadis Riwayat Abu Darda; Suyuti
Saya cukup terpikat dengan pujian Allah swt kepada minyak zaitun yang bercahaya dan menjadi sumber cahaya di dalam surah an-Nur ayat 35 seperti berikut:
Ayat ini bukan sahaja memberi gambaran betapa indahnya cahaya itu malah menjadikan saya berfikir apakah yang menjadikan minyak zaitun bukan sahaja bercahaya seperti di dalam ayat di atas malah para ulama’ mengatakan bahawa minyak zaitun boleh menerangi hati seorang penuntut ilmu menjadikan hafalannya mudah dan hidayah Allah swt sentiasa menaunginya.
Suatu ilmu akan mudah difahami dan dihafal dengan keupayaan otak yang cemerlang. Di dalam Islam, ilmu juga diumpamakan sebagai cahaya. Bagai ada suatu hubungan antara sifat ilmu dan minyak zaitun serta hubung kait dengan otak. Apakah rahsianya?
Minyak zaitun kaya dengan polyphenols- antioksida semulajadi, lemak sihat, sumber bagi Omega 3 dan Omega 6 yang juga terdapat di dalam ikan, avokado dan kekacangan. Antara khasiatnya adalah menurunkan paras kolestrol, mengelakkan masalah jantung, mengawal tekanan darah, mengurangkan tanda-tanda penuaan, menguatkan sistem imunisasi, melindungi dari kesan radikal bebas dan mengelak keradangan.
Para saintis juga telah menemui bukti bahawa minyak zaitun memberi kesan yang baik terhadap tulang dan kesihatan penghadaman serta agen anti-kanser. Tubuh badan yang sihat membantu otak menjadi cerdas secara tidak langsung. Secara khusus kepada otak pula, minyak zaitun membantu meningkatkan keupayaan kognitif dan juga memori. Mungkin kunci utamanya adalah lemak berguna di dalam minyak zaitun yang penting bagi pemantapan kondisi otak kerana 60% komponen otak adalah lemak.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon terkenal, Nora Danish atau nama penuhnya Nora Mohd Danish Hanif, 42, menasihati kepada golongan suami agar tidak culas dalam memenuhi tanggung jawab nafkah terhadap isteri.
Seruan ini dibuat selepas beliau mengamati banyak kes perceraian yang berlaku akibat masalah kewangan, yang sering kali mencetuskan konflik dalam rumah tangga.
Dalam sebuah temu bual podcast, Nora menyatakan, “Peguam saya ada beritahu ramai pasangan bercerai kerana masalah kewangan dan duit.”
Beliau menegaskan bahawa banyak suami mengambil remeh isu nafkah, yang sepatutnya menjadi salah satu aspek terpenting dalam sebuah perkahwinan.
Nora menekankan bahawa walaupun isteri mungkin bekerja dan mampu menyara diri sendiri, tanggung jawab suami dalam memberi nafkah tetap tidak boleh diabaikan.
“Walaupun hanya beri jumlah yang sedikit kepada isteri, itu sebenarnya tetap satu barakah (keberkatan),” tambahnya. Beliau percaya bahawa memberikan nafkah bukan sahaja tentang kewangan, tetapi juga simbol tanggungjawab dan kasih sayang dalam perhubungan.
Nora juga mengingatkan bahawa masih ramai suami yang kurang memahami konsep asas nafkah.
“Kita perlu didik orang di luar sana, terutama lelaki yang bakal bergelar suami, bahawa nafkah adalah perkara penting,” katanya.
Kegagalan dalam memahami tanggung jawab ini boleh mengakibatkan lebih banyak perceraian, yang sudah tentu menyedihkan bagi semua pihak.
Mengenai pengalamannya sendiri, Nora berkongsi bahawa perceraian dengan bekas suami, Nedim Nazri, pada Jun lalu, telah banyak mengajarnya tentang kehidupan dan keimanan.
“Bila jadinya perceraian itu, Allah SWT permudahkan dan semuanya berlaku dalam tempoh singkat meskipun kemelut itu sudah berlanjutan lama,” ujarnya.
Nora menyatakan bahawa melalui dugaan ini, beliau belajar untuk meminta petunjuk daripada Tuhan dan reda dengan ketentuan-Nya.
Pelakon wanita ini turut mengakui bahawa perceraian membawa titik perubahan besar dalam hidupnya. “Bila kita kahwin kerana cinta, cinta itu yang melukakan anda. Bila kahwin kerana Tuhan, walaupun bunyi klise, barulah saya faham jalan menuju ke Allah itu indah,” jelasnya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...