Tiada yang mengujakan bagi pasangan apabila cinta yang termeterai sekian lama berakhir dengan sebuah ikatan yang abadi dalam suatu majlis yang indah. Momen inilah yang ditunggu oleh setiap pasangan begitu juga buat Muhammad Faiz Ali dan Nurul Aini Zakaria yang kini sah menjadi pasangan suami isteri pada 30 Jun 2018 dengan sekali lafaz.

Mula mengenali hati budi masing-masing sejak 1 Februari 2016 menerusi media sosial instagram. “Pertama kali kami berjumpa di Bangi iaitu berdekatan dengan Kolej si pengantin perempuan untuk berbual dengan lebih mesra dan mengambil keputusan untuk makan bersama.

Selepas dua tahun berkenalan, kami tekad mengambil keputusan untuk bertunang pada 26 Januari 2018,” cerita Faiz.

Momen lamaran

Tiada lamaran yang dibuat. Segala-galanya berlaku secara spontan dan tidak dirancang. “Pada mulanya kami merancang untuk bertunang sahaja dulu dan telah memilih tarikh pada bulan Oktober 2018 untuk melangsungkan perkahwinan kami. Tiba-tiba perkara paling kami tak sangka setelah keluarga dari dua belah pihak berbincang lalu mereka telah bersetuju untuk mempercepatkan perkahwinan kami iaitu selepas lima bulan daripada tarikh kami bertunang. Alhamdulillah ..,” terang Faiz.

Keistimewaan pasangan

Pastinya hati terdetik suka pada pasangan disebabkan ada perkara menarik yang ada padanya. Faiz memilih Nurul kerana sifatnya yang baik, sopan, pandai ambil hati, pandai masak, memiliki rupa paras yang cantik, memahami, bijak, pendek cerita dia sangat sempurna di mata Faiz. Bagi Nurul pula karakter Faiz yang baik hati, pemurah, penyayang, setia, kelakar dan kacak menambatnya hatinya. Jujur Nurul katakan semua ciri-ciri yang ada pada lelaki idamannya,  semua ada pada Faiz.  

Tema majlis dan busana

Pilihan tema majlis berbeza untuk majlis pihak lelaki dan perempuan. Tema majlis di Kelantan, pengantin mengenakan busana songket berwarna oren keemasan supaya ada suntikan  kemelayuan. Manakala majlis di Subang Jaya persalinan baju moden ala-ala macam Putera dan Puteri di Great Britain.

“Perancang perkahwinan bagi majlis kami adalah keluarga kami sendiri terutamanya ibu dan adik-beradik. Mereka yang telah bekerja keras untuk menentukan apa yang terbaik dan sesuai buat kami berdua. Secara amnya, kami tidak mempunyai pereka baju yang spesifik. Ibu saya, Hajah Roseziawati berhajat untuk melihat kami bersanding dalam persalinan seperti putera dan puteri Diraja. Makanya, dia telah membuat banyak rujukan untuk mendapatkan hasil yang terbaik buat kami. Setelah mempunyai rekaan yang digemari, kami menunjukkannya kepada pihak Bizmilla Wedding Centre untuk merealisasikannya dan Alhamdulillah dengan hasil kerja dari Bizmilla maka  terhasillah baju yang kami impikan. Begitu juga dengan solekan, semuanya dari pihak Bizmilla Wedding Centre. Kami meletakkan seratus peratus kepercayaan pada pihak Bizmilla dan ternyata mereka tidak mengecewakan harapan kami, ” jelas Faiz.

Kesopanan Dan Kelembutan Nurul Membuat Hati Faiz Terpaut Suka

IKLAN

 

Kesopanan Dan Kelembutan Nurul Membuat Hati Faiz Terpaut Suka

Kesopanan Dan Kelembutan Nurul Membuat Hati Faiz Terpaut Suka

 

Kesopanan Dan Kelembutan Nurul Membuat Hati Faiz Terpaut Suka

Hantaran istimewa

IKLAN

Pihak lelaki menyediakan sembilan dulang hantaran berbalas 11 dulang dari pihak perempuan. Antara hantaran istimewa buat Faiz ialah kasut kulit Dr. Marteen kerana telah menyimpan hajat untuk menyarung kasut jenama tersebut manakala bagi Nurul ialah pemberian beg tangan jenama Charles & Keith yang dirasakannya paling bergaya antara beg tangan yang dia miliki.

Kesopanan Dan Kelembutan Nurul Membuat Hati Faiz Terpaut Suka

 

Detik-detik cemas

“Semasa majlis kahwin di rumah Nurul berlaku insiden di mana kami berdua baru teringat yang baju nikah Nurul tertinggal di Kuala Lumpur. Mujur ada lagi kawan-kawan Nurul yang masih belum bertolak ke Kelantan. Jadi kami minta tolong mereka bawakan baju nikah itu. Itulah perkara ni sangat mencemaskan namun selesai dengan sempurna,” akui Faiz.

Harapan

IKLAN

Kedua pasangan mengharapkan perkahwinan yang dibina ini diberkati oleh Allah S.W.T dan semoga tabah  menempuh segala onak duri semasa berada dalam alam perkahwinan. Di samping itu juga mereka berharap semoga hubungan yang dibina kekal dan bahagia sehingga akhir hayat.

Akad Nikah:

Pasir Mas, Kelantan

Tema: OFF WHITE ( Akad nikah) Tema: SONGKET ( resepsi perempuan), MODEN KONTEMPORARI ( resepsi lelaki)

Dekorasi pelamin: EMBUN GARDEN ( nikah dan resepsi perempuan), BIZMILLA WEDDING CENTRE (resepsi lelaki)

Busana: RIZALMAN BRIDAL RTW ( nikah) , WEDDING GALORE ( resepsi perempuan), BIZMILLA WEDDING CENTRE ( resepsi lelaki)

Solekan & rambut: EFFA GHAZALI (nikah), SUE SWEETTOUCH (resepsi perempuan), BIZMILLA WEDDING CENTRE ( resepsi lelaki)

Bunga tangan: EMBUN GARDEN ( nikah & resepsi perempuan)

Fotografi:  DIDIEY ISWADI ( nikah & resepsi perempuan), BIZMILLA WEDDING CENTRE ( resepsi lelaki)

Videografi: AMIRUL ILHAM ( nikah & resepsi perempuan), BIZMILLA WEDDING CENTRE ( resepsi lelaki)

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI