Banyak yang kita lihat ada wanita yang menuntut fasakh terhadap diri mereka. Apakah itu fasakh, mari kita ketahuinya.
Fasakh bererti membatalkan nikah dengan kuasa kadi disebabkan tidak memenuhi syarat-syarat pada masa akad nikah atau berlaku perkara yang membolehkan isteri atau suami menuntut cerai.
Hukumnya harus bila bersebab dan antara sebab-sebab yang membolehkan fasakh adalah apabila suami atau isteri:-
-Tidak diketahui di mana mereka berada selama tempoh lebih dari satu tahun.
-Tidak mengadakan peruntukan nafkah isteri selama tempoh 3 bulan.
-Telah dihukum penjara selama tempoh 3 tahun atau lebih.
-Tidak menunaikan tanpa sebab yang munasabah nafkah batin selama satu tahun.
-Telah mati pucuk.
-Telah gila selama tempoh 2 tahun.
-Sedang mengidap penyakit kusta atau penyakit kelamin yang berjangkit.
-Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupan isteri menderita.
-Berkawan dengan perempuan-perempuan jahat.
-Memaksa isteri hidup secara lucah.
-Melupuskan harta isteri.
-Menghalang isteri menunaikan kewajipan agama.
-Tidak berlaku adil kepad isteri-isterinya mengikut Hukum Syarak.
-Tidak menyetubuhi isteri dengan sengaja walaupun 4 bulan telah berkahwin.
-Dan apa-apa alasan lain yang diiktiraf Hukum Syarak.
Tiap-tiap yang berlaku itu ada hikmah yang hanya Allah swt sahaja yang tahu disebaliknya, apatah lagi bila sesuatu itu mendapat izin daripada Allah seperti fasakh.
Ads
Ads
Ads
Antara hikmah fasakh ialah:
i. Mengelakkan kaum wanita teraniaya.
ii. Menunjukkan keadilan Allah terhadap hak perceraian
ii. Memberi peluang untuk isteri memilih jalan hidupnya
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apa akan jadi jika hubungan yang sudah dijalin bertahun-tahun dengan si dia akhirnya terhalang kerana restu orang tua yang belum diterima? Perlu diingatkan jika anda mahukan hubungan yang berterusan, restu daripada kedua ibu bapa menjadi keutamaan. Tiada keberkatan sesebuah hubungan jika pasangan bersikap mementingkan diri sendiri kerana kelak akan merugikan.
Be rational dan lakukan yang terbaik untuk memenangi hati orang tua anda. Kamu juga merasakan sakit yang sama ketika masa mengenalkan dia kepada orang tuamu. Secara halus dan kata-kata yang berhemah, orang tuamu menolak untuk merestui hubungan ini.
Sakitnya tak tertahan kan! Anda jangan panik dan jadi bingung. Apa kata cuba usahakan langkah ini. Apa jua usaha anda, lakukan dengan penuh kesabaran dan jangan mudah mengalah. Good luck!
1. SEBAIKNYA LIHAT DIRI ANDA DAHULU, MANA TAHU ADA SIKAP ATAU PENAMPILAN YANG PERLU DIUBAH
Ada baiknya semua keputusan dari orang tua difikirkan dengan bijak. Jangan semata-mata kerana tidak direstui, anda menjadi emosi. Mungkin ada kebenarannya, ada beberapa hal yang harus diperbaiki. Dari penampilan sampai sikap, ubah sikap anda sesuai dengan apa kehendak orang tua. Dengan ini semoga cepat mendapat restu dari mereka.
2. JANGAN BOSAN UNTUK BERUSAHA MENGENALKAN PASANGAN ANDA KEPADA ORANG TUA. TAK KENAL MAKA TAK CINTA!
Tak kenal maka tak cinta, pepatah itu mungkin masih sesuai menggambarkan romantis hubungan orang tua dan calon menantu. Untuk itu, kamu harus berusaha lebih untuk mengenalkan pilihanmu itu kepada orang tua. Jangan sampai kebaikan pasanganmu diabaikan kerana anda lupa memberitahukannya kepada orang tua. Orang tua pun perlu tahu prestasi atau kehebatan calon menantunya.
3. Buktikan anda & pasangan sudah biasa berdikari tanpa bantuan orang tua, biar ada pertimbangan lain untuk memberi restu
Orang tua mendidik anaknya agar mampu berdikari hidup nanti. Bayangkan kalau anda dan pasangan sudah biasa hidup berdikari sejak menjalinkan hubungan. Mungkin masing-masing ada membuat bisnes sampingan. Kebarangkalian anda dan pasangan akan cepat direstui, bahkan mungkin disuruh menikah. kecuali ada faktor yang lain, yang membuat orang tua tetap sukar memberikan restunya. Terus bersemangat ye!.
4. Kalau orang tua sangsi dengan kewangan pasangan, ada baiknya anda beri semangat kepada pasangan untuk tekun menggapai karier
Kalau dia sudah stabil dan punya kewangan yang meyakinkan untuk hidup berdua, tentu saja restu pasti datang dengan segera. Orang tua menilai pasti bukan hanya perkara saling sayangnya kalian, tapi apakah anda dan dia sudah siap untuk menghadapi realiti kehidupan berumahtangga. Orang tua pasti takut hubungan yang tidak produktif malah mengabaikan karier dan merosakkan masa depan anaknya.
5. Tanyakan secara langsung kepada orang tua, alasan apa yang membuatkan mereka sukar merestui
Jangan berdiam diri merenungi nasib yang tidak pasti. Anda dan pasangan perlu telus dengan bertanyakan secara berdepan dengan orang tua tentang alasan mereka menolak untuk merestui kalian. Hal ini sangat penting, siapa tahu dengan ini kalian menemui solusi yang tepat. Siapa tahu juga alasan yang diungkapkan orang tua tidak berasas, kalau begini anda hanya perlu memastikan kepada mereka bahawa pilihanmu tepat, walau cuma berhubungan.
6. Mungkin belum waktunya anda mendapat restu, ada baiknya fokus dalam memperkasakan diri dan raih kejayaan sementara usia muda
Anda berdua mungkin belum direstui kerana orang tua kalian tidak mahu anda berdua terjebak dalam situasi percintaan dramatik selagi masih muda. Kalau alasannya benar begitu, anda dan dia lebih baik lakukan hal positif untuk meraih cita-cita. Masa muda hanya datang sekali seumur hidup, manfaatkan dengan baik, menabung untuk hari depan bersama pasangan. Restu orang tua pasti menyambut kalian nantinya.
Andai cara di atas tidak mampu menawan hati orang tua untuk merestui kalian, fikirkan baik-baik, anda punya hak untuk memilih pasangan, biar Allah merestui hingga kalian akhirnya berjodoh. Berikan pengertian kepada orang tua bahawa kamu punya pilihan yang membuat anda bahagia, ini bukan bermaksud melawan orang tua tetapi memang perihal jodoh harus anda perjuangkan dengan sebaiknya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Walau 10 tahun kita kenal pasangan kita belum tentu kita kenal dia luar dalam seperti lepas kahwin. Kalau sebelum kahwin, berjanji setia, belum tentu selepas kahwin dia kotakan janjinya. Ini pesanan Encik Matt buat gadis dalam memilih calon suami.
Sebelum kahwin ini Biasanya akan dijanjikan oleh lelaki yang membuatkan semua wanita percaya:
Akan jadi suami BERTANGGUNGJAWAB.
Akan jadi suami PRIHATIN.
Akan jadi suami PENYAYANG.
Akan jadi suami MITHALI.
Betul?
Namun sebaliknya SESETENGAH isteri dapat. Semua di atas itu hilang setelah kahwin bertahun-tahun.
Mula jadi suami yang PEMARAH.
Mula jadi suami yang abaikan banyak perkara.
Mula jadi suami kaki lepak waktu malam.
Mula jadi suami ikut perangai lama.
Mula jadi suami kaki pukul, kaki maki hamun.
Pesan saya kepada anak gadis. Jika mahu lihat bakal suami kamu itu baik. Bukan janji-janji dia, tapi Lihatlah waktu malam dia dimana, 5 waktu dia dimana, selepas magrib apa dia buat. Tanya dia satu tahun berapa kali dapat khatam Al-Quran.
“Jangan jadi wanita yang malang”
-EncikMatt-
#LelakiBurQa
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terlalu banyak bencana yang sedang melanda negara kini. Sebagai manusia, kita hanya mampu berdoa dan berharap agar segalanya tidak memudaratkan sehingga berlarutan.Namuni ini semua adalah ketentuan Allah dan kita perlu berusaha untuk membekalkan sebanyak pahala mungkin untuk menghadapi hari terakhir kita.
Jangan pernah berputus asa untuk berdoa dan meminta kepada Allah. Ini adalah antara usaha yang boleh kita amalkan.
Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):
(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.
.
Kelebihan membaca itu jelas mendapat ganjaran pahala yang besar sekalipun seseorang itu tidak faham bahasa Arab.
Justeru, mana-mana surah di dalam al-Quran boleh dibaca pada bila-bila masa yang sesuai tetapi tidak boleh mengkhususkan waktu dan kelebihan tertentu melainkan ada dalil sahih yang menjelaskan perkara berkenaan.
Apa yang jelas, malam Jumaat atau hari Jumaat disunatkan kita membaca Surah al-Kahfi berdasarkan dalil hadis yang darjatnya sahih daripada Nabi SAW.
Pertama: “Barang siapa membaca al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya antara dirinya hingga ke Baitul Atiq (Ka’bah).” (Riwayat ad-Darimi)
Kedua: “Barang siapa membaca al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya selama waktu antara Jumaat yang satu ke Jumaat berikutnya.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)
Antara kelebihan Surah al-Kahfi adalah seperti yang diriwayatkan Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal Surah al-Kahfi akan terpelihara daripada dajjal.” (Riwayat Muslim)
Dalam riwayat Abu Dawud pula seperti yang dikatakan oleh Qatadah, Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang menghafal ayat akhir daripada Surah al- Kahfi akan terpelihara daripada fitnah Dajjal.”
Berdasarkan hadis itu, secara ringkasnya ada dua pendapat mengenai kelebihan membaca Surah al-Kahfi iaitu bacaan 10 ayat yang terawal dan 10 ayat terakhir.
.
Mengapa 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir di-pilih?
Sepuluh ayat terawal memperihalkan mengenai kenyataan al-Quran dan keadaan orang yang kufur serta orang yang beriman terhadap al-Quran manakala 10 ayat yang terakhir pula menunjukkan natijah bagi mereka yang beriman dan kufur.
Dengan menghafal ayat awal dan ayat akhir surah itu akan menambahkan lagi keimanan bagi mereka yang benar-benar mentadabburkan ayat al-Quran serta mengharap pemeliharaan Allah SWT daripada fitnah dajjal.
Membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat sangat digalakkan ke atas setiap Muslim tidak kira 10 ayat terawal mahupun 10 ayat terakhir atau sebahagiannya dan lebih baik membaca satu surah lengkap.
Ini kerana surah al-Kahfi dapat menjadi benteng keimanan yang kukuh daripada fitnah dajjal bagi sesiapa yang mengamalkannya.
Maka surah itu memberi harapan baru bagi mereka yang tidak mempunyai harta yang banyak.
Tambahan pula pada akhir zaman ini tentangan terhadap Islam semakin kuat sehingga Rasulullah SAW bersabda: “Akan sampai satu masa manusia yang mempunyai kesabaran pada agamanya akan menjadi seperti orang yang menggenggam bara api.” (Riwayat al-Tirmizi)
Sejajar dengan keadaan itu, Allah SWT menurunkan surah al-Kahfi supaya ia dapat menjadi benteng keimanan buat seorang Muslim menerusi model utamanya sendiri iaitu segolongan pemuda yang teguh keimanannya.
Mereka meninggalkan segala harta dunia demi keimanan mereka terhadap Allah SWT dan hari akhirat sehingga ganjaran yang mereka terima berlipat kali ganda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...