Tak semua mampu bertahan dengan ujian perkahwinan, nak-nak apabila hubungan suami isteri masih setahun jagung. Belum melepasi fasa-fasa tertentu, jadi banyak kesabaran yang diperlukan untuk tempuh dugaan.
Namun, sebaiknya cubalah bertahan walau rasa agak berat dan sedikit kecewa dengan ujian yang datang menyinggah.
Jenis-Jenis Ujian Dalam Rumah Tangga
1. Ujian Mentua
Tak semua orang memiliki mertua yang baik. Ada yang terpaksa berhadapan dengan mertua yang selalu mencari salahnya, memandang kelemahannya dan mencanang kekurangannya. Hal kecil diperbesarkan mertua kerana mertua tidak boleh menerima dia seadanya untuk ujian ini, hanya ada 2 keadaan.
Pertama, isteri menceritakan layanan mertua kepada suami, suami juga nampak dan faham dengan situasi isteri, maka suami akan cuba menasihati ibunya untuk tidak berbuat sedemikian pada isterinya. Jika orang tuanya masih meneruskan perbuatan itu, suami menjarakkan isteri dengan mertua untuk sementara waktu.
Kedua, suami menganggap isteri memperburukkan orang tuanya, suami tak nak mendengar dan minta isteri jangan buat macam tu sedangkan apa yang dinyatakan isteri itu adalah perkara benar. Isteri dipersalahkan suami, suami tak nak faham dan memilih untuk menyebelahi orang tuanya 100%.
Untuk keadaan ini, hanya kesabaran si isteri yang menentukan berapa lama hubungan itu akan bertahan.
Ads
2. Ujian Ipar
Tak semua orang juga memiliki ipar yang baik. Ada pasangan yang mempunyai ipar yang suka mencampuri urusan rumah tangga mereka. Apa yang mereka lakukan, ke mana mereka pergi dan apa yang mereka beli, semuanya ipar ambik tahu dengan tujuan untuk menyampaikan perkara itu kepada seseorang. Ipar kerap mencari salah pasangan adik-beradiknya kerana tidak serasi, tidak suka dan tidak puas hati kepadanya. Ipar mengawal rumah tangga abangnya, kakaknya atau adiknya hanya kerana satu perasaan yang dipanggil dengki.
3. Ujian Kewangan
Setiap pasangan pasti akan menghadapi ujian kewangan ini dalam beberapa tahun pertama setelah mendirikan rumah tangga. Dulu, gaji bulanan yang diperolehi hanya untuk perbelanjaan seorang.
Tetapi kini berdua, apa yang suami makan, isteri makan. Apa yang suami pakai, isteri pakai segala galanya kena berkongsi. Waktu ini, ada pasangan yang akan bergaduh sebab kewangan walaupun kedua duanya ada pendapatan. Maka, perancangan sebelum dan selepas mendirikan rumah tangga sangat penting bagi memastikan kewangan setiap pasangan itu teratur dan terurus.
Ads
4. Ujian Anak
Expectation yang ada dalam setiap pasangan iaitu bila berkahwin, kita akan dapat zuriat. Anak ini rezeki dan bila rezeki, maka Allah s.w.t tidak berjanji bahawa kita akan dapat apa yang kita impikan itu dengan segera. Allah s.w.t nak kita usaha dan sabar. Allah s.w.t hanya akan bagi rezeki anak bila mana Dia merasakan pasangan itu sudah bersedia untuk menerima kehadiran anak itu di sisi mereka.
Ujian terbesar tentang anak ini ialah pertanyaan yang tiada hentinya daripada mereka yang berada di sekeliling pasangan tersebut. Pertanyaan ini yang akan membuatkan pasangan tertekan dan terbeban.
5. Ujian Kecurangan
Adakah kita dah mengenali pasangan sewaktu kita bercinta dgnnya? Adakah kita betul betul tahu luar dalam pasangan masa kita berkawan dengannnya? Kita hanya akan mengenali siapa pasangan kita, perangainya dan tabiat pasangan bila mana kita dah sebantal dan sekatil dengannya.
Ads
Dia mungkin ada mengenali orang lain sebelum berkahwin dengan kita, dia mungkin rapat denga rakan sepejabatnya atau dia mungkin ada bekas kekasih. Dan kemungkinan dia masih berhubung dengan orang orang ini sangatlah tinggi. Gejala kecurangan ini perlu dibendung di awal perkahwinan supaya tidak berlarutan dan berterusan.
Akhir Kalam, ada pasangan yang mampu menempuhi kesemua ujian ujian yang dinyatakan. Ada yang tak. Bagi mereka yang berjaya, mugkin sekarang mereka dah berbahagia. Bagi yang tidak, mungkin sekarang mereka dah berpisah. Hanya 2 pilihan itu sahaja yang ada untuk sesebuah rumah tangga bila diuji Allah s.w.t.
Banyakkan Berdoa. Dan dekatkan diri dengan Allah SWT. Semoga rumah tangga kita diberkati Allah SWT dan berbahagia hingga akhir hayat.
Kunci kebahagiaan adalah sabar, ikhlas dan sentiasa bertolak ansur dalam apa jua perkara. Buangkan rasa ego dan jangan membanding bandingkan pasangan kita dengan orang lain.
Terimalah buruk baik pasangan kita itu seadanya kerana perkahwinan itu sebenarnya menyatukan dua insan yang serba kekurangan dan tak sempurna.
Semoga Kita Semua Di Rahmati Allah Taala.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pasangan yang sedang bertunang, akan berkahwin dan yang telah mendirikan rumah tangga wajib untuk membaca thread ini. Kenapa orang selepas kahwin tiada duit? Apa yang perlu dielakkan.
Perlu diingat, masalah kewangan adalah antara punca terbesar berlakunya penceraian. Jom baca!
1. Honeymoon tempat mahal
Bila tengok Hanis Zalikha honeymoon dekat Maldives, kita pun nak pergi juga. “Cantiknyaaa tempat tu sayang. Romantik sangat! Boleh la kita buat anak kat sana sayang~” Ujar isteri kepada suaminya. Tiada kewajipan lepas kahwin terus honeymoon
2. Tiada duit persediaan selepas kahwin
Duit hanya kumpul untuk majlis kahwin sahaja, tiada wang selepas kahwin dengan harapan duit salam daripada orang yang datang majlis dapat menampung belanja selepas kahwin. Ini satu kesilapan yang biasa dilakukan.
Jangan terikut cara begini. Duit salam kaut kita guna untuk emergency. banyak perkara lain untuk diguna nanti, deposit rumah, persediaan untuk anak nanti. pandang untuk masa depan. tidak untuk hanya seketika. Ada juga yang guna duit tu untuk pergi honeymoon. Jangan belanja semua.
3. Suka banding dengan orang lain
Hidup taknak kalah, selalu beranggapan kalau majlis kecil nanti orang mengumpat. padahal takde orang kisah pun majlis itu kecil. majlis besar hanya nak orang puji. “Uish, meriahnya majlis anak Cik Senah tu… Kahwin ngan bisnesman ke tu?”
Tak perlu bandingkan diri dengan orang lain. Bagus untuk buat kajian persiapan kahwin dekat internet, IG dan lain-lain. Tapi jangan sampai terikut nak cantik macam ni la, kalau bukan dalam bajet kita. jadikan diri kita lebih tegas dalam berbelanja.
4. Terus nak hidup selesa lepas kahwin
Kononnya nak isteri hidup selesa, terus beli kereta lebih kemampuan, katanya senang nak balik kampung. Sewa rumah mahal dekat tengah bandar senang isteri nak pergi tempat kerja. Kawal bajet anda. Awal perkahwinan memang kena bekorban sikit.
5. Tidak mempunyai persefahaman dalam kewangan
Isteri jenis jimat, suami jenis boros atau sebaliknya. Pasangan berkira untuk membeli keperluan dengan anggapan masing-masing bekerja. Bincang dan sentiasa telus dalam kewangan. Contoh: suami isteri share separuh-separuh bayar rumah.
Antara komitmen besar lepas kahwin adalah rumah, kereta, makan. awal perkahwinan mungkin tak dapat lagi nak track perbelanjaan. slowly bajet untuk makan dan cari alternatif untuk jimat dalam mana-mana bahagian.
Sumber : twt_bajet
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pasangan yang bercinta pasti pernah mengalami pasang surut dalam perhubungan. Pergaduhan dan perselisihan faham sering terjadi dalam hubungan cinta. Ada yang berpendapat perkara ini merupakan salah satu cara komunikasi yang jujur dan terbaik.
Namun, sekiranya pergaduhan dan perselisihan faham ini tidak diselesaikan dengan cepat, mungkin ia boleh membawa kepada masalah yang lebih besar lagi. Sebab itulah jika perkara ini terjadi, setiap pasangan harus mengambil tindakan segera bagi meredakan pergaduhan tersebut. Khuatir jika pergaduhan berterusan boleh mengeruhkan dan menjejaskan lagu hubungan anda dengan pasangan.
Jom kita lihat 6 strategi berkesan untuk dipraktikkan bagi meredakan pergaduhan dalam hubungan cinta!
1. BERFIKIR DAHULU SEBELUM BERKATA-KATA
Menurut kajian daripada University of Chicago, otak kita mempunyai sifat negatif semula jadi yang akan menjadi aktif setelah menerima berita yang kurang baik. Oleh kerana itu ketika marah, kita akan secara automatik mengungkit perkara yang tidak elok atau mengeluarkan kata-kata negatif yang tidak sepatutnya dikeluarkan dari mulut kita.
Jadi, elakkan untuk mengeluarkan kata-kata yang kesat ketika pergaduhan takut nanti pasangan akan lebih terluka. Percayalah, anda akan merasa lebih sedih setelah pertelingkahan berakhir dengan kata-kata kesat yang dilemparkan.
2. JANGAN ASYIK NAK MENANG
Pergaduhan tidak akan berakhir sehingga salah seorang mengaku kalah dan meminta maaf. Mereka yang selalu memikirkan kemenangan di dalam pergaduhan tidak akan mendapat jalan penyelesaian san menjadi penyebab anda berdua bergaduh.
Mungkin anda boleh biarkan anda berdua tenang seketika dan baru memulakan perbincangan mengenai masalah yang dihadapi. Tengking menengking untuk mencapai kemenangan tidak membawa kepada jalan penyelesaian.
3. BERDOA
Cara yang paling berkesan untuk menenangkan hati ialah dengan bersujud dan berdoa pada Tuhan. Mohonlah pada yang Maha Esa agar hati si dia menjadi lembut dan eratkan hubungan anda dan pasangan.
Nescaya dengan cara ini, hati dan emosi anda merasa lebih tenang dan semua akan baik-baik sahaja. Mungkin ketika pasangan anda sedang marah dan emosi dalam keadaan tidak terkawal, ajak dia bersama untuk mendekatkan diri pada Tuhan.
4. FIKIRKAN SESUATU PERKARA YANG MENGGEMBIRAKAN
Sekiranya si dia sedang membebel dan memarahi anda, pandang ke matanya dan fikirkan sesuatu yang menggembirakan anda tanpa memberi sepenuh perhatian kepada apa yang dikatakannya. Orang sedang marah, pasti keluar sesuatu yang kurang menyenangkan dari mulut mereka dan akan membuatkan anda naik marah juga. Sekiranya anda tidak respons, kemarahan pasangan akan cepat reda.
5. SELITKAN UNSUR POSITIF
Ketika pergaduhan, selitkan sedikit unsur positif seperti membuat lawak atau pun memegang tangan pasangan dan memeluknya. Menurut kajian yang diterbitkan oleh Journal of marriage and Family, sedikit keintiman mampu menambahkan keakraban pasangan.
Panggil si dia dengan kata-kata sayang dan ingat susah senang yang anda lalui bersama. Ini dapat memendekkan tempoh pergaduhan anda berdua.
6. LEBIH BAIK BERDIAM DIRI
Sekiranya pasangan anda mula membebel atau memarahi anda, jangan membalas setiap kata-kata pasangan anda kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan. Kawal emosi anda dan lebih baik sekiranya anda hanya mendengar dan mendiamkan diri terlebih dahulu. Berdiam diri bukan bermakna anda bersalah.
Biar si dia menghabiskan dulu kata-kata yang ingin dikatakan pada anda. Sebaik dia selesai, anda boleh duduk bersamanya dan berbincang sekiranya ada perselisihan faham. Dengan cara ini anda boleh meredakan pergaduhan yang dialami dengan lebih tenang dan harmoni.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berpantang selepas melahirkan anak kedua kali ini memberi tekanan emosi kepada Hanum (bukan nama sebenar) jika dibandingkan dengan kelahiran anak pertamanya apabila dia membuat keputusan untuk berpantang sendiri tanpa bantuan orang lain.
Hanum fikir, dia tidak mahu menyusahkan ibunya di kampung dengan berpantang sendirian tambahan merasakan sudah mempunyai pengalaman melahir anak sebelum ini.
Namun, fikirannya mula terganggu apabila penat menguasai badannya dalam menjaga bayi yang baru lahir dan anak pertamanya yang masih kecil. Bayinya kali ini berbeza dengan kakaknya, lebih meragam di waktu malam membuatkan Hanum kepenatan. Bila susu badannya berkurangan, tekanan semakin bertambah buat dirinya dan berasa tidak berguna kepada keluarganya.
Hanum mula kemurungan, menangis ketika menyusukan anak malah ada ketika dibiarkan anaknya menangis tanpa berusaha menenangkannya. Dia juga mula rasa tidak disayangi suaminya dan kesunyian akibat berpantang sendiri.
Mujur suaminya cepat menyedari perubahan sifat Hanum yang kemurungan dan tidak ceria seperti biasa. Apabila dibawa berjumpa doktor, doktor mengesahkan yang Hanum mengalami simptom kemurungan lepas bersalin (pospartum depression) dan jika tidak dikawal boleh menyebabkan psikosis lepas bersalin (postpartum psychosis) atau lebih dikenali sebagai meroyan.
Masalah yang dihidapi Hanum bukanlah kes terpencil malah ramai sebenarnya ibu yang mengalami masalah kemurungan selepas bersalin sama ada mendapatkan bantuan pakar atau tidak. Dia beruntung kerana orang yang paling rapat dengannya iaitu suaminya menyedari kelainan pada Hanum dan segera mendapatkan bantuan pakar.
Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita seorang wanita yang dipercayai mengelar bayinya sehingga mati setelah mendengar ‘bisikan’ untuk melakukan perbuatan tersebut. Begitu juga berita sebelum ini yang mana seorang wanita membunuh diri kerana dikatakan tidak berjaya menyusukan anaknya.
Menurut Pakar Perunding Psikiatri, Jabatan Perubatan Psikologi Universiti Malaya, Profesor Madya Dr. Muhammad Muhsin Ahmad Zahari, psikosis selepas bersalin atau royan berlaku kepada satu hingga dua orang setiap 1,000 orang wanita yang baru bersalin.
“Gangguan mental selepas bersalin terbahagi kepada tiga kategori iaitu maternal blues (murung bayi), kemurungan selepas bersalin dan psikosis selepas bersalin.
“Walaupun peratusan meroyan berakhir dengan tragedi adalah rendah, namun perlu diberi perhatian serius dengan menyegerakan rawatan supaya dapat mengelakkan perkara ini berlarutan.
“Orang yang rapat dengan individu tersebut seperti keluarga terutamanya suami seharusnya lebih peka dan ambil berat akan perubahan yang berlaku terhadap ibu yang baru bersalin. Simptomnya agak jelas seperti emosi tidak stabil, tidur terganggu, percakapan tidak seperti biasa dan lebih sensitif daripada kebiasaan.
“Malah, perlu ingat setiap kelahiran adalah berbeza, jika sebelum ini wanita tersebut tidak mengalami gangguan mental selepas bersalin ia tidak terkecuali untuk menghidapinya untuk kelahiran seterusnya,” ujar Dr. Muhammad Muhsin.
Selain itu, para suami perlu lebih bertanggungjawab dengan membantu isteri yang baru lepas bersalin bagi mengurangkan bebanan mereka. Konsep lepas tangan dan urusan rumah tangga hanya dipertanggungjawabkan ke atas wanita perlu ditepis.
Tambahnya, selain ahli keluarga yang rapat dengan pesakit, tanggungjawab untuk mengenal pasti mereka yang mengalami gangguan mental selepas bersalin boleh digalas oleh jururawat dan doktor yang merawat mereka selepas bersalin.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!