Pilihan produk yang bakal pengantin boleh praktikkan sebelum menjelang hari bahagia nanti. Semoga kulit wajah kekal cantik dan berseri. Ikuti perkongsian saudari Nana Robil ini di Facebook miliknya.
Biasa kulit berminyak akan cenderung menghasilkan jerawat. Jadi produk yang sesuai sangatla penting untuk mengelakkan masalah kita jadi lebih teruk.
Jom cikidaut produk yang best dan sesuai untuk korang. Semua produk ni boleh dapat di outlet, drugstore dan farmasi terpilih.
Item-item ni di pilih berdasarkan review dan rating yang di beri pengguna so mungkin ada yang sesuai dan mungkin ada yang tidak. Bajet pon ikut poket masing-masing. Jadi kita sebagai pengguna kena rajin juga buat review dan research ok.
Bukan kata skincare, mekap pon perlu tips dan tricks untuk mengatasi masalah kulit berminyak. Sebab biasanya mekap akan cepat bercapuk dan akan menjadikan muka sangat berminyak jika kita tersalah pilih mekap.
Antara 6 pilihan cleanser.
1. Cetaphil Oily Skin Cleanser
RM65.90
Ni untuk mereka yang ada problem skin berminyak yang sangat teruk. Kalau korang yang jenis berminyak biasa-biasa boleh guna yang gentle sahaja. Ni pon saya dapat atas nasihat pharmacist. Harga pon lebih murah berbanding yang oily.
2. Nivea Acne Care Mekap Clear 3 in 1
RM18.40
3. Simple Oil Balancing Exfoliating Wash
RM17.50
4. Hada Labo Deep Clean & Blemish
RM24.90
5. Safi Pembersih Muka Sari Gamat
RM8.03
6. Himalaya Purifying Neem Face Wash
RM9.63
Ads
Antara 6 pilihan toner.
1. Naruko Tea Tree Shine Control & Blemish Clear Toner
RM42
2. True Island Alaska Glacier Water Aqua Toner
RM88
3. Hada Labo Blemish & Oil Control Hydrating Lotion
RM55.16
1. Seaweed Oil Balancing Clay Mask
RM79.00
2. Freeman Mint & Lemon Clay Mask Oily Skin Face
RM22.44
3. Mario Badescu Special Mask
RM100.00
4. Innisfree Super Volcanic Pore Clay Mask
RM58.23
Antara 6 pilihan foundation.
1. Maybelline Fit Me Matte + Poreless
RM49.90
2. MAC Studio Fix Fluid + SPF 15
RM160.00
Ads
3. Fenty Beauty Pro Filt’r Soft Matte
RM145.00
4. Revlon Colourstay Makeup Pump
RM53.50
5. Loreal Paris Infallible 24hr Liquid Foundation
RM99.90
6. Hourglass Immaqulate Liquid Powder Foundation
RM220.63
Tips Mekap Buat Wajah Yang Berminyak :
1. Pastikan wajah di cuci dengan terlebih dahulu sebelum menampal apa-apa mekap pada kulit.
2. Jangan lupa tuam ais pada wajah untuk menenangkan dan menyegarkan kalenjar minyak. At least sekejap pada waktu kita nak bersiap mekap.
3. Primer sebagai base adalah wajib. Ini kerana primer berfungsi sebagai penyerap minyak, mengecilkan pori, membuat wajah lebih matte dan foundation lebih lama.
4. Pilih foundation yang sesuai. Untuk kulit berminyak pastikan ciri-ciri perkataan seperti ‘oil free’ atau ‘oil control’ ada terpapar pada botol foundation.
Juga perlu cari yang berlabel ‘long lasting’ ‘water resistant’ atau ‘water proof’
5. Bedak tabur sangat sesuai bagi wajah berminyak. Ini kerana bedak tabur dapat menyerap minyak dengan baik pada wajah sehingga wajah tak akan terlihat berminyak. Sementara sesetengah bedak padat mengandung minyak yang boleh membuat wajah semakin bercapuk.
6. Wajib hukumnya untuk membawa kertas minyak. Walaupon sudah memakai bedak atau pelembab yang dapat menyerap minyak, bukan bermaksud wajah akan benar-benar terbebas dari minyak ya.
Jadi sebagai persediaan kita guna kertas minyak ni. Cara dia hanya dap dap pada muka jangan gosok. Mekap tak akan terjejas pon cuma muka akan nampak kembali matte.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apabila berbicara berkenaan suami dan isteri yang soleh, janganlah masing-masing memandang sebagai “kerja” atau “beban” yang terpaksa dilakukan kepada pasangan masing-masing.
Pandangan seperti ini akan menyebabkan masing-masing mudah kehilangan motivasi untuk berbuat baik kepada pasangannya.
Bahkan masing-masing akan berkira “Saya dah buat ini, dia tak buat itu pun” atau “Saya dah buat macam-macam, dia dah buat apa?”
Sebaliknya hendaklah suami dan isteri memandang peranan masing-masing sebagai satu amal soleh di sisi Allah.
Suami yang soleh kepada isterinya akan mendapat ganjaran syurga di sisi Allah sementara isteri yang soleh kepada suaminya akan mendapat ganjaran syurga di sisi Allah. Masing-masing berlumba-lumba untuk beramal soleh dalam berperanan sebagai suami dan isteri.
Berdasarkan pandangan yang positif seperti ini, akan tertegaklah sebuah rumah tangga yang bahagia.
Bahagia kepada suami, bahagia kepada isteri dan bahagia kepada anak-anak. Lebih penting, bahagia di dunia dan bahagia di akhirat.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perihal perkahwinan tentunya memerlukan modal atau jumlah yang yang besar untuk perbelanjaan majlis, hantaran, tempahan busana, kad jemputan dan lain-lain lagi.
Oleh itu, setiap pasangan perlu lebih bersedia daripada segi mental, fizikal serta sudut kewangan khususnya. Anda perlu tahu mengenai bajet kahwin dan bagaimana untuk menguruskan wang tersebut supaya tidak berdepan dengan konflik kewangan selepas berkahwin.
Edisi kali ini berkongsikan tip untuk menjimatkan bajet kahwin.
1. Jangan Mementingkan Standard Anda
Berhutang memberi bebanan kepada anda sehingga menyebabkan anda dan pasangan tidak bahagia. Ramai pasangan yang hidup tersepit dengan hutang terlalu banyak hanya kerana menginginkan majlis perkahwinan yang mewah dan tampak gah.
2. Jumlah Tetamu
Tetapkan jumlah tetamu yang bakal dijemput supaya anda dapat merancang bajet perkahwinan dengan baik. Apabila anda sudah tetapkan bilangan tetamu, anda dapat mengira bajet untuk makanan, cenderamata, kad kahwin dan sebagainya.
3. Menyewa Busana Perkahwinan
Elakkan menempah pakaian yang baru kerana khidmat menyewa pakaian lebih murah. Terdapat juga perkhidmatan dimana anda boleh menempah pakaian perkahwinan yang baru tetapi cuma sewa sahaja. Ini bermakna selepas memakai busana tersebut, anda perlu memulangkan semula kepada butik perkahwinan dan harganya jauh lebih rendah daripada membeli terus pakaian perkahwinan itu.
4. Awasi Perbelanjaan Anda Setiap Bulan
Perbelanjaan pada setiap bulan amat mempengaruhi simpanan kewangan anda. Jika anda berbelanja lebih, segala bajet yang telah anda tetapkan akan berubah dan akan menyusahkan anda kelak.
5. Elak Berhutang Kad Kredit
Kad kredit ada baiknya dan ada buruknya. Tetapi bagi sesiapa yang tidak tahu untuk menggunakan kad kredit secara berhemat anda dinasihatkan untuk tidak memakainya. Berbelanja dengan hanya ‘swipe’ menyebabkan anda yang pening kepala untuk membayar hutang tersebut.
6. Adakan Majlis Gotong Royong
Majlis yang diadakan secara gotong royong adalah lebih jimat berbanding perkhidmatan katering. Ia dapat menjimatkan kos kerana anda hanya perlu mengeluarkan wang membeli bahan basah selain dapat mengeratkan tali silaturahim bersama saudara dan jiran anda.
7. Jangan Merokok
Bagi kaum lelaki merokok bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan tetapi ia membazirkan wang anda. Jika anda campur tolak wang yang telah anda belanjakan untuk membeli rokok pasti anda akan terkejut dengan jumlahnya.
8. Membuka Akaun Khas
Salah satu cara untuk menjimatkan kos perkahwinan adalah dengan membuka akaun khas untuk perkahwinan anda. Ini dapat memastikan supaya anda tidak menggunakan kesemua wang simpanan anda dan seterusnya berhutang. Elakkan membeli barang perkahwinan dengan menggunakan kad kredit.
9. Kurangkan Membeli Gajet Elektronik
Jika anda seorang penggemar gajet elektronik, anda dinasihatkan untuk menyimpan dahulu hasrat anda untuk membeli gajet terbaru. Hal ini adalah kerana wang itu anda boleh gunakan untuk majlis perkahwinan anda kelak.
10. Tempahan Fotografi
Buat tempatan perkhidmatan fotografi, katering dan kad jemputan semasa promosi atau di pameran perkahwinan. Selalunya diskaun hebat akan diberikan.
11. Berbalas Hantaran
Elakkan berbalas hantaran dengan jumlah yang tinggi. Ada juga antara anda yang tidak mahu kalah dengan saudara mara atau kawan-kawan. Hal ini yang sering terjadi di kalangan pengantin zaman sekarang. Tidak perlulah untuk berlumba-lumba kerana kelak anda yang tanggung kesannya.
12. Membeli Belah Ketika Ada Potongan Harga Sahaja
Harga barangan pada ketika itu mungkin mendapat potongan harga jauh lebih murah daripada sebelumnya. Jangan terlalu mengikut hawa nafsu ketika membeli belah kelak anda juga yang akan merana.
***JOM SERTAI CHANEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memiliki keluarga bahagia adalah impian buat pasangan yang melangkah ke alam perkahwinan. Kebahagiaan dalam rumah tangga tidak dapat dicipta dengan khayalan mahupun kata-kata semata-mata.
Namun keharmonian dan kebahagiaan yang ingin dilahirkan di alam rumah tangga haruslah berbekalkan usaha dan panduan yang tepat.
Ia perlu dimulakan dengan tindakan asas antara suami dan isteri secara bersama.
1. Berikan ciuman, sentuhan, belaian dan pelukan mesra kepada pasangan. Belaian dengan penuh rasa kasih sayang dipercayai dapat membantu pasangan untuk kelihatan awet muda dan berketerampilan menarik. Sekiranya pasangan kecil hati atau merajuk, pujuklah dengan pelukan romantik supaya hatinya menjadi gembira semula.
2. Sering lakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama. Biasanya isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada disisi untuk melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama.
3. Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang di dalam rumah tangga. Sekiranya berlaku pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.
4. Suami atau isteri jangan terlalu memberi tumpuan kepada dunia luar sehingga lupa dengan tanggungjawab masing-masing. Hal ini jika berlanjutan akan mengundang suasana dingin di dalam rumah tangga dan tiada lagi keharmonian dapat dicipta.
5. Pasangan suami isteri perlulah sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan dan pergaulan. Kata-kata yang lembut yang dilontarkan pastinya tidak akan menyinggung hati dan perasaan pasangan.
6. Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah. Biarlah kecantikan itu ditatap untuk suami semata-mata.
7. Menjawab setiap pertanyaan dengan lemah lembut. Cara ini dapat mewujudkan komunikasi dua hala yang lebih sihat antara suami isteri.
8. Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.
9. Fahami dan hayati sifat pasangan. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan yang cantik, lembut dan indah dipandang.
10. Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran, tempat tinggal sehinggalah menentukan tempat percutian untuk keluarga.
11. Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang dilakukan secara berjemaah bersama-sama ahli keluarga. Ini akan dapat merapatkan hubungan dan kemesraan.
12. Untuk mencapai kerukunan dalam rumah tangga, sebuah rumahtangga yang bahagia harus diliputi oleh empat kunci utama, iaitu cinta atau kasih sayang, saling memahami, kerjasama dan kejujuran.
13. Ungkapan kasih sayang bukan sahaja dengan kata-kata tetapi harus digambarkan dengan layanan serta pergaulan yang baik dan mesra sepanjang masa.
14 Menjadikan matlamat bersama untuk membina keluarga yang harmoni.
15. Elakkan perdebatan, salah faham, mengungkit dan menyindir pasangan. Sebaliknya selesaikan sebarang masalah dengan tenang tanpa mengikut perasaan. Sekiranya masalah itu disebabkan oleh pasangan kita, sedialah untuk memaafkannya. Sebaliknya, jika masalah itu datangnya daripada diri kita, mohonlah kemaafan daripada pasangan anda dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...