Apa yang kita miliki, apa yang kita terima itulah rezeki dari Allah. Bersyukur dengan setiap limpahnya menjadikan kita sebagai hamba yang tahu diri dan tidak tamak dalam mendapatkan sesuatu perkara. Jika semua perkara yang dihajati ditunaikan mungkin seronok tapi ada tikanya menjadikan kehidupan ini terlalu mudah dan membosankan. Kesusahan mengajar kita untuk menghargai dan berterima kasih. Kawal nafsu dan ingatlah Allah tahu akan kemampuan dan dia memberi apa yang bersesuaian dengan usaha kita.
Dugaan terbesar jadi manusia ni, adalah susah saaaangatt nak bersyukur. Mungkin kita kata kita dah bersyukur tapi hakikatnya masih belum. Dah tu.. macam mana nak bahagia jika tidak bersyukur kan?
Paling payah bila ada rasa nak bersaing dengan orang terdekat seperti adik beradik, kawan-kawan, jiran tetangga. Tentang material duniawi. Bab kahwin, bab tambah anak, tambah harta benda, rupa paras. Benda-benda yang ulama' kata tak berharga pun untuk timbangan amal, tak berharga untuk menyelamatkan kita masa dalam kubur. Tapi itulah yang nafsu kita ni kejarkan sangat kan. Astaghfirullah.
Nampak mereka bahagia kahwin muda, ada kereta, beli rumah, kita rasa insecure. Nampak orang buat bisnes sekejap terus kaya, kita merungut kenapa kita jual susah nak laku?
Nampak orang famous tayang itu ini kat media sosial kita pertikaikan kenapa la hidup orang lain 'seems perfect' je? Nampak orang lain beranak tiap tahun anak semua baik je tak tantrum, kita pun cakap; "untungnya la dah la muka cantik, kaya, suami hensem, anak lawa-lawa"Mungkin kita tak luahkan dengan kata-kata tapi hati kecil yang memberontak begitu. Oh bahaya!
Telitilah dengan penuh hikmah setiap apa yang Allah anugerahkan kepada kita. Berhentilah memandang orang-orang yang di 'atas' kita, kerana bimbang kita sibuk membanding-banding kehidupan mereka dengan kita dan hasilnya lahir prasangka yang sangat buruk kepada Tuhan Yang Maha Pengasih, Allah yang Maha Penyayang.
Tahu tak kenapa kita susah nak rasa tenang dan bahagia? Antara sebabnya, kita kurang bersyukur atas apa yang ada disekeliling kita. Apa yang Allah bagi kita kurang bersyukur, apa yang Allah belum bagi dan tak bagi kita persoalkan pula. Astaghfirullahal adzhim. Pujuklah hati kita yang keras ini untuk selalu bersyukur selalu. Bukannya hanya kata syukur di mulut tapi di hati dan perbuatan kita juga. Kan Allah dah janji siapa yang bersyukur akan ditambah lagi nikmat? (Bacalah Surah Ibrahim, ayat 7).
Jomlah kita sama-sama selalu berdoa.. "Ya Allah, aku memohon kepadaMu jiwa yang merasa tenang kepadaMu, yang yakin akan bertemu denganMu, yang redha dengan ketetapanMu, dan yang selalu merasa cukup dengan pemberianMu." Tiada yang lebih bermakna dalam hidup ini melainkan diberikan rasa kecukupan atas segala nikmat pemberian Tuhan. Itulah dia namanya, qanaah.
Allah… Sentap. Muhasabah diri.
Kredit : Intan Dzulkefli
GAMBAR SEKADAR HIASAN
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI