TIPS KEBERKATAN MASA DAN SOLAT DI AWAL WAKTU

Ada yang kelam kabut dalam mempersiapkan kehidupan dengan perihal duniawi, sehingga lalai tugas utama kita sebagai hambanya. Melewatkan solat, solat di hujung waktu setiap hari. Tahukah anda bila kita melewatkan solat setiap hari, kita semakin ketinggalan dalam banyak perkara, apatah jika kita hamba yang selalu meninggalkan amalan ini, lagilah sempit hidupmu. Ikuti keberkatan di sebalik erti menjaga waktu solat ini dalam perkongsian Sharifah Zahidah ini di Facebooknya.

“Eh, dah jam 2 petang? Cepatnya masa berlalu! Apa je aku dah buat dari pagi tadi sampai sekarang..? Macam takde buat apa sangat pun..!”
Saya selalu tersepit dalam dialog-dialog ni. Dan saya perasan, kemampuan saya mengurus hari dan masa dengan baik sebenarnya sangat sangat bergantung dengan BAGAIMANA saya urus masa untuk bersolat pada hari semalam.

Kita Jaga Waktu Solat Pada Masanya, Urusan Lebih Banyak Dipermudahkan Allah
.

Means, kalau semalam tu saya solat dalam keadaan tak tergesa2 dan dalam lingkungan awal waktu, hari esoknya tu urusan saya banyak dimudahkan. Tapi kalau saya solat sambil lewa atau pada tengah dan hujung waktu, selalunya hari esok tu tak berapa nak productive dan berkah harinya..

Berkejar-kejar, blur dan memenatkan! Jadi, saya come out dengan solution untuk diri sendiri yang bagi saya amat membantu saya sangat sangat sangat.

Bila saya ikut benda ni, memang rasa berbeza perjalanan hari tu. Bila tak ikut, memang rasa banyak JADUAL DAN MASA YANG TERGELINCIR dari apa yang saya rancangkan.

Ini bagi saya, satu solusi yang so far WORKS LIKE MIRACLE SANGAT SANGAT SANGAT dalam hidup saya. Tak tahulah macam mana dengan orang lain.. But for me, it WORKS like magic…

Nak tahu?

InshaAllah, saya share bukan sebab saya baik. Tapi sebab saya pun struggle bab ni. Mungkin ada yang akan dapat dibantu dengan simple sharing ni.. Bercakap dari pengalaman sendiri. Bukan ingin mengajar, sekadar berkongsi.Apa yang saya buat untuk RAIH keberkatan masa? Simple..

Kita Jaga Waktu Solat Pada Masanya, Urusan Lebih Banyak Dipermudahkan Allah
.

SOLAT DI AWAL WAKTU.

Persoalannya, MACAM MANA nak konsisten solat awal waktu tu?

Ads

Macam ni.. Pertama, setiap pagi masa bangun Subuh tu, first thing saya buat, saya pegang hp dan BUKA APPS WAKTU SOLAT.

Buat apa? Saya baca waktu solat hari ni masuk jam berapa, dan SAYA DECIDE jam berapa saya akan tunaikan solat saya.

Contoh, Subuh 6.01, Zohor 1.34, Asar 4.35, Maghrib 7.26 dan Isyak 8.46. So, saya akan baca satu persatu dan sebut pada diri,

“Hari ni saya akan solat Subuh jam 6.05 minit, Zohor jam 1.40, Asar jam 4.45, Maghrib jam 7.30 dan Isyak jam 8.50, inshaALLAH.”

Kita Jaga Waktu Solat Pada Masanya, Urusan Lebih Banyak Dipermudahkan Allah
.

Sebut dengan penuh keazaman.. Sungguh2 nak buat.. Kalau saya geram dengan diri sebab selalu gagal, saya lafazkan supaya telinga saya dengar, dan bukan sekadar sebut dalam hati.. Bila buat macam ni, tengoklah hasilnya nanti. Kita akan rasa TERKEJUT BETAPA MUDAHNYA nak solat awal waktu sebenarnya..

Yang paling best, bukan sekadar solat awal waktu, kita akan rasa SATU PERASAAN TERUJA untuk solat.. Nak ALLAH pandang kita, tunjuk kita memang excited dan ‘hegeh’ sangat nak jumpa ALLAH ni..

Ads

Feel berwuduk untuk solat BEFORE masuk waktu solat, dan berwuduk bila dah masuk waktu solat, BEZA KAWAN… Sangat berbeza.

Bila kita tetapkan jadual macam ni, inshaALLAH selalunya dah masuk waktu memang terus boleh solat.. Tenang dia, lain macam… Barakah yang kita rasa pun lain macam.. Fokus kita juga, meningkat sangat-sangat-sangat..

Terlalu banyak kerja dapat disempurnakan dengan mudah, sahabat..

Itu yang pertama.. Bangun pagi, baca waktu solat masuk jam berapa dan tetapkan atau RANCANG jam berapa kita nak solat.

Yang kedua, sebelum tidur.

Malam sebelum tidur, buka balik apps dan BACA LAGI SEKALI WAKTU SOLAT.. Dan REFLEK DIRI, hari ni, jam berapa aku SEBENARNYA tunaikan solat aku..

Subuh, 6.45, Zohor 3.30, Asar 4.50, Maghrib 7.30, Isyak 11.25. Secara kasarlah.. Contoh..

Ads

So kita nampak kat mana kita boleh repair for the next day. And boleh analyse kat mana kita paling tak productive. Selalunya, part kita dah solat lambat tu lah..

Its okay, sebelum tidur, azam lagi esok kita nak buat lebih baik.. Doa minta ALLAH mudahkan.. Maka, esok pagi, kita ulang step pertama tadi..

Decide jam berapa kita nak solat. Ulang rutin ni sampai satu tahap kita dapati, segala urusan kita dimudahkan… Ada saja miracle comes out of nowhere yang take over kesusahan/cabaran dalam hidup kita dan ditukar dengan penyelesaian yang datang dengan mudah..

Kita Jaga Waktu Solat Pada Masanya, Urusan Lebih Banyak Dipermudahkan Allah
.

Kadang2 kita rasa KEJAM SANGAT DIRI ni tak pandai2 nak hargai setiap yang ALLAH dah datangkan dalam hidup kita. Satu BENDA BAIK kita buat sebab nakkan ALLAH, 10 dan 100 benda baik ALLAH datangkan dalam hidup kita..

Ingatkan hadis qudsi, (“Jika hambaku datang kepadaku dalam keadaan berjalan, aku akan pergi kepadanya dalam keadaan berlari – metafora).

Ini salah satu (bagi saya) dari apa yang refleks maksud hadis ini secara praktikal. Kita niat nak solat awal kerana ALLAH, ALLAH take over seluruh urusan kita dan jadikan segala-galanya sangat mudah…

SubhanALLAH, baikkan ALLAH?

Itu sajalah, apa yang saya buat utk baiki PENGGUNAAN MASA saya yang dari dulu sampai sekarang masih tak betul2.. Malu orang kata/nampak saya busy.. Padahal hakiaktnya betapa banyak masa yang masih saya persiakan.. Kita je tau diri kita ni macam mana.

Utk sahabat2 yg struggle isu sama macam saya, cubalah ya tips ni.. Moga2 membantu. Then, doakan saya.. Doakan saya dapat hidayah ALLAH dan dapat atasi isu2 dalam diri yang menbuatkan saya jauh dari ALLAH… Doakan saya dapat hidayah dan taufiq ALLAH..

Saya doakan yang sama utk kalian semua.
Allahualam

Sembang Masa
KREDIT : Sharifah Zahidah Sharifah Zahidah

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI