Siang malam scroll media sosial. Ada kala hati rasa seronok, tapi kebanyakkan masanya timbul pula rasa iri. Kehidupan orang tak sama macam kita. Kalau kita perlu berusaha berkali ganda dari orang lain demi untuk mendirikan rumahtangga, buatlah semampunya sahaja. Nak kahwin bukan sehari dua. Duit yang ada lebih baik gunakan untuk hal lebih utama lepas kahwin nanti.

 

‘Tajamnya’ sosial media ni bukan nampak luka di luar tapi boleh bikin hati jadi mati. Kita terus diasak desakan dek kerana sebuah perkahwinan yang kawan kita bina disambut meriah dan mewah.

 

Apalah ada pada kemewahan kalau hati kita murung fikirkan hutang keliling pinggang? Coretan Aidil Adha ini banyak benarnya. Kita ukur baju di badan sendiri. Biarlah majlis kita ringkas tetapi penuh makna.

 

“Jangan Bunuh Jiwa Dengan Cara Melihat Kehidupan Orang Lain Di Media Sosial.”

Hari ini ramai orang yang stres,label kehidupan sendiri gagal.Tidak habis-habis menyalahkan diri sendiri.

Malah yang lagi sedih,usia baru awal 20-an pun sudah mudah melabelkan kehidupan sendiri sebagai “loser”.

Kita sibuk lihat kehidupan orang lain setiap hari,terutamanya di media sosial.Setiap hari tidak behenti scroll cerita kejayaan orang lain,

Ada yang belajar sehingga ke luar negara pada usia muda,

Ada anak orang kaya yang kongsi kisah bapanya hadiahkan kereta kepada dia supaya mudah untuk urusan belajar di universiti,

IKLAN

Ada orang kongsi kisah strategi simpan sehingga RM50K sebelum umur 25 tahun.Muda-muda sudah boleh pasang impian untuk jadi jutawan.

Ya betul,tidak salah untuk kita baca kisah kejayaan orang lain di media sosial.Itu kisah hidup mereka,mereka ada hak untuk berkongsi.

Yang salahnya adalah apabila kita lihat kebahagiaan hidup orang lain di media sosial sehingga kita wujudkan tekanan terhadap diri sendiri secara luar biasa.

Orang tayang beli kereta di media sosial,kita rasa loser sebab masih naik motor.

Orang tayang kehidupan dah kahwin di media sosial,kita rasa loser sebab masih bujang.

Orang tayang kejayaan beli rumah di media sosial,kita rasa loser sebab masih hidup menyewa.

Orang tayang kejayaan hidup mewah hasil bisnes di media sosial,kita rasa loser sebab masih bekerja dengan orang.

Tanpa kita sedar,perbandingan yang telah kita wujudkan telah membunuh secebis rasa syukur di dalam diri.

IKLAN

Semua yang orang lain ada,kita nak juga,tetapi tidak usaha.Kalau kita dah usaha,tetapi tidak dapat seperti orang lain,anggap sahaja lah ianya bukan bahagian rezeki kita.

Setiap orang ada bahagian rezekinya tersendiri.Duduk sebentar,lihat sekeliling,

“Nikmat tuhan apa lagi kah yang kau ingin dustakan?”

Kita ni,jika hidup kerja bulan-bulan gaji RM3000,hidup pun perlu lah sama dengan gaji.Jangan berlumba dan anggap diri lemah kerana tidak mampu capai kehidupan seperti orang gaji RM15,000 sebulan.

Ada masa,kita perlu berpijak di dunia realiti,setiap perkara yang dikongsikan di media sosial belum pasti 100% menjamin kebahagiaan.

Yang berkongsi hidup bahagia,belum tentu dia hidup bahagia sepenuhnya di dunia realiti.

Yang tidak rajin berkongsi di media sosial,tidak semestinya hidupnya suram di dunia realiti.

IKLAN

Perbandingan hidup adalah proses membunuh jiwa yang kita tidak akan pernah sedar.

Berpada-padalah menilai kehidupan orang lain.

Hidup ini adalah pilihan,bukannya paksaan untuk meletakkan syarat terhadap kehidupan diri sendiri.

Begitulah.

Hidup Kita,Cara Kita.

-Aidil Adha-

 

Lebih ramai bakal pengantin yang sudah terbuka mindanya. Tak ada lagi pembaziran sewaktu majlis perkahwinan, tidak ada lagi yang berani berhutang keliling pinggang demi merealisasikan impian kahwin kayangan. Cukup sekadarnya. Yang penting duit simpanan lepas kahwin LEBAT!

 

Kredit foto utama: Sweetpictures KL

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI