Jika anda mempunyai kitaran haid yang tidak teratur setiap bulan, bagaimana untuk mengira hari subur kerana anda mahu segera mendapatkan cahaya mata setelah berkahwin nanti.
Sukar sebenarnya untuk mengira hari subur sekiranya kitaran haid tidak teratur. Pertama sekali, anda perlu mengira kitaran haid anda setiap bulan untuk tempoh enam bulan atau sehingga berkahwin. Ramai wanita hanya mengetahui kitaran haid mereka tidak teratur, tetapi tidak betul-betul memastikan berapa hari kitaran haid mereka.
Kitaran haid anda dikira dari hari pertama haid sehingga haid yang berikutnya. Sekiranya kitaran haid anda di antara 28 sehingga 40 hari, maka hari subur anda boleh berlaku pada mana-mana hari dari hari ke 14 haid sehinggalah hari ke 26 haid.
Ads
Anda digalakkan bersama atau berhubungan dengan suami selang sehari atau paling kurangnya setiap tiga hari dalam tempoh ini apabila merancang untuk mendapatkan cahaya mata.
Masalah akan menjadi lebih rumit sekiranya kitaran haid anda sangat jauh jaraknya di antara satu sama lain. Sekiranya anda mempunyai kitaran haid 40 ke 70 hari, maka hari subur anda boleh berlaku pada mana-mana hari dari hari 26 haid ke hari 56 haid.
Ads
Anda dinasihatkan untuk menumpukan usaha untuk mendapatkan haid yang teratur sementara anda masih belum berkahwin. Berjumpalah doktor untuk mendapat pemeriksaan dan nasihat.
Ads
Ada wanita yang memang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur. Namun terdapat juga sebilangan wanita yang mendapat kitaran haid tidak teratur kerana pertambahan berat badan. Sekiranya ini berlaku, anda haruslah menumpukan usaha untuk mendapatkan berat badan ideal agar kitaran haid anda lebih teratur, dan tiada masalah selepas berkahwin nanti.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menjadi lelaki gentleman bukanlah satu perkara yang mudah yang disangkakan oleh semua para lelaki di luar sana, mengambil hati seorang wanita bukan mudah ye! Sweet talker belum tentu dapat mencairkan semua hati perempuan, manis bila berbicara belum tentu menunjukkan ciri lelaki itu mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang lelaki. Apa tanggungjwab seorang lelaki juga perlu ambil tahu. Lelaki haruslah menjadi seorang pemimpin di dalam rumah tangga yang mampu membimbing isteri ke jalan yang di redhai. Menjadi seorang yang matang dalam membuat keputusan tidak mengikut perasaan. mampu untuk menyara nafkah zahir dan batin serta bertanggungjawab terhadap seorang yang bergelar kaum hawa.
Ciri lelaki gentleman
Akan membawa barang untuk anda bila pergi membeli belah. Tapi bukan beg tangan anda ye!
Memberi laluan kepada anda dahulu sewaktu berjalan.
Menarik kerusi untuk beri anda tempat duduk.
Membuka pintu kereta, walaupun anda boleh buka pintu kereta sendiri.
Tidak akan memberi peluang untuk anda membayar sebarang pembelian atau cuba untuk belanja. Jatuh la saham lelaki uol….
Sentiasa tampil kemas dan bergaya setiap kali keluar bersama anda.
Tidak akan bercakap perkara yang kosong dan tidak boleh di terima akal. Pendek kata lawak bodoh!
Susah untuk mendengar mereka ketawa besar sambil tepuk-tepuk meja.
Mereka juga bukan jenis yang suka bermain whatapps dengan massage yang panjang.
Mereka juga tidak mudah melemparkan senyuman. Bukan sombong ye…
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mengenang semula tarikh perkahwinan merupakan sesuatu yang istimewa dan memberi makna yang sangat mendalam. Pada kebiasaannya pasangan akan meraikan dengan cara tersendiri. Tidak kurang juga yang membuat kejutan kepada pasangan dengan membawa ke tempat pertama kali dia melamar anda. Oh sungguh romantis bila pasangan membuat kejutan sebegitu.
Apa yang penting pasangan mengingati hari ulangtahun perkahwinan sambil mengucapkan dengan ikhlas, itu sudah cukup memberi kegembiraan buat pasangan.
Anda juga boleh mempraktikkan cara ini bila tiba ulangtahun perkahwinan nanti agar menjadi memori indah buat anda berdua.
1.Bulan Madu
Romantis bukan jika dapat bersama isteri untuk berbulan madu. Tidak semestinya mereka yang baru berkahwin sahaja yang boleh berbulan madu. Jadikan lokasi di sekitar Malaysia sebagai lokasi anda memadu kasih sayang. Pilihan di tangan anda sama ada bulan madu di tanah tinggi atau pun di pulau. Inilah masanya anda menghangatkan cinta kembali.
2. Buat Kejutan
Sesekali buat kejutan pada pasangan tentulah dia merasa gembira dan boleh menitiskan air mata jika kejutan itu menyentuh perasaan. Letakkan hadiah istimewa di dalam beg tangan pasangan anda. Pastinya kala dia mahu mengambil sesuatu dari beg tangan akan terlihat hadiah yang diberi oleh anda. Sweetnya rasa ketika itu.
3.Luangkan masa dengan Aktiviti Luar Bersama
Sekiranya anda tahu yang pasangan menyukai aktiviti luar, aturkan aktiviti yang menarik yang ada boleh lakukan bersama-sama pada hari ulang tahun nanti. Contohnya pergi mendaki gunung untuk melihat keindahan alam semula jadi berdua mampu mengeratkan hubungan suami isteri.
4.Hadiahkan Bunga
Wanita dan bunga seakan tidak dapat dipisahkan. Hadiahkan bunga kepada pasangan anda tanda cinta dan kasih anda.
5. Masak Masakan Istimewa
Suami suka kan masakan isteri. Nah apa lagi tunjukkan skil dekorasi meja anda dengan penataan yang menarik serta hidangan yang menyelerakan. Pasti buat hati suami tersentuh dengan usaha yang dilakukan oleh isteri. Ikatan cinta pasti bertambah antara anda berdua sambil berbual tentang perkara yang romantis.
6.Mengenang kembali Masa Lalu Bersama
Di hari ulangtahun perkahwinan anda tidak salah anda mengambil peluang itu untuk menghabiskan masa bersama-sama. Imbau kenangan lalu dengan melihat kembali gambar gambar lama anda berdua. Pastinya romantik.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perilaku dan perangai isteri dalam melayani ragam suami kadangkala membuatkan suami bertambah sayang dan jatuh cinta kepada anda. Mungkin tanpa isteri sedari, perangai comel anda yang mencuitkan hati suami boleh membuatkan cinta suami semakin bersemut setiap hari, malah sayangnya juga semakin bertambah.
Ini antara lima perilaku dan perangai comel isteri yang bakal membuatkan suami anda bertambah jatuh cinta dan sayang anda ketat-ketat. Dah tahu ni, pastikan isteri buat setiap hari ye!
1. LETAK KEPALA DI DADA SUAMI
Kadang bila penat sangat dengan semua kerja dan masalah, isteri akan menghabiskan masa dengan meluahkan semua yang terpendam pada suami. Ketika itulah anda rasa mahu bermanja dan mendapat perhatian suami. Jangan tak tahu, suami sebenarnya suka kalau isteri meletakkan kepalanya di dada suami tau!
Suami rasa seperti seorang lelaki sebenar yang boleh memberi perlindungan kepada orang kesayangannya. Jadi, kerap-kerapkanlah meletakkan kepala anda di dada suami apabila mengeluh dengan pasangan! Lebih seronok kalau suami dapat membelai lembut rambut isteri.
2. PUJI SUAMI DI LAMAN SOSIAL
Suami juga menghargai penghargaan di media sosial. Bukan isteri saja, ya! Sebab itu anda kadang-kadang bolehlah memuji tindakan suami. Contohnya tag suami pada mana-mana artikel yang bercakap tentang suami yang hebat atau update status Facebook yang memuji suami. Pastinya buat suami rasa dihargai! Tapi jangan terlebih buat, nanti menyampah pula pembaca di Facebook.
3. PICIT SUAMI SAAT PENAT MEMANDU
Belaian lembut seperti memicit bahu suami kerana penat memandu juga membuatkan suami rasa dihargai, malah sayangnya kepada anda akan bertambah. Apabila suami penat, berehatlah seketika di tempat rehat dan urut bahu suami. Cara ini akan membuatkan suami lega dan kepenatan saat memandu itu akan hilang. Paling penting jangan lakukan ketika suami sedang memandu, bimbang boleh mengganggu tumpuan suami terhadap jalan raya. Berbahaya pula jadinya! Perilaku isteri ini sebagai tanda kasih sayang dan penghargaannya buat suami.
4. SENTIASA FIKIRKAN SUAMI
Walau sesibuk manapun seorang isteri, dia pasti akan terfikir fasal suaminya. Sudah makan ke belum? Sudah beli ubat sebab dia demam ke? Apa dia buat? Sibuk ke?
Macam-macam yang isteri fikirkan. Jadi, bila isteri hantar mesej peringatan suruh suami makan atau ayat ringkas seperti “take care” sahaja sudah cukup untuk membuatkan suami “makin sangkut” dengan anda. Ini membuatkan mereka gembira kerana anda masih memikirkan tentang kesejahteraan dirinya walaupun anda sibuk.
5. MENDENGAR TANPA JEMU
Otak wanita berfungsi agak berbeza berbanding lelaki. Kalau anda sebagai isteri boleh sahaja membuat semua kerja dalam satu masa sambil mengeluh dan membebel tapi lelaki tidak boleh. Sebab itu bila suami mula bercerita tentang sesuatu, dia akan rasa semakin jatuh cinta dan sayang kepada isteri yang tidak pernah jemu mendengar ceritanya.
Walaupun apa yang dia cakap langsung anda tidak faham! Tapi, teknik mendengar anda akan membuatkan suami rasa anda benar-benar menyayanginya. Lepas ini anda jangan menyelit atau membebel kalau suami nak bercerita sesuatu, tau!
6. TUNJUKKAN ANDA ISTRI PRIHATIN
Jangan ingat suami tidak suka kalau anda tunjuk kemesraan di tempat awam. Janji ia tidak berlebih-lebihan. Sebenarnya, cukuplah anda memegang tangan suami ketika ingin melintas jalan atau membetulkan rambut dan baju suami. Semua ini akan membuatkan suami semakin jatuh cinta dengan isteri. Betul tak para suami?
Untuk menyemarakkan rasa cinta, janganlah berhenti tunjuk betapa anda menyayanginya. Sesungguhnya rumah tangga yang bahagia terletak di tangan suami isteri yang bijak mengemudi cabaran dan menyemarakkan rasa cinta.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!