Kitchen Island Harga Bajet, Wanita Ini Buat Sendiri Tapi Hasilnya Kemas!

Share

Ramai mengimpikan kitchen island moden, namun kebanyakan pasangan suami isteri memilih untuk memendam perasaan dan melupakan hasrat itu sebab pakai kos tinggi.

Kalau kreatif dan rajin, ubah suai boleh dilakukan sendiri sekali gus meminimakan kos yang diperlukan.

Kitchen Island Harga Bajet, Wanita Ini Buat Sendiri Tapi Hasilnya Kemas!

Seperti yang dilakukan oleh wanita ini,  Ainee Kamarul membina kitchen island sediri sahaja dengan bajet yang rendah. Jom tengok bahan apa yang anda perlukan kalau nak tiru idea ini.

Bahan-bahan:

1. Rak 8 kotak bersaiz 77x147cm

2. Kaki 3 set

3. Table top bersaiz 246×3.8cm

4. Gam silikon

5. Wallpaper

Cara pemasangan:

1. Rak tersebut diletakkan dalam posisi melentang.

2. Pasangkan kaki di kiri, kanan dan bahagian tengah pada rak tadi.

3. Kemudian letakkan table top di bahagian atas rak menggunakan gam silikon.

4. Untuk bahagian depan pula, tampalkan wallpaper supaya dapat menutup bukaan rak tadi.

5. Boleh tambahkan kotak mengikut saiz bukaan pada rak berkenaan supaya kelihatan lebih tersusun rapi. Pun begitu, anda boleh sahaja menggantikannya dengan apa-apa bahan yang sesuai seperti raga.

Bagi mendapatkan hasil yang memuaskan dan tampak mewah, penggunaan warna adalah sangat penting.

Disebabkan itu, ramai yang memilih menggunakan satu warna sahaja pada kitchen island dan kebanyakannya menggunakan warna hitam mahupun putih sahaja.

Wallpaper yang digunakan juga tidak sarat dengan corak sekali gus membuatkan ruangan tersebut kelihatan simple, menarik dan kemas. Nanti cubalah DIY sendiri, ya!

IKLAN