Menjelang hari penuh bersejarah , tentunya pelbagai persediaan perlu dilakukan oleh bakal pengantin. Sudah pasti ada ketikanya diri terasa lemah dan tidak bermaya disusuli dengan tidur yang tidak mencukupi lantaran menyiapkan hal perkahwinan. Sebaiknya sebagai bakal pengantin, diri perlu dipersiapkan agar tampil hebat dan anggun di hari pernikahan nanti.

Dengan membuat rawatan di spa, diri beroleh ketenangan serta mengembalikan kesegaran dan tenaga. Kunjungan ke HerbaLine Sri Hartamas memberi manfaat yang menyeluruh khususnya buat bakal pengantin kerana di sini menawarkan konsep rawatan kecantikan dan kesihatan dengan menggabungkan 3 entiti berbeza di bawah satu bumbung. Sememangnya spa rawatan Herbaline bukan lagi asing kerana ia sudah beroperasi selama 17 tahun dengan  pakej spa wajah malah semakin berkembang apabila menjalin kerjasama dengan pusat kesejahteraan  terkenal di Malaysia,  Healthland Family Wellness Centre sebagai usaha untuk meningkatkan pengalaman kesejahteraan dan kecantikan untuk rakyat Malaysia.

1. HerbaLine Facial Spa

Melangkah kaki ke spa HerbaLine Sri Hartamas ini, anda disambut dengan aroma bau yang sungguh menyegarkan. Badan yang  longlai terasa segar dengan suasana yang serba tenang dan melegakan. Staff HerbaLine yang berpakaian serba putih menyambut mesra kedatangan tetamu. Sambil melepaskan rasa lelah, dihidangkan pula dengan Chinese Tea sebagai welcome drink.
Kombinasi 3 Dalam 1 Di Spa Herbaline Sri Hartamas
Seterusnya tetamu dibawa ke ruang merendam kaki dengan air dan garam laut (Sea salt foot bath). Antara kelebihan garam laut ini untuk menghilangkan bau kaki dan melancarkan peredaran darah. Selesai merendam kaki, tetamu dibawa menghidu Lemongrass Aromatherapy. Sungguh melegakan. Kini tibalah masa untuk membelai wajah. Buat anda yang pertama kali mencuba rawatan wajah di sini akan terus jatuh cinta kerana ternyata staf di sini membelai wajah tetamu dengan penuh kelembutan hingga membuat diri yang sedang keletihan boleh tertidur dengan belaian wajah dan urutan yang diberikan.
Kombinasi 3 Dalam 1 Di Spa Herbaline Sri Hartamas
ruang merendam kaki dengan air dan garam laut (Sea salt foot bath)
Kombinasi 3 Dalam 1 Di Spa Herbaline Sri Hartamas
bilik spa dengan suasana tenang dan melegakan
Rawatan wajah diakhiri dengan Fish Spa Therapy. Pertama kali merasainya terasa geli dan takut sebaik digigit manja oleh ikan-ikan kecil di dalam kolam mini ini. Pengalaman menyeronokkan sebaik meletakkan kaki ke dalam kolam apabla ikan mula menghurung kaki dengan kadar yang banyak.

Kombinasi 3 Dalam 1 Di Spa Herbaline Sri Hartamas

IKLAN

2. HealthLand Family Wellness Centre

HealthLand Family Wellness Centre pula menawarkan gaya hidup holistik dengan program dan aktiviti kesihatan. Semua ahli terapi yang ada di sini dilatih secara profesional oleh Akademi Kesihatan yang terkenal di Thailand.
Ia menjadi satu-satunya pusat kesejahteraan di Malaysia yang menawarkan penyelesaian kesejahteraan serba lengkap kepada golongan kelas pertengahan sambil mengekalkan daya tarikan  kepada golongan kelas atasan.
Kombinasi 3 Dalam 1 Di Spa Herbaline Sri Hartamas
Kombinasi 3 Dalam 1 Di Spa Herbaline Sri Hartamas
Kombinasi 3 Dalam 1 Di Spa Herbaline Sri Hartamas

3. Mama Kim Sauna Mee Café

Kombinasi 3 Dalam 1 Di Spa Herbaline Sri Hartamas

 

IKLAN

Kombinasi 3 Dalam 1 Di Spa Herbaline Sri Hartamas

 

IKLAN
Kombinasi 3 Dalam 1 Di Spa Herbaline Sri Hartamas
‘Signature dish’ jika berkunjung ke sini.

 

Kombinasi 3 Dalam 1 Di Spa Herbaline Sri Hartamas

Istimewanya di sini, selesai membuat rawatan sama ada wajah dan urutan badan, anda boleh menjamu selera dengan hidangan sihat di Mama Kim Sauna Mee Cafe’. Mama Kim Sauna Mee Café yang menawarkan menu lengkap  dengan falsafah “Where Healthy Is Yummy” . Prinsip sajian Mama Kim termasuk;
* 5 warna utama
* menggunakan bahan segar
* tanpa MSJ
* Tanpa tepung putih
* Tanpa tepung, kurang garam, kurang menggoreng
* Nutrien seimbang
* Purata 80 % sayuran / 20% daging
Mereka yang beragama Islam tidak perlu risau kerana mereka menggunakan pembekal makanan yang halal dan restoran ini juga dalam proses untuk mendapat pensijilan halal.
Sesungguhnya spa ini memberikan pengalaman yang berbeza dan tarikan yang tersendiri buat bakal pengantin menjelang hari bahagia yang bakal tiba.
Kombinasi 3 Dalam 1 Di Spa Herbaline Sri Hartamas
Kredit Foto : Herbaline
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI