Kebiasaannya pasangan mempelai memilih sesi fotografi di studio atau pun di lokasi-lokasi yang berlatar belakang lokasi yang cantik seperti di hotel, di tepi pantai dan sebagainya.
Bagi kebanyakan pasangan pengantin, momen indah itu perlu ada untuk dikenang hingga ke anak cucu.
Berlainan pula dengan pasangan doktor veterinar yang memilih pusat jagaan kucing jalanan sebagai latar belakang gambar perkahwinan mereka.
Ads
Usai diijabkabulkan, pasangan mempelai ini memilih untuk bergambar bersama hampir 1300 ekor kucing di dalam sangkar utama. Pasangan pengantin baharu ini telahpun selamat diijabkabul hujung November yang lalu.
Kedua-duanya staf Bustana Kucing dan berkhidmat sebagai doktor yang bertanggungjawab merawat ke semua kucing-kucing di situ. Mereka berdua juga merupakan pencinta kucing.
Ads
Selepas pasangan askar pada tahun lepas, doktor-doktor veterinar ini merupakan pasangan pengantin kedua yang sudi merakamkan detik-detik indah pada hari bahagia mereka bersama si bulus di Bustana Kucing.
Ads
Sama-sama kita doakan moga hubungan yang baharu sahaja pasangan pengantin ini hubungkan diberkati, dirahmati dan dilindungi oleh-NYA.
Doakan juga moga mereka senantiasa dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, diberikan kekuatan bagi menempuh dugaan alam rumah tangga. Semoga mereka berdua akan terus bersama Bustana Kucing, merawat kucing-kucing sakit.
13 tahun melayari bahtera perkahwinan bukannya mudah. Pelbagai pahit manis dalam kehidupan terpaksa dilalui demi mencari kebahagiaan dan mengutuhkan sebuah ‘istana’. Tidak dilahirkan dalam keluarga berada, Mohd Hanaffi bin Razak atau lebih dikenali sebagai Ajak Shiro dan isteri, Nur Afifah Binti Amin melalui fasa bermula dari bawah.
Siapa sangka, kasih yang berpaut sejak di bangku sekolah membawa mereka sehingga ke jenjang pelamin. 22 tahun lamanya perkenalan mereka bukan jangka masa seketika. Jatuh bangun pasangan ini hanya mereka yang tahu. Bak kata Afifah, “makan atau tidak, hanya kita sahaja yang tahu.”
Membuka kembali kisah bagaimana mereka memulakan kehidupan, Afifah sendiri membuat percaturan dan perancangannya telah Allah makbulkan.
“Kami berdua masing-masing dapat tawaran sambung ke tingkatan 6. Ajak lebih dahulu dapat tawaran tu kemudian kami berbincang juga macam mana hala tuju kami seterusnya. Saya berada di kelas aliran Sains dan akademi kami memang berbeza. Tetapi kelebihan Ajak adalah dari segi fizikal. Itu yang kami cuba seimbangkan titik permulaannya.
Bagi saya, tak semestinya kekuatan kita apda akademik, kita terus bagus. Jadi saya memilih untuk meneruskan tingkatan 6 manakala saya cadangkan supaya Ajak bermula dari bawah. By the time saya tamat universiti, sekurang-kurangnya Ajak pun dah ada kerjaya tetap ketika itu. memang saya beritahu Ajak supaya cari sesuatu yang boleh menunjukkan dia ‘jadi orang!”
Apabila kita sudah ada matlamat hidup, selebihnya kita tingkatkan usaha dan berdoa kepada Allah. Memilih untuk menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Ajak menjadikan kerjaya itu sebagaisumber pencariannya untuk mengukuhkan kewangan demi bakal isteri tercinta.
“Masa tu kita dah tahu siapa bakal isteri kita. Tetapi kekangan kewangan membataskan kami untuk terus berkahwin, memang tak ada duit. jadi, bila masuk Navy, sikit demi sikit gaji yang saya terima digunakan untuk beli barang rumah. Beli peti sejuk, mesin basuh, TV, perabut dan macam-macam lagi.
Semua barang-barang tu memang saya ‘simpan’ dulu di kedai. Bila tiba hari kami berkahwin, semua barang-barang tu sampai ke rumah. Rasa macam orang kaya! Walaupun tak lengkap tapi cukup sempurna untuk kami ketika tu. Kata orang, ukur baju di badan sendiri.” Kata Ajak.
Apa nasihat Ajak untuk semua bakal pengantin?
“Abang dah melalui fasa menjadi raja sehari. Habis belanja berbelas ribu untuk majlis perkahwinan dulu. Sekarang ni musim PKP, hanya RM2000 pun dah boleh kahwin. Tak perlu pun berbelanja banyak-banyak. Kena ingat, duit bukan segala-galanya tetapi segala-galanya adalah duit. Sampai anak dah tiga orang pun tetap bayar loan setiap bulan!” seloroh Ajak.
Betul kata Ajak dan Afifah. Nak kahwin ni sebenarnya memerlukan persediaan dari segi kewangan. Kalau boleh, kukuhkan kedudukan kewangan dulu sebelum ambil keputusan untuk berumahtangga. Yang berkahwin pada musim PKP ni, ambillah peluang untuk berjimat sebaik mungkin!
***JOM SERTAI CHANNEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau nak hilangkan bau kaki, anda sebenarnya boleh mengamalkan beberapa petua. Eh, tak boleh biarkan ya, sebab masalah ini akan buat orang lain juga rasa kurang selesa.
Untuk atasi kaki berbau, anda boleh pilih beberapa tip yang dikongsikan kali ini. Ikut yang anda yang rasa mudah nak buat.
Deodorant bukan sahaja sesuai untuk menghilangkan bau peluh di ketiak, malah mampu menghapuskan bakteria penyebab bau kaki busuk.
Kerana deodoran mengandungi bahan antibakteria yang menangkis bau yang kurang menyenangkan pada badan. Anda boleh menggunakan deodorant berlabel “All Day Protection” yang biasanya mengurangkan peluh sebanyak 20 peratus sahaja. Atau deodorant berlabel “Extra Stregth” mengurangkan peluh sebanyak 30 peratus.
Bau kaki boleh dihilangkan dengan menggunakan minyak lavender. Kandungan antioksidan dan antibakteria berkesan membunuh bakteria dan bau busuk.
Ia adalah mudah. Hanya tambahkan beberapa titis minyak lavender ke dalam air suam. Kemudian masukkan kaki anda ke dalam air dan biarkan ia berendam selama 10 minit.Bau wangi minyak lavender juga mengurangkan bau kaki. Ingin mencubanya?
Faedah teh hijau bukan hanya tentang penggunaan. Keasidan dalam teh juga boleh mengecilkan pori-pori di kaki anda, mengurangkan peluh.
Teh juga bertindak sebagai antibiotik semulajadi yang boleh membunuh bakteria pada kaki anda. Merendam kaki anda dalam teh selama sekurang-kurangnya 30 minit boleh membantu mengurangkan bau kaki.
Basuh kaki anda dengan larutan air suam dan sabun. Adalah lebih baik untuk membasuhnya secara beransur-ansur di bawah air paip yang mengalir.
Kemudian keringkan diri anda dengan baik, terutamanya di antara jari kaki anda. Pastikan anda membersihkan jari kaki anda dengan sabun.
Langkah ini memastikan bahawa kotoran atau bakteria tidak lagi melekat pada jari kaki anda.Kotoran dan bakteria yang melekat hanya menyebabkan bau kaki. Oleh itu, cuba basuh kaki anda sehingga bersih sepenuhnya.
Elakkan memakai sarung kaki dalam cuaca lembap atau basah. Keadaan ini hanya akan menggalakkan lagi perkembangan bakteria pada kaki anda. Sebelum memakai stokin, pastikan ia benar-benar kering. Begitu juga dengan kaki anda. Jangan memakai stokin segera jika kaki anda basah.Jika anda tidak melawan mereka, mereka bukan sahaja berbau, tetapi juga terdedah kepada jangkitan kulat.
Agak-agak kaki berbau teruk sangat, anda kena lah cuba salah satu tip di atas ya! Mana tahu berkesan dan boleh kurangkan bau yang buat orang lain rasa kurang selesa.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Luahan pelakon Izzue Islam tentang isteri tercinta dalam satu temu bual, buat ramai yang tercuit emosi. Tanpa Awin Nurin, siapalah dia dalam dunia seni.
Ujar pemilik nama penuh Muhammad Izzul Islam Mazlan itu, dia tidak mungkin dikenali ramai tanpa bantuan suri hati merangkap pengurusnya itu.
“Saya tidak boleh bayangkan kalau dia tiada. Kami pernah berborak dan saya kata kepadanya bolehkah kita mati bersama-sama nanti.
“Tanpa isteri, kalian mungkin tidak kenal Izzue Islam seperti hari ini dan saya juga tidak pernah bayangkan memiliki kehidupan begini sekarang,” kata Izzue.
Ditanya adakah bersedia jika suatu hari kehilangan isteri tercinta, aktor berusia 34 tahun itu mengakui bakal hilang arah dan mungkin fokusnya dalam dunia hiburan akan terkubur.
“Saya pernah terlibat dalam satu penggambaran dan dia tidak ikut sekali disebabkan demam. Ketika itu saya macam hilang arah.
“Sebab itu sampai sekarang saya akan bawa dia ke mana-mana sahaja kami pergi. Bukan tidak boleh berenggang tetapi dia individu penting buat saya.
“Saya mahu dia sentiasa ada di depan mata. Selagi saya hidup saya mahu dia ada di depan saya,” ujarnya menahan sebak.
Air mata pelakon filem Juang itu mengalir deras sebaik perkara berkaitan insan kesayangan dibangkitkan Rosyam.
Sebelum ini, anak jati Kelantan itu juga pernah mencipta lagu buat Awin sebagai luahan perasaan sayang terhadap wanita yang melengkapi segala kekurangan dalam dirinya.
Izzue dan Awin mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 namun belum dikurniakan rezeki untuk memiliki cahaya mata.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sahaja yang mampu melupakan momen pernikahan pelakon terkenal, Izara Aishah bersama suaminya, Muhammad Adib Khalid, yang berlangsung pada 17 November 2017.Majlis penuh eksklusif...