Perkahwinan menyatukan antara dua insan yang saling menyintai dengan menggunakan akad ijab kabul yang sah dalam Islam. Ia berkait perjanjian dengan Allah untuk menjaga perkara yang digariskan antara mereka selepas akad dilaksanakan.

Justeru, perkahwinan mempunyai nilai keagamaan, ketundukan kepada Allah dan mematuhi peraturan yang Allah tetapkan untuk dijaga di sepanjang prkahwinan berlangsung.

Dalam hal ini, sekiranya usaha mencari rezeki dijalankan dengan tersusun selepasnya, yakinlah bahawa rezeki akan dimudahkan melalui perkahwinan itu.

Tambah rezeki dengan berkahwin seperti mana Islam katakan seperti di atas. Majlis perkahwinan bukan suatu majlis perniagaan. Bukan sidang jualan langsung atau tidak langsung. Ia adalah satu program ibadah kepada ALLAH SWT.

Jadi biarlah majlis walimatul urus itu mempunyai bajet yang murah dan tak membebankan mana-mana pihak. Idea ini dari Kiyai Reformis dan sumber dari Cik Kuntum.

Kos di bawah RM 5000 !

Jemputan sekitar 100 hingga 150 orang. Paling tinggi 200 orang.

Makan perkepala RM 10 (pasti kenyang !) ini kebanyakan menggunakan khidmat katering.

Siapa yang akan diundang?

40 kad untuk jiran tetangga.

40 kad untuk kaum keluarga terdekat.

40 kad untuk rakan baik pasangan pengantin

30 kad (reserve)

Jumlah 150 keping kad. Kos makan minum ( RM 10 x 200 = RM 2000 )

Jangan tambah kad jika kad telah habis. Jangan jemput orang yang bukan rakan baik pasangan. Bukan keluarga terdekat, bukan jiran tetangga.

IKLAN

Aturcara Majlis:

11 pagi hingga 3 petang

Tempat: Halaman rumah ( satu kanopi dengan buffet makanan )

Setelah pengantin diijabkabul di dalam rumah atau di anjung luar atau di wakaf yang dikhaskan di halaman. Pengantin bolehlah beramah mesra dengan para tetamu.

Kos sewaan pakaian RM 300 + hiasan mudah wakaf RM 200 ( tidak termasuk pakaian sendiri)

Kamera video RM 400 + juru gambar RM 300

Memotong kek RM 200 (tempat di halaman rumah) tidak perlu makan berdamai kerana pasangan mempelai boleh makan bersama-sama tetamu.

Untuk memudahkan layanan lebih mesra pasangan pengantin untuk tetamu bolehlah dicatatkan masa kehadiran buat tetamu untuk 50 kad setiap satu jam. Bermaksud:

50 kad undangan dari jam 11 pagi hingga jam 12 tengahari

50 kad undangan dari jam 12 tengahari hingga jam 1 petang

IKLAN

50 kad undangan dari jam 1 petang hingga jam 2 petang

50 kad undangan dari jam 2 petang hingga jam 3 petang.

Majlis akan menjadi sangat mudah dan meriah kerana dihadiri oleh tetamu yang boleh dimesrai oleh pasangan mempelai. Tidak memenatkan dan sangat tenang sambil video merakam detik-detik indah tersebut. InsyaAllah.

Kos keseluruhan majlis:

Makan minum RM 2000

Sebuah kanopi RM 300

Pakaian pengantin RM 500

Video RM 400

IKLAN

Jurugambar RM 300

Kek RM 200

Jumlah RM 3700 sahaja ! masih berbaki RM 1300 ..

Terpulang kepada tuan-tuan, boleh saja dipanggil penjual aiskrim untuk dibayar ‘lumpsum” RM 300

Masih berbaki RM 1000 untuk diadakan cabutan bertuah pada setiap satu jam dan sebagainya.Boleh saja ditambah hiasan tempat akad nikah, atau upah tenaga mengemas selepas majlis.

Atau untuk mencetak kad jemputan yang cantik sebelum majlis perkahwinan ( tidak digalakkan lebih dari harga RM 2.00 /kad)

*****************************************************************

Betapa mudahnya perkahwinan. Tidak perlu rasanya saya mengeluarkan hingga seribu keping kad bahkan hingga 2 ribu keping kad jemputan. Kerana melalui pengalaman yang saya lihat ada tetamu yang hadir tidak mengenali ibubapa pengantin bahkan tidak kenal langsung dengan pengantin!!!

 

 

 

 

 

 

Sumber :cikkuntum