Pastinya setiap orang mahukan kulit yang sihat dan cantik, bukan hanya kaum wanita malah lelaki sekalipun. Sangat penting untuk anda menjaga kesihatan kulit, kerana ianya lambang kecantikkan.

Kecantikkan bukan hanya boleh didapati jika anda menggunakan produk mahal, ataupun produk murah. Tetapi, ianya berkait rapat dengan penjagaan kulit secara semulajadi iaitu melalui pemakanan anda.

Apa kata anda cuba ambil 3 minuman yang mampu buat kulit anda semakin sihat dan bercahaya. Cuba dulu, pasti anda akan berpuas hati dengan hasilnya.

1. Teh Hijau

Kulit Cantik, Cerah & Sihat, Jika Anda Amalkan 3 Minuman Ini

IKLAN

Kehebatan teh hijau memang tidak dapat diragukan lagi. Ia mengandungi antioksidan yang dapat menyeimbangkan hormon sehingga dapat mengawal minyak pada kulit. Sekiranya wajah kurang berminyak, kulit tidak akan mudah berjerawat dan iritasi.

2. Susu Kunyit

Kulit Cantik, Cerah & Sihat, Jika Anda Amalkan 3 Minuman Ini

IKLAN

Susu kunyit diperbuat daripada kunyit dan susu seperti susu kacang almond atau susu kacang soya. Kunyit mengandungi antibakteria yang dapat mengurangkan kemerahan dan iritasi pada kulit serta mengatasi masalah jerawat.

Selain itu, kunyit juga dapat melembapkan kulit dan sangat bagus untuk hijabi yang mempunyai masalah kulit kering.

IKLAN

3. Air Putih

Kulit Cantik, Cerah & Sihat, Jika Anda Amalkan 3 Minuman Ini

Minum air suam pada waktu pagi dapat melancarkan pencernaan dan membuang segala toksin yang ada dalam tubuh. Sekiranya segala toksin tersebut telah hilang daripada tubuh, kulit juga akan jadi lebih bersih dan sihat.

Air putih dapat melancarkan peredaran darah di mana ia dapat membantu kulit anda jadi lebih berseri dari dalam. Jangan sesekali skip minum air masak, sekurang-kurangnya amalkan 8 gelas sehari. Sekian petikan dari hijabista.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI