
Penjagaan muka perlu lah dijaga kerana mempunyai muka yang bersih dan berseri akan menambah lagi keyakinan diri kita. Terutama bagi kaum wanita, kecantikan dan mereka memang tidak boleh dipisahkan. Sampai sanggup berhabis duit nak nampak anggun.
Memiliki kulit segar, dan cantik adalah idaman setiap wanita. Salah satu cara mendapatkan kulit sihat adalah memakai bahan alami. Salah satu bahan alami yang bisa menjaga kecantikan anda adalah strawberi.
Ia memiliki banyak nutrisi untuk kulit Anda. Strawberi kaya akan vitamin C yang dapat memberi kesegaran pada kulit tanpa membuatnya kering.
Bahan-bahan :
- 6 – 10 biji strawberi segar
- 1 sudu teh madu
Cara membuat :
1) Lumatkan buah strawberi bersama madu dalam mesin pengisar.
2) Kisar sehingga menjadi pes.
3) Setelah itu aplikasikan campuran tadi secara rata pada wajah dan leher. Biarkan lebih kurang 20 minit.
4) Bilas wajah dengan air suam untuk membuka pori-pori, diikuti air dingin untuk menutupnya.
5) Buah ini kaya dengan antioksidan dan vitamin C yang akan memberi nutrisi untuk kulit. Vitamin C akan mencerahkan kulit wajah, memutihkan dan mengurangi kedutan serta masalah kulit berkaitan usia.
Langkah Demi Langkah Bercukur, Ramai Lagi Lelaki Rupanya Tak Buat Dengan Betul

Amalan bercukur haruslah dilakukan dengan teknik yang betul agar penampilan di hari bahagia tampak lebih kemas. Memiliki kumis dan janggut merupakan trend popular di kalangan lelaki masa kini.
Walaupun bercukur dianggap antara rutin mudah bagi seorang lelaki, namun hakikatnya masih ada segelintir lelaki yang tidak mengetahui aturan sebenar ketika bercukur. Berikut dikongsikan langkah demi langkah untuk bercukur dengan langkah yang betul.
BERSIHKAN WAJAH
Cuci wajah anda dengan pencuci muka pilihan agar dapat menanggalkan segala kotoran degil, selain melembutkan bulu pada wajah yang hendak dicukur. Mungkin ada yang beranggapan, cukup sekadar mencuci menggunakan air.

Tetapi, tahukah anda bahawa pencuci muka dapat membantu menghilangkan sel-sel kulit mati serta bertindak membuka liang roma agar kulit wajah terasa lebih lembut di sekitar janggut dan misai.
Kemudian, bilas semula muka dengan air suam dan keringkannya dengan menyapu keseluruhan wajah menggunakan kain yang bersih. Biarkan sedikit kelembapan bagi mengekalkan kesegaran.
KRIM PENCUKUR
Untuk melancarkan cukuran pada wajah, sapu losen atau krim cukuran pada bahagian yang ingin dicukur menggunakan berus agar lebih rata berbanding jari. Berus yang lebih halus dan lembut adalah baik agar anda rasa lebih nyaman dan menyeluruh. Pilih krim pencukur yang mengandungi minyak dan kandungan yang baik dengan formulasi yang selamat untuk kulit bagi mengelakkan iritasi pada kulit wajah.

CUKURAN
Mulakan cukuran pada rahang, leher dan pipi terlebih dahulu. Ini kerana bahagian ini mengikut lengkungan pada wajah serta bagimengelakkan kulit daripada terluka. Bagi bulu wajah yang tebal dan panjang, haluan pisau cukur perlulah mengikut arah bulu manakala bagi melicinkan kesan cukur bahagian bulu halus, perlulah dilakukan dengan cara melawan arah.
Cukuran pada kumis dan janggut perlu mendapat perhatian khusus mengikut pola dan gaya yang diingini. Jika tidak, anda pasti gagal mendapatkan kemasan yang diingini. Lakukan dengan berhati-hati bagi mengelakkan kulit daripada terluka.

MEMBENTUK POLA
Untuk membentuk pola pada kumis atau janggut anda, gunakan gunting kecil yang dikhaskan. Lakukan dengan teliti untuk mendapatkan hasil yang diingini. Gunting terlebih dahulu bahagian tepi kumis dan janggut.
Untuk hasil yang lebih tipis, gunakan hairclipper.Kemasan terakhir juga turut dilakukan dengan menggunakan gunting kecil bagi memastikan kumis dan janggut anda dalam keadaan yang rapi dan kemas.
BILASAN TERAKHIR
Setelah selesai dengan cukuran, bilas wajah dan bersihkannya menggunakan tuala. Untuk mengembalikan kelembapan pada kulit wajah yang kering akibat kesan daripada cukuran, sapukan penyegar atau pelembap. Manakala set cukuran pula haruslah direndam seketika dengan air panas sebelum dikeringkan dan disimpan.
Kredit foto (top image): Pexels
Rupanya Ini Rahsia Inai Tahan Lama Dan Lebih Terang

Inai atau henna merupakan pewarna asli yang diekstrak daripada sejenis tumbuhan berdaun dan kebiasaannya diamalkan pemakaiannya oleh para muslimah sebagai sunnah (boleh dipakai sebagai pewarna kuku mahupun pewarna rambut).
Inai juga digunakan sebagai perhiasan berbentuk pewarna yang dipakai pada hujung jari pengantin perempuan mahupun pengantin lelaki.
Sesuai dengan peralihan zaman, pemakaian inai masa kini tidaklah serumit dahulu kerana kebanyakan pengantin perempuan terutamanya akan mengupah pelukis inai untuk melukis dan memakaikan inai di jari mereka.
Khas buat bakal pengantin atau mana-mana wanita yang gemar memakai inai yang ditumbuk sendiri, kami kongsikan rahsia bagaimana buat warna inai lebih pekat serta tahan lama.
Kini pemakaian inai mula mendapat inovasi dan cara penggunaannya lebih mudah sehinggakan ia boleh dipakai sendiri tanpa memerlukan bantuan dari individu lain. Malah inai semakin popular di kalangan wanita sebagai penghias kuku di samping merawat kuku agar lebih kuat dan cantik.
Lain Orang, Lain Hasil Warna Inai
Sebenarnya reaksi inai terhadap badan seseorang adalah berbeza dengan yang lainnya. Ini kerana warna yang dihasilkan inai akan dipengaruhi oleh suhu tubuh, jenis kulit, cuaca semasa dan tempoh pemakaian inai tersebut.
Cara Buat Warna Inai Lebih Pekat
Warna kulit juga sedikit sebanyak mempengaruhi hasil warna inai. Sebagai contoh, lebih gelap warna kulit seseorang, lebih pekat warna inai yang akan terhasil.
Bagi mereka yang berkulit putih atau lebih cerah, sila campurkan beberapa titis minyak pati (essential oil) dalam adunan inai anda:-
Minyak Kayu Putih (paling berkesan)
Minyak Angin (tak kisah jenama apa pun)
Minyak Pati Lavender
Minyak Zaitun
Jika tak mahu campurkan minyak pati dalam pes campuran inai, anda boleh titiskan ia kemudian. Titiskan pada jari dan kuku setelah kawasan tersebut diselaputi pes inai. Biarkan ia meresap sehingga inai mengering dan merekah.
Cara lain membuatkan warna inai lebih pekat adalah dengan mencampurkan sedikit jus asam limau nipis ke dalam pes campurna inai kerana kandungan asidik tersebut akan bantu menghasilkan warna yang lebih terang dan menarik.
Cara Buat Inai Tahan Lama Di Kulit dan Kuku
1. Sebelum pakai inai oleskan secara nipis minyak sayuran (minyak jagung, minyak zaitun, minyak canola) pada keseluruhan bahagian tangan yang akan dipakaikan inai.
2. Setelah inai mengering, jangan gunakan air dan sabun untuk mencuci sisa inai pada jari dan permukaan tangan/kulit. Gantikan air dengan minyak untuk mencuci inai.
3. Kalau boleh, sila elak inai di kuku atau kulit terkena air buat beberapa jam selepas mencucinya dengan minyak sayuran tadi.
Patutlah Orang Dulu Ramai Cantik, Mereka Suka Mandi Sebelum Subuh

Pernah atau tidak anda melihat ibu bapa atau nenek datuk anda mandi sebelum subuh. Malah, mereka kerap mengamalkannya. Pernah tanya tak kenapa mereka mandi begitu awal sekali?
Tahukah anda, mandi pada awal pagi sekitar selepas subuh adalah yang paling terbaik. Banyak kelebihan mandi awal pagi, terutamanya untuk kesihatan badan kita. Macam tak percaya bukan? ini antara 6 sebabnya. Patutlah orang dulu nampak sihat dan cantik sahaja.
1. Melancarkan Peredaran Darah
Jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.
2. Kulit Lebih Lembut dan Halus Mulus
Jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi saja mengunakan air sejuk setiap pagi ia dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak dan kulit pula menjadi lebih lembut dan halus. Tak percaya, jom la cuba.
3. Meningkatkan Kesuburan
Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.
4. Mengurangkan Risiko Darah Tinggi
Untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.
5. Boleh mengurangkan Stress
Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik untuk anda menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat untuk mandi pagi sebelum subuh.
6. Meningkatkan Sel Darah Putih
Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.