Ramai wanita cenderung membuat rawatan wajah di spa atau berjumpa pakar kecantikan bagi mendapatkan kulit wajah idaman selain dapat mengatasi masalah lain.

Rata-ratanya yakin dan percaya rawatan di pusat kecantikan lebih berkesan dan mampu memberikan hasil seperti yang diidamkan walaupun terpaksa mengeluarkan belanja yang agak tinggi.

Dalam keterujaan menjalani pelbagai jenis rawatan khususnya untuk wajah, wanita seharusnya perlu bijak dalam memilih jenis rawatan dan produk digunakan kerana setiap individu mempunyai perbezaan jenis kulit dan masalah.

Hakikatnya, kecantikan diidamkan itu bukan hanya mampu diserlahkan selepas mendapatkan rawatan di spa kerana tanpa sedar, sesiapa saja boleh melakukan rawatan kecantikan sendiri dengan menggunakan bahan semula jadi di rumah.

Pisang umpamanya mempunyai banyak manfaat untuk melancarkan proses pencernaan makanan dan pada masa sama membantu mendapatkan kecantikan secara semula jadi.

Seperti yang diketahui umum, selain sesuai dijadikan sebagai pencuci mulut, pisang mempunyai banyak khasiat dan kebaikan tersendiri terutama untuk kecantikan.

Kaya dengan vitamin B, C, B6, magnesium, zat besi dan kalsium, pisang terbukti dapat membantu dalam proses merawat wajah secara semula jadi.

Kulit Pisang Buat Kulit Jadi Bersih Dan Cerah

Selain untuk kecantikan, pisang mempunyai 1,001 khasiat untuk kesihatan iaitu sebagai sumber tenaga, menurunkan berat badan, mengurangkan rasa senggugut, menangani masalah sembelit, mengatasi rasa gatal akibat gigitan nyamuk dan meningkat emosi gembira.

Belanja untuk membeli buah tropika ini juga tidak mahal dan pada kos yang rendah dan mudah didapati, pisang boleh dijadikan sebagai bahan terbaik untuk kekal cantik dengan kaedah selamat. Antara kaedah rawatan kecantikan menggunakan pisang yang boleh dilakukan sendiri di rumah ialah:

IKLAN

1. Atasi kulit berminyak

Pisang mampu membersih kekotoran yang membantu menyingkirkan sebum berlebihan pada permukaan kulit. Ia turut mengandungi kalsium, vitamin E dan C yang melembapkan kulit supaya bersih berseri.

Jika anda mengalami masalah kulit berminyak, gunakan topeng muka pisang dengan jus lemon dan madu. Lumatkan pisang masak dan campurkan dengan satu sudu madu dan setengah sudu teh jus lemon untuk membuat topeng muka. Kemudian bersihkan dengan kain basah atau air sejuk.

Kulit Pisang Buat Kulit Jadi Bersih Dan Cerah

2. Menanggalkan sel kulit mati

Pisang mampu menanggalkan sel mati pada permukaan kulit secara perlahan-lahan. Caranya, campurkan pisang, minyak kelapa dan oat. Oat mempunyai tekstur kasar yang mampu menanggalkan sel kulit mati berlebihan pada permukaan kulit. Selain itu, kandungan isi pisang yang mempunyai 75 peratus air mampu mengatasi dehidrasi di samping menyihatkan kulit.

3. Rawat mata bengkak

IKLAN

Memakan pisang juga mampu membantu mengurangkan bengkak mata kerana ia kaya dengan kalsium. Bahagian dalam kulit pisang mampu menyejukkan dan mengurangkan kemerahan serta bengkak mata. Letakkan kulit pisang ke atas kelopak mata dan rehat selama 10 hingga 15 minit. Kemudian basuh dengan air sejuk.

4. Melicinkan tumit kaki kasar

Sekiranya tumit anda kasar, manjakan kaki anda dengan lulur pisang khas. Ia bertujuan melembutkan dan melicinkan bahagian berkenaan. Selepas merendam kaki di dalam air limau suam, urut menggunakan dua atau tiga pisang yang dilecek ke kaki anda. Kemudian, bilas dengan air suam.

5. Pupur muka untuk jerawat

Pisang masak dikatakan mampu merawat jerawat pada wajah dengan menyapukan pupur pisang pada muka. Caranya kisar pisang hingga halus dan lumurkan pada muka. Biarkan beberapa minit sebelum dibersihkan. Kaedah ini dipercayai berkesan dan memberikan hasil yang baik. Perlu diingat, rawatan ini harus dilakukan selama beberapa hari sehingga jerawat kering

6. Kuatkan akar rambut

IKLAN

Pisang mengandungi vitamin dan mineral berkhasiat yang mampu melembapkan kulit kepala, selain melembutkan rambut kasar. Pisang mempunyai emolien yang baik untuk menjaga kesihatan rambut. Sama seperti vitamin dan mineral, emolien juga menguatkan akar rambut.

7. Memudarkan parut

Sama ada parut jerawat, tanda penuaan atau tompok gelap pada wajah, ia boleh dipudarkan menggunakan pisang lenyek. Caranya juga mudah, hanya sapukan pisang yang dilenyekkan pada wajah sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

Kulit Pisang Buat Kulit Jadi Bersih Dan Cerah

8. Manfaatkan kulit pisang

Kulit pisang juga boleh dijadikan bahan penting dalam menjaga kecantikan. Ia boleh digunakan untuk menghilangkan tanda kekuningan pada gigi, meredakan lebam dan mencerahkan kulit.

Untuk memutihkan gigi, gosokkan kulit pisang selama seminit pada gigi anda setiap hari. Cuba sekurang-kurangnya seminggu untuk melihat hasilnya.

Kulit pisang juga boleh digunakan untuk mengurangkan kesan lebam. Selain menggosok kulit pisang pada bahagian yang lebam, anda juga boleh melekatkannya di situ dan biarkan semalaman. Boleh juga sapukan bahagian lebam itu dengan pisang lenyek.

Gunakan kulit pisang untuk mencerahkan wajah. Menggosokkan seluruh wajah dengan kulit pisang membantu mengekalkan keserian wajah. Cuba lakukan selama sebulan untuk kesan yang lebih baik.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI