Tahukah anda, selain mengandungi kandungan vitamin yang diperlukan untuk tubuh, buah ini mempunyai zat yang sangat tinggi dan kandungan gizi yang baik jika dibandingkan dengan epal atau buah-buahan yang lain.
Ia juga diperkaya dengan mineral seperti magnesium, kalium, zat besi, kalsium dan fosforus. Tambahan lagi, pisang mengandungi vitamin C, B kompleks, B6 dan serotonin yang bertindak aktif sebagai neurotransmitter untuk melancarkan fungsi otak.
Apa yang menarik ialah menggunakan pisang dalam rutin kecantikan anda bukan saja dapat memberi keberkesanan yang ketara. Hakikatnya ia tidak mahal dan rejimnya mudah dilakukan di dalam keselesaan rumah anda!
Ini dia 8 manfaat pisang untuk kulit dan tubuh anda:
1. JERAWAT DEGIL
Menurut satu kajian, kulit pisang mengandungi pelbagai khasiat dan nutrisinya dapat menenangkan kulit yang meradang selain mengurangkan jerawat yang tidak menentu.
Tidak sukar untuk merawat kulit menggunakan kulit pisang. Caranya dengan menggosok kulit pisang pada kulit wajah. Lakukan perlahan-lahan dengan cara yang lembut. Selepas digosok rata, biarkan selama 10-15 minit sebelum bilas dengan air. Untuk lebih berkesan, lakukan cara ini dua kali sehari dan lihat perubahannya.
2. HILANGKAN KEDUTAN
Seperti merawat jerawat degil, untuk pudarkan kedutan pada wajah, anda perlu gosok kulit pisang pada kulit dan biarkan semalaman. Jika tidak selesa dan rasa lekit, anda boleh biarkannya anggaran 30–45 minit. Kemudian cuci bersih dan ulangi cara ini sekurang-kurangnya 2–3 kali seminggu untuk dapatkan kesan optimum.
3. KULIT CERAH & HALUS
Tampil cantik berkulit lembut dan sihat menjadi dambaan setiap individu, terutama wanita. Kandungan zat dalam pisang seperti vitamin B6, B, C, magnesium, kalsium, fosforus dan zat besi terbukti dapat meningkatkan lagi kecantikan kulit wajah anda.
Gunakan pisang sebagai bahan utama untuk membuat masker. Tak perlu belanja tinggi, dengan melakukan rutin ini dengan kerap, kulit anda akan tampil cerah, bersih dan putih. Bukan saja dapat mencerahkan kulit, tapi ia juga dapat membantu melembutkan kulit kasar dan kering.
Tidak sukar untuk membuat masker pisang, anda hanya perlu lenyek pisang sehingga halus dan campurkan satu sudu kecil madu, gaul rata. Selepas itu sapukan pada muka. Jika anda lakukan rutin ini secara kerap setiap minggu, hasilnya kulit akan lebih halus dan lembut!
4. TANGGALKAN SEL KULIT MATI
Kulit kotor dan berminyak antaranya berpunca dari sel-sel kulit mati yang terjerat pada pori. Atasinya dengan buah pisang yang dapat membantu menghilangkan kulit mati. Ambil pisang dan hancurkan sehingga lumat dan halus. Kemudian oleskan pada wajah dan biarkan seketika hingga ia kering. Lepas itu, bilas bersih dengan air.
5. MEMUTIHKAN GIGI
Dengan menggunakan kulit pisang bahagian dalam, gosok pada gigi dengan gerakan memutar. Hasilnya senyuman akan tampil lebih menawan dengan gigi yang putih. Manfaat kulit pisang untuk memutihkan gigi dapat dilihat apabila anda mempraktikan rutin ini secara kerap untuk dua minggu atau lebih. Mudah dan hasilnya pasti memuaskan!
6. KULIT GATAL & RUAM
Ambil kulit pisang dan gosokkan pada bahagian kulit yang gatal atau merah. Hasilnya, kulit akan kembali halus dan mampu mengurang dan menghilangkan rasa gatal.
7. REDAKAN SAKIT KEPALA
Percaya atau tidak, kulit pisang boleh merawat sakit kepala. Bagaimana caranya? Mudah saja. Kisar kulit pisang dan kemudian tempelkan pada dahi atau kepala anda dengan kain. Biarkan antara 20–30 minit, atau sehingga sakit kepala anda reda dan hilang.
8. UBATI LUKA
Jika terdapat kecederaan luka pada kulit, ambil kulit pisang pada bahagian dalam dan gosokkan berulang kali. Pastikan anda menggunakan kulit pisang yang masih segar.
Semua petua kecantikan dan rawatan ini jelas mudah untuk dilakukan. Yang paling penting, ia juga murah. Selamat mencuba!
Sumber : nenggeulis
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI