Trending
  • 7
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    7
    Shares

Jika anda tergolong di kalangan suami yang sering kesempitan hidup, dikelilingi hutang dan rezeki seolah-olah tersekat, cuba renung-renungkan diri anda. Adakah anda sering menyakiti hati atau menzalimi isteri dan anak-anak? Jika ya, berubahlah dari sekarang!

Ketahuilah suami, doa isteri dan anak-anak memang ajaib. Dengan membahagiakan mereka, rezeki akan terus mengejar anda. Jika dua insan ini bahagia dan rasa bersyukur, seluruh keluarga akan rasa bahagia sekali gus membuatkan rezeki terus mencurah-curah.

Oleh itu wahai suami, selamilah perkongsian Ustaz Ebit Lew ini sebagai panduan anda untuk mengharungi kehidupan berumah tangga yang lebih bahagia, selain mengahdirkan rezeki yang melimpah-ruah.

Semalam pusing-pusing bazar Ramadhan niat dakwah dan rindu kampung. Lalu pasar malam ramai orang. Tengah berjalan. Ternampak seorang abang bersama isteri dan 3 orang anaknya. Dia sedang marah-marah isterinya. Menjerit perkataan kesat dan maki hamun isteri. Anak-anak semuanya di marah..depan ramai orang..sedih saya…

Saya cuma doa ya Allah hari pertama Ramadhan ini berilah hidayah pada abang ini untuk berubah. Dia baik tapi dia jahil. Beri dia sifat lemah lembut..tak sanggup tengok orang maki hamun dan malukan isteri dan anak-anak depan ramai orang macam tu..

Malam tadi sebaik sampai masjid. Masa nak turun kereta. Ada seorang abang ini sapa saya. Ustaz ebit lew ke? Kenal saya tak. Takkan tak kenal dah. Ko balik barapa hari. Sapa lak yer..puas pikir..rasa macam tak sebaya…dia lebih tua dari saya..dalam hati saya kata. Terima kaseh ya Allah kabulkan doa saya. Benarlah doa kita makbul bulan Ramadhan ini..

Ustaz pernah ceramah tempat saya di kl. Saya balik sekejap jer katanya..

Boleh saya nak tanya apa doa supaya rezeki mencurah-curah. Sebenarnya hidup saya sempit banyak hutang. Tak pernah cukup..kerja sendiri. Berniaga sikit-sikit…muka dia berubah. Dah lama buntu. Tak pernah cerita dengan sesiapa..

Saya tanya dia..ada mak ayah lagi tak?

Dah takde ustaz…

Selalu tak doakan mereka. Ziarah kubur mereka. Sedekah amalan buat mereka..

Abang ada berapa orang anak. Ada 3 ustaz. Sayangi isteri. Masuk rumah beri salam. Peluk keluarga. Itulah kuncinya. Doa isteri dan anak-anak abang penting. Allah yang bagi rezeki. Dia punya semuanya…

Dia terus kata. Tuler ustaz. Saya baran pada isteri dan anak-anak. Penyakit tu tak boleh buang lagi.

Betul abang. Penyakit kita tetapi kenapa nak sakitkan isteri dan anak-anak..Itulah sebab utamanya abang. Walau isteri dan anak kita tak balas panas baran kita. Mereka sabar. Tapi Allah maha melihat. Dia bagi rezeki pun sentiasa sayang kita. Allah bagi amanah isteri anak anak. Supaya kita jaga mereka. Jangan sakiti mereka. Jangan jadikan mereka orang dizalimi. Doa mereka makbul. Doa ahli keluarga kita. Mungkin dia tak bantu berniaga. Tak bagi duit pada kita. Tak bagi idea. Tetapi doa mereka ajaib. Doa isteri dan anak-anak kita..

Ramai orang baik, rajin, tapi selalu sakitkan isteri dan anak-anak. Hari-hari kata anak bodoh, tak guna, degil…akhirnya semua doa itu kembali pada diri kita sendiri. Keluarga maksudnya bahagia, tempat perlindungan, cinta, hormat, tanggungjawab, jujur….jika rumahtangga jadi tempat marah, maki hamun, menyakiti…apa lagi yang tinggal..

Belajarlah sayangi mereka. Abang tunggulah. Tengoklah bagaimana rezeki abang lepas ni. Janji Allah rezeki dalam silaturrahim, solat, dan rajin berusaha…

Jangan Lupa Komen:

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: