Bila dengar pasal teh hitam, janganlah takut. Sebenarnya kita selalu juga minum teh hitam ni tanpa kita sedar. Rasa teh hitam pun tak jauh beza dengan teh biasa. Cuma ia pekat dan sedikit pahit. Melalui beberapa kajian, teh hitam ini mempunya banyak kebaikan antaranya adalah untuk menuruskan badan. Mesti anda suka kan?

 

Sambil-sambil fokus untuk kuruskan badan, teh hitam juga sangat bagus untuk kesihatan. Jom kita baca apa kelebihan teh hitam ni.

 

Meningkatkan metabolism

IKLAN

Apabila teh hitam diambil secara konsisten dalam rutin harian, ia dapat meningkatkan metabolism. Ia mampu mengurangkan berat badan secara perlahan tanpa diet ketat dengan cara meningkatkan metabolism dalam tubuh sehingga berlakunya pembakaran lemak dengan lebih efektif.

 

Membakar kalori

IKLAN

Jika anda menjadikan teh hitam dalam rutin harian untuk menggantikan minuman berkalori tinggi seperti soda atau minuman manis, teh hitam ini mampu membakar kalori dengan baik.

 

Detoks

IKLAN

Jika anda adalah orang yang suka atau sedang mengamalkan diet detoks, teh hitam juga mampu memberikan detoks yang anda inginkan. Anda sendiri boleh merasai kesannya selepas pengambilan teh hitam apabila kerap ke tandas untuk membuang air kecil. Kesannya perlahan tetapi konsisten!

 

Kawal nafsu makan

Sediakan teh hitam disebelah meja anda. setiap kali terasa ingin mengunyah kudapan, minumlah teh hitam yang telah disediakan itu. Sekat terus makanan yang boleh menambah kalori ia juga mampu menyekat selera untuk kesan yang lebih ketara.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI