Bukan setakat pelajaran tinggi, malah ramai di antara wanita zaman sekarang ini kerjayanya mantap, gaji pun tinggi, kerja bagus dan sebagainya. Hal ini membuatkan wanita zaman sekarang sangat berdikari dan mempunyai kemampuan dari segi ekonomi.

Bagaimanapun, bila disebut bab jodoh, kaum wanita yang mempunyai kedudukan tinggi ini mempunyai sedikit masalah. Mereka perlu mendapatkan suami yang mempunyai kedudukan yang setaraf.

Apabila cuba disunting oleh lelaki yang berkedudukan lebih rendah, ada yang anggap wanita ini merendahkan martabat mereka.

Selain itu, masyarakat kita juga meletakkan harga duit hantaran mengikut status seseorang wanita. Lebih tinggi kedudukan wanita itu, lebih tinggi duit hantarannya. Paling busuk, minta duit hantaran sampai RM30,000. Fuhh…..

PERSOALANNYA, PERLUKAH SEMUA INI? DUIT HANTARAN IKUT STATUS WANITA?

Lagi Tinggi Level Pelajaran Wanita, Lagi Tinggi Hantaran Dia Minta

IKLAN

1. PERMUDAHKAN URUSAN

Jika wanita tersebut redha menerima pinangan lelaki yang berkedudukan lebih rendah ataupun kurang berkemampuan, maka terimalah nilai duit hantaran yang mampu diberi oleh lelaki tersebut.
Jangan pula diminta luar daripada kemampuan si lelaki.
Ibu bapa jaganlah menekan pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga.
Anak perempuan sudah redha, apa kata kali ini ibu bapa juga permudahkan urusan anak.

2. ANGGAP IA SEBAGAI HADIAH

IKLAN

Anggaplah duit hantaran itu sebagai hadiah daripada pihak lelaki pada pihak perempuan.
Konsep hadiah ialah pemberian, bukan diminta.
Jadi, berapa yang sanggup diberi oleh pihak lelaki, maka terimalah nilai itu.
Bagimanapun, pihak lelaki juga haruslah memberikan nilai yang munasabah dan bukannya mengambil kesempatan.

3. BANYAK BERSABAR
Status wanita sedikit sebanyak mempengaruhi pandangan orang ramai. Misalnya, wanita itu bekerja sebagai pensyarah di universiti, dan lelaki pula bekerja sebagai penghantar barang (runner).
Sudah pasti jurang ini akan diperkatakan oleh saudara mara dan orang ramai.
Jadi, bagi pasangan yang menghadapi masalah ini, banyakkan bersabar.

Lagi Tinggi Level Pelajaran Wanita, Lagi Tinggi Hantaran Dia Minta

IKLAN

4. MAS KAHWIN ITU YANG MUSTAHAK
Jangan tangguh terlalu lama niat hendak kahwin hanya sebab harga hantaran yang terlalu tinggi.
Permudahkanlah urusan perkahwinan.
Apa yang penting itu adalah mas kahwin, dan duit hantran itu hanyalah sebagai pelengkap.

5. LELAKI WAJIB BERI NAFKAH
Perkahwinan dengan lelaki yang setaraf dinamakan sekufu.
Bagaimanapun, jika wanita itu redha dengan kekurangan bakal suaminya, hal ini tidak boleh diambil kira selagi lelaki itu bersedia memberikan nafkah semampu yang dia boleh.
Walaupun wanita itu mempunyai kemampuan ekonomi yang kukuh, lelaki masih wajib menyediakan segala keperluan dan nafkah buat isteri.

6. UBAH PERSEPSI
Dinasihatkan agar semua mengubah pandangan serong terhadap wanita yang berkahwin dengan lelaki yang tidak sama kedudukannya.
Sudah ditakdirkan jodoh mereka untuk bersama. Setiap yang terjadi itu pasti ada hikmahnya.
Ingatlah, setiap orang mempunyai rezeki masing-masing. Siapalah kita untuk menentukan hak hidup sesorang itu. Apa yang lebih baik, kita berdoa agar pasangan itu kekal bahagia dan dimurahkan rezeki.

SUMBER : BUMBUMCAK

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI