Buat anda yang tercari-cari lokasi percutian dan bulan madu yang di kelilingi alam semula jadi dengan konsep glamping (glamour camping/perkhemahan glamor) , Tiarasa Escapes bakal memenuhi impian anda. Jauh dari kesibukan kota, tenang dan mendamaikan jiwa kala bertandang ke sini dan merasai pengalaman bersatu dengan alam semula jadi. Hanya kedengaran bunyi cengkerik, katak dan desiran air sungai yang mengalun indah. Tatkala malam dan pagi suasana dingin membaluti diri dengan kabus menerjah di sebalik bukit bukau di persekitaran resort ini.
Resort semula jadi milik penerbit dan pengarah, Puan Sri Tiara Jacquelina ini sangat bermakna buat diri beliau. Hampir setiap perincian yang diilhamkan pada resort ini mendapat sentuhan peribadi dari beliau sendiri. Minatnya yang mendalam dalam hiasan dalaman serta pengalaman berkunjung ke luar negara banyak memberikan beliau idea dalam mencetuskan resort berkonsep glamping ini. Malah imbauan kenangan semasa kecil turut di ekspresi pada suasana resort ini.
Penginapan Istimewa Tiarasa Escapes
Resort yang terletak di Janda Baik, Pahang ini berjarak hanya sejauh 57 kilometer dari Petaling Jaya. Di sini terdapat deretan 20 khemah vila safari dengan suntikan era White Rajah. Ruang dalaman khemah menghadirkan aura etnik chic dengan kemasan berkualiti daripada sentuhan peribadi pemiliknya. Kelihatan elemen fabrik Pua Kumbu dan artifak tradisional menghiasi ruang dalaman khemah.
Selain dirian khemah vila, terdapat lima treetop villa inspirasi zaman kanak-kanak iaitu rumah di atas pokok. Villa ini dilengkapi dengan ruang beranda yang luas serta menampilkan gaya boho chic dan Coacahella vibe.
Terdapat tiga vila yang mempunyai cerita tersendiri tentang perjalanan peribadi dan minat pemiliknya iaitu The Maui Treehouse, The Lion Sands Tent dan The Marrakech Tent.
Ads
Aktiviti
Ads
Menurut Puan Sri Tiara, di sini adalah tempat yang sesuai untuk melarikan diri untuk bermimpi di tepi sungai, mencari inspirasi di sebalik kecantikan alam. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah Nature Walks dan Birdwatching. Di keluasan tanah tujuh ekar ini anda dapat menyaksikan spesies burung seperti Hornbill, helang dan lain-lain menggunakan binokular. Kelihatan juga spesies pepatung pelbagai warna dan pokok buah-buahan tempatan di sekitar resort ini. Bagi mereka yang khuatir akan keperluan asas di tengah-tengah hutan, jangan risau, segalanya telah disediakan mengikut keperluan anda
Suasana malam anda tidak berakhir di kamar sahaja. Selesai makan malam, anda boleh menyaksikan wayang pacak. Tidak kurang dengan kerusi disediakan malah turut di bentang tikar untuk keselesaan ketika menonton sambil berbaring dan mulut leka mengunyah kekacang yang disediakan.
Ads
Piknik di tepi sungai
Anda juga boleh berpiknik santai di tepi Sungai Enderong dengan pilihan makanan tempatan seperti cekodok pisang, goreng pisang dan keledek goreng. Seleksi makanan sihat juga boleh disediakan bergantung pada cita rasa anda. Picnia Tea disediakan dalam mangkuk bertingkat , pinggan dan cawan berkonsep camping.
Uniknya sarapan di resort ini disediakan di dalam bakul yang dihantar ke bilik tetamu. Di dalam bakul tersebut tersedia nasi lemak , granola atau cereal, air jus dan juga susu segar.
Ternyata berada di sini buat anda lupa seketika kesibukan yang melanda dan panorama semula jadinya mencipta magis yang tersendiri dan meninggalkan memori yang abadi.
Buat mereka yang dahagakan suasana alam yang segar Tiarasa Escapes adalah destinasi wajib untuk mencuba pengalaman tinggal di dalam dusun yang lapang, berangin dan pemandangan bukit yang memukau.
Foto : Tiarasa Escapes
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pulut kuning begitu sinonim dengan majlis perkahwinan dan pertunangan kerana ia sering dijadikan hantaran. Pulut kuning dihias serba indah dengan hiasan gubahan sayuran yang segar dan diselitkan dengan telor puyuh serta lapisan serunding daging atau ikan bersama pulut yang lemak manis rasanya.
Sempena pameran perkahwinan yang berlangsung dari 1 hingga 18 Oktober di ruang legar, SACC Mall, Shah Alam berlangsung Pertandingan Menghias Pulut Kuning dengan tema Pengantin Raja Sehari.
Pertandingan ini disertai oleh enam orang peserta. Keperluan yang mereka perlu adakan ialah pulut kuning seberat 1kg dan bahan-bahan hiasan.
Masing-masing menonjolkan kepakaran yang tersendiri dalam menggubah pulut kuning agar tampil menarik.
Markah diadili bukan hanya dengan melihat rupa malah tekstur dan rasa juga diambil kira. Makanan haruslah mempunyai rasa yang sesuai dan cukup perasanya iaitu sebanyak 30%.
Selain itu persembahan makanan turut mengambil kira di mana makanan perlu bersih, menarik dan praktikal. Hiasan yang digunakan perlu bersesuaian dengan makanan dan 25% diberikan.
Markah juga diberikan kepada kombinasi, kesederhanaan dan keaslian iaitu sebanyak 25%. 20% diberikan untuk markah keseluruhan.
Penjurian dilakukan oleh barisan juri profesional iaitu Puan Ezatul Nazura Baba CEO dari Wangi World, Puan Mariam Shukor Editor Pesona Pengantin dan Puan Elina Kamarudin dari Majalah RASA.
Puan Norkamisah berjaya menggondol tempat pertama dengan hasil kreativiti yang ditonjolkan dan membawa pulang wang tunai RM300 serta hamper. Manakala tempat kedua jatuh kepada Puan Norlida Ahmad dengan hadiah wang tunai RM200 juga hamper. Satu-satunya peserta lelaki Mohamad Faizal mendapat tempat ketiga dengan hadiah RM100 serta hamper.
Ternyata semua peserta mempunyai kreativiti yang tersendiri. Setiap peserta diberikan sijil penyertaan oleh pihak penganjur iaitu Butik Jedan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bedak merupakan salah satu alat kecantikkan yang wajib ada dalam handbag wanita. Kalau tiada bedak rasa macam tak lengkap lah rutin kecantikkan kita. Kalau dilihat pada masa sekarang memang banyak jenis bedak dan produk yag jual bedak muka ni.
Baru-baru ini Shalicious Empire Sdn Bhd telah mengadakan pelancaran produk terbaru iaitu BB Cushion bertujuan untuk mevariasikan lagi produk syarikat yang sedia ada yang terdiri daripada suplemen dan juga penjagaan kulit seiring dengan permintaan pasaran yang tinggi.
Yang paling menarik, mereka menyediakan produk pada harga mampu milik serta memberi kebaikan kepada pengguna! Memang bestlah.
Selain itu, Shalicious Empire Sdn Bhd telah membantu menghasilkan BB Cushion yang mempunyai 2 tona yang berbeza memenuhi permintaan di kalangan pengguna yang memiliki tona kulit yang berbeza.
Kebaikan BB Cushion ini adalah bagi menggalakkan individu yang ingin kelihatan cantik dalam masa yang singkat disamping merawat kulit seterusnya menampilkan kecantikan diri sendiri dengan penuh keyakinan.
Bakal pengantin patut cuba! Mudah sangat. Tepek-tepek je dah nampak kesannya.
Dari kiri : Penyanyi Andi bernadee bersama pengasas Shalicious, Pn. Sha Hasan dan suami
BB Cushion kini boleh didapati menerusi agen, stokis serta ibu pejabat Shalicious pada harga RM77 sahaja.
Mengenai BB Cushion
Anti Aging
Hydrating
Perfect Cover
SPF 35++
Makeup Foundation – Tidak melekit dan kulit kekal lembut sepanjang hari
UV Protection – Hadir dengan SPF 35++ untuk melindungi kulit dari sinaran UV
Perfect Cover – Gabungan tekstur bedak dan cecair mengekalkan kelembapan wajah tanpa menyebabkan kulit kelihatan bercampuk
Anti Aging – Mengembalikan keanjalan dan kelembapan wajah – Melambatkan proses penuaan
Whitening & Repairing – Membantu menyamar cela, pori besar dan parut jerawat
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tular berita penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari bakal kahwin dengan jejaka yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini iaitu Tiko Wardhana.
Bunga Citra Lestari Bakal Kahwin
Tiko seorang duda dan Bunga dikatakan bakal disatukan sebagai suami isteri pada 2 Disember ini di sebuah hotel di Bali, Indonesia.
Perkara tersebut didedahkan oleh seorang petugas di pejabat agama dikenali sebagai Emma Fatmayani menerusi kenyataan di YouTube Indosiar pada Sabtu.
Namun Emma tidak dapat mengesahkan tarikh sebenar pernikahan pasangan tersebut kerana tidak mempunyai butiran lengkap mengenainya.
“Kalau tarikh pernikahan tidak ada pada kami namun Bunga sudah menyerahkan dokumen yang diperlukan termasuk sijil kematian suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair.
“Daripada pihak Tiko pula, mereka juga sudah menghantar beberapa dokumen dan surat pengesahan cerai… Jadi statusnya ialah duda bercerai hidup,” katanya.
Majlis Akan Di Buat Di Bali
Sementara itu, Ketua Rukun Tetangga di kawasan kediaman Tiko dikenali sebagai Mahmud juga memberitahu bahawa lelaki itu ada meminta surat untuk pernikahan di Bali.
“Kebetulan penduduk kami yang bernama Tiko meminta dibuatkan surat untuk menikah di Bali,” ujarnya.
Pada Mac lalu, Bunga yang berumur 40 tahun menjadi perhatian ramai apabila terlihat teruja menyambut ulang tahun kelahirannya bersama teman rapat.
Gelagat penyanyi lagu Wanita Terbahagia itu menarik tangan seorang lelaki yang dikenali sebagai Tiko yang berada di sisinya menjadi perhatian netizen.
Jadi Tanda Tanya
Kemesraan Bunga dengan lelaki berkenaan mencetuskan tanda tanya malah ada juga yang mendakwa itu merupakan teman lelaki penyanyi tersebut.
Untuk rekod, Bunga dan Ashraf mendirikan rumah tangga pada 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Noah Aidan. Kemudian Ashraf meninggal dunia pada Februari 2020 semasa tidur akibat serangan jantung.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...