Jika anda ingin memasuki ke rumah baru atau pindah rumah sama ada rumah sendiri atau sewa dan kosong, anda tidak digalakkan masuk begitu sahaja tanpa sebarang amalan atau doa yang telah diamalkan oleh orang-orang Islam.
Sebelum berpindah, anda perlu membuat persiapan yang sewajarnya dan banyak perkara penting yang perlu anda diambilkira dan harus disenaraikan sebelum pindah rumah. Sebolehnya kurangkan kos pemindahan dan cuba berjimat cermat agar perbelanjaan di rumah baru nanti masih lagi mencukupi.
Terkadang dek kerana teruja dan gembira apabila nak pindah ke rumah sendiri kita pasti akan lupa tentang pantang larang dan syarat-syarat untuk memasuki rumah baru yang akan kita duduki itu. Oleh itu, beringatlah sebelum sesuatu yang tidak mustahil akan berlaku kepada diri kita atau pun ahli keluarga.
Amalan dan Doa Pindah Rumah Baru
Berikut adalah tips dan panduan untuk masuk ke rumah baru yang akan anda duduki. Adab dan amalan serta doa semasa pindah rumah ini agar dapat mengingatkan sesama kita sewaktu ingin memindah rumah.
1. Laungan Azan
Adalah wajib melaungkan azan sewaktu pertama kali ingin masuk ke rumah baru. Tindakan ini adalah amat baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan atau tanpa tiada penghuni. Sebaiknya pilihlah tarikh, hari dan masa yang sesuai untuk berpindah masuk ke rumah itu dan elakkan pada waktu Maghrib.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis atau rumah) itu terlalu lama ditinggalkan kosong (tanpa penghuni) ia akan dimasuki oleh sejenis makhluk halus (jin yang dikenali sebagai Al-‘Ammar) yang suka tinggal di kawasan rumah yang tiada dihuni oleh manusia.
Ads
2. Bacaan Surah Al-Baqarah
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud; “Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.”
Selalunya di kalangan masyarakat kita adalah menjadi kebiasaan apabila masuk ke rumah baru kita hanya akan membaca Surah Yassin sahaja sepatutnya kita juga harus membaca Surah Al-Baqarah untuk masuk rumah atau bangunan baru.
3. Perbanyakkan Solat dan Mengaji Al-Quran
Ads
Dalam hadis yang lain pula, Rasulullah SAW juga menggalakkan kita agar memperbanyakkan solat dan juga membaca -ayat-ayat suci Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru yang akan kita duduki. Baginda juga bersabda yang bermaksud, “Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)
4. Baca Surah Yassin, Al Ikhlas dan Al Fatihah
Amalkan dengan membaca Surah Yassin pada setiap malam terutamanya pada tujuh malam yang pertama anda menduduki bangunan atau rumah berkenaan. Baca juga Surah Al-Fatihah sebanyak sekali, Surah Al-Ikhlas tiga kali, selawat ke atas Nabi sebanyak tujuh kali, Ayat Kursi sekali walau bagaimanapun pada ayat terakhir bacalah dengan berulang sebanyak tujuh kali.
Ads
5. Memagar Rumah Secara Islam
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut yang tertentu di bangunan atau dalam rumah yang diduduki itu dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memeliharakan keselamatan penghuninya, itu adalah perbuatan yang sangat bertentangan dengan ajaran agama Islam iaitu syirik.
Bagaimana pun terdapat beberapa cara yang dibolehkan dan turut digalakkan mengikut ajaran agama Islam. Caranya adalah dengan memagar rumah dengan merenjiskan air bacaan Yassin di sekeliling rumah bakal anda duduki itu.
Amalkan Panduan Berikut:
Ambil air dan kemudian bacakan Surah Al-Fatihah, Ayat Kursi, Surah 3 Qul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut secara perlahan-lahan sehingga habisnya nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan memulakan pada penjuru yang terletak di sebelah kanan dan seterusnya pula kepada penjuru yang berikutnya mengikut arah yang berlawanan dengan jarum jam.
Semoga perkongsian adab dan amalan pindah rumah dan doa masuk rumah baru ini akan membantu anda untuk menyelesaikan masalah anda yang anda cari. Amalkanlah dengan baik dan betul seperti yang disampaikan di atas agar tercapai apa yang anda inginkan. Semoga bermanfaat.
Sumber : Maklumat Media
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setelah menetapkan tarikh untuk majlis pernikahan, bakal pengantin pastinya sibuk menyiapkan dulang hantaran untuk diberikan buat si dia. Ambil masa dengan pasangan untuk duduk berbincang keperluaan barang yang mahu dibeli. Sebaiknya beli barang yang dia akan pakai dan suka, maka tidak wujudnya pembaziran di kemudian hari. Banyakkan berbincang supaya dapat selesaikan perkara ini segera.
Feyy Redzuan dari @susunbyfeyyredzuan berkongsi tip manfaat untuk bakal pengantin dalam menampilkan barang hantaran yang diberikan kelihatan ‘wow’.
1- Susunan bunga, dulang dan posisi barang sangat penting untuk memberi kesempurnan kepada sesebuah hantaran.
2- Pilihan barang untuk diletakkan pada hantaran juga penting. Jika tidak memilih barang yang sesuai, hantaran akan kelihatan tidak eksklusif
3-Pelamin dan busana pengantin mempunyai tema yang tersendiri, seperti juga hantaran perlu ada tema dan konsep supaya sesebuah hantaran itu menjadi menarik dan eksklusif.
4- Pilihan warna yang terang dan warna-warna yang lembut menjadi trend masa kini. Warna terang dapat menaikkan sesebuah hantaran itu.
5- Konsistensi amat penting bagi hantaran, jika tidak hantaran akan nampak tidak sama dan sekata dengan hantaran-hantaran yang lain.
6- Pilih bajet yang sesuai dengan kemampuan tetapi kelihatan eksklusif.
7- Jika membuat hantaran sendiri, perlu membeli bunga satu hari sebelum gubahan supaya bunga kelihatan segar pada hari yang digunakan nanti.
8- Kombinasi bunga besar, bunga sederhana, bunga kecil dan daun juga memainkan peranan besar bagi sesebuah hantaran untuk mendapatkan alunan dalam sesebuah hantaran. Tidaklah hantaran itu kelihatan mendatar dan sekata sahaja.
9- Perlu memilih saiz barang hantaran yang sesuai dengan tray dulang. Jika terlalu besar, hantaran akan menjadi padat dan tidak kemas.
10- Pastikan gubahan hantaran diletakkan dalam bilik berhawa dingin ataupun suhu bilik.
Kredit Foto: @luqmanhere
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dah nama pasangan bercinta, mesti anda ingin luangkan masa anda bersama si dia. Sehingga telefon juga tidak pernah terpisah lah daripada tangan anda. Tetapi ada pasang surutnya ketika bercinta.
Kalau boleh jangan luangkan terlalu banyak kerana dia mungkin bukan jodoh anda. Kita tidak tahu. Namun, jika anda masih mengenali pasangan anda, bagi perempuan elakkan daripada bertanya soalan yang kurang enak kepada si dia. Soalan apa? jom kita lihat di bawah ini.
1. Berapa banyak gaji you?
Elak daripada bertanya soal gaji kerana dia tentu fikir anda ingin mengawal hidupnya atau mata duitan.
2. Mak you baik tak? Garang tak?
Jangan ditanya tentang baik atau tidak ibu mereka. Anda juga pasti tak nak orang bercakap tentang ibu anda bukan?
3. Apa rancangan you lepas ini?
Soalan ini akan buat anda kelihatan seperti orang bodoh. Tentu dia ada perancangannya yang tersendiri.
4. I nampak gemuk tak?
Lelaki paling tidak suka perempuan tanya soalan ini! Bila si dia cakap anda kurus, tak nak percaya pula.
5. Ex-girlfriend you cantik tak?
Lelaki paling tak suka apabila ditanya tentang bekas kekasihnya.
6. Siapa lagi cantik, I ke ex-girlfriend you?
Lelaki tidak suka anda buat perbandingan di antara bekas kekasihnya. Kerana itu kisah lalunya.
7. You masih teringatkan ex you ke?
Jika si dia diam tak bermakna dia tengah teringatkan bekas kekasihnya. Mungkin ada perkara lain yang sedang difikirkan.
8. You pernah tengok video ‘porn’ tak?
Soalan ini memang tak patut ditanya oleh kaum wanita. Sama ada mereka pernah atau tidak, soalan itu sangat tidak sesuai untuk ditanya.
9. You bagi i duit belanja tak kalau kita kahwin nanti?
Lelaki akan angkat kaki bila wanita tanya soalan sebegini. Belum ada apa-apa ikatan lagi sudah ingin kawal semua benda.
10. Kalau I tak cantik, you sayang I lagi tak?
Ini soalan menjerat! Kalau lelaki itu bijak, dia akan menjawab ya. Tetapi kalau sebaliknya, anda faham-faham sahaja lah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai yang kata, lepas kahwin susah nak lepak dengan kawan macam zaman waktu bujang. Kena dapat lesen besar dulu, baru lepas.
Eh, silap tu! Ada syaratnya nak buat aktiviti macam biasa walau sudah berkahwin, jemput baca perkongsian saudara Angkol ini.
Nak Lepak Dengan Kawan
Sebenarnya tidak perlu pun selalu jaga hati bini, yang sepatutnya kita jaga ialah diri kita sendiri.
Ada yang tidak puas hati bila lepas kahwin tidak boleh layan hobi sendiri.
Tidak boleh keluar lepak dengan kawan-kawan.
Tidak boleh main bola dengan kawan-kawan.
Tidak boleh ride motor dengan kawan-kawan.
Tidak boleh turun mancing dengan kawan-kawan.
Tidak boleh bersukan sama kawan-kawan.
Sebenarnya ada saja laki yang masih teruskan hobi lepas berkeluarga.
Tetapi sebelum keluar rumah dia uruskan dulu apa yang lebih penting di rumah. Dia keluar bila sudah pastikan semua keperluan keluarga di rumah cukup. Dia keluar dengan kawan-kawan bila sudah laksanakan tanggung jawab di rumah.
Bila sudah buat semua ni, bini pun tidak makan hati dan marah lagi. Sebab semua benda di rumah sudah selesai kita buat.
Selesaikan Mana Patut Dulu, Baru ON
Kita tidak boleh utamakan semua aktiviti-aktiviti di luar sampai keluarga di rumah terabai. Kita tidak boleh utamakan kawan-kawan di luar sampai isteri minta tolong di rumah pun tidak boleh. Kita tidak boleh terlampau dahulukan minat sendiri, sampai kemahuan keluarga dan anak-anak di rumah tidak pernah bagi.
Sentiasa bahagikan masa aktivi di luar kita dengan keluarga di rumah.
Sentiasa ingat selagi suami masih melaksanakan tugas sebagai suami dengan baik, maka selagi itulah hati isteri dan keluarga terjaga dengan sendirinya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!