
Lelaki bila dah berkahwin, kawan yang betul sangat memainkan peranan. Walaupun berjumpa hanya beberapa kali dalam seminggu, ia turut mempengaruhi emosi anda sebagai lelaki. Ada kawan yang suka memberi motivasi dan ke arah kebaikan, tapi lebih menakutkan bila ada kawan yang suka mengajak ke arah perkara negatif. Ingat kawan kita adalah gambaran kita juga, suami orang pilihlah lingkungan persahabatan yang benar-benar sesuai dengan usia dan cara pemikiran anda.
Di sini perkongsian dari Firdaus Shakirin yang menyeru para suami bijak memilih rakan.
Lelaki bila dah kawin, tolong pilih kawan yg patut disimpan yang membawa kebaikan, simpan dan jaga baik2…yg tidak membawa kebaikan, maka jarakkan sedikit drpd terus berkawan dgn dia… Ini bukan utk org lain, ini adalah utk diri sendiri…
.
Perlu bersikap memilih sedikit selepas berumahtangga…sbb tak semua kawan tu memberi manfaat utk hubungan kita…
Ada kwn, dlm group wassup selalu share porno…
Ada kwn, bila berjumpa selalu tunjuk gambar perempuan seksi, lawa dan muda…
Ada kwn, bila bersembang selalu cerita cara nak tambah lagi…
Ada kwn, ajak ride ke sempadan utk buat benda yg tak ketahuan…
.
Bila kita xnak, bila kita bangkang atau tak sependapat dgn dirinya, dia kata kita ni takut bini, kena nasi kangkang dgn bini, kena rantai dan sebagainya… Elok dijauhi kawan2 yg berperangai sebegini…yg ajak melepak tak kira masa, yg ajak keluar saja2, yg ajar cara nk menipu dan bagi jalan utk buat kemaksiatan serta yg nak kita tundukkan isteri utk buat apa saja yg kita suka…
Kita bukan lagi bujang…dia pun sama…
Kita dah ada keluarga dan setiap perbuatan serta tindak tanduk kita perlu pkir utk keluarga dahulu sbb keutamaan lelaki bila dah berumahtangga ialah mendahulukan tanggungjawab dan kewajipan dia…

.
Bukan boleh buat ikut suka mcm bujang dlu…
Berhati-hatilah dlm berkawan, tak semua kawan tu kawan yg berkualiti utk kita terus simpan…klu kita tetap terus berkawan, lama2 kita mgkin akan kehilangan pasangan…
Renung-renungkan..
Mahram Seorang Wanita, Perlu Tahu Batasan Aurat Selepas Kahwin

Mahram bagi wanita adalah mereka yang boleh memandangnya, berdua dengannya, melakukan safar (perjalanan) bersama, diharamkan bernikah dengannya untuk selamanya dengan sebab fitrah yang menjadikannya mahram.
Siapakah Mahram yang dibolehkan menampakkan sebahagian aurat kepadanya dan diharamkan berkahwin dengannya?
Allah s.w.t berfirman:
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan (menjaga) pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan (memanjangkan) kain tudung (khimar) ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera (anak-anak lelaki) mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung”.” (Surah An-Nuur, 24:31)

Dalam ayat ini Allah s.w.t menjelaskan bolehnya mahram melihat bahagian perhiasan (aurat tertentu) dari tubuh wanita.
“…dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau…”
Di antara hikmah bolehnya wanita tidak menutup bahagian aurat tertentu di hadapan mahram adalah bagi memudahkan pelbagai urusan mereka. Di mana antaranya mereka sentiasa berada bersama bercampur–baur di dalam rumah yang sama.
Daripada ayat tersebut, Allah s.w.t memulakannya berdasarkan turutan berikut:
1. Suami.
2. Bapa, termasuk datuk. Termasuk datuk dari pihak ibu.
3. Bapa suami (bapa mertua).
4. Anak-anak mereka dan anak-anak suami mereka. Termasuklah cucu dan seterusnya.
5. Saudara secara mutlak, sama ada saudara kandung (adik-beradik), saudara se-bapa, saudara se-ibu, dan seterusnya ke bawah.
6. Anak-anak saudara lelaki (anak saudara) dan anak-anak saudara perempuan.
7. Pakcik dari pihak ayah atau dari pihak ibu. Mereka termasuk di dalam cakupan mahram, walaupun tidak termasuk di dalam ayat tersebut.

Terdapat sebahagian ulama menyatakan bahawa pakcik dari pihak ayah atau dari pihak ibu tidak termasuk mahram yang dibolehkan untuk tidak menutup aurat. Ini adalah berdasarkan daripada atsar yang diriwayatkan oleh Ibnul Mundzir dari ‘Ikrimah ketika menafsirkan ayat 31 dari surah an-Nuur, Ia (‘Ikrimah) berkata, “Pada ayat ini Allah tidak menyebutkan pak cik dari pihak bapa atau pak cik dari pihak ibu. Kerana hukum pakcik dari pihak bapa atau pakcik dari pihak ibu mengikuti putera-putera pak cik mereka (sepupu). Dengan demikian, mereka tidak boleh melepaskan khimar (tudung) ketika berhadapan dengan pakcik dari pihak bapa atau pakcik dari pihak ibu.” (Ibnu Abi Syaibah, al-Mushannaf, 4/338. Lihat: Tafsir Ibnu Katsir)
Namun, (lebih tepat) kebanyakan ulama berpendapat bahawa mereka (Pakcik dari pihak ayah atau dari pihak ibu) adalah sama hukumnya dengan mahram yang lainnya dengan berdalilkan hadith dari Aisyah r.a: “Bahawasanya Aflah, saudara Abul Qu’ais (iaitu pak cik sepersusuannya) datang meminta izin untuk menziarahinya (menemuinya) setelah diturunkan ayat Hijab. Aisyah r.a berkata, “Aku tidak mengizinkannya”. Ketika Rasulullah s.a.w datang, aku menceritakan apa yang telah aku lakukan. Ternyata beliau menyuruhku supaya mengizinkannya menemuiku.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
8. Mahram kerana sepersusuan juga tidak disebutkan melalui ayat terebut. Namun, para ulama berhujjah dengan hadith dari Aisyah tadi dan bersepakat bahawasanya mereka sama seperti mahram yang lainnya.
9. Mereka yang diharamkan bernikah dengannya untuk selamanya seperti ibu/bapa kepada suami/isteri dan suami kepada ibu mereka (iaitu suami kepada ibu yang telah bersetubuh dengan ibu).
Mahram Sementara Yang Diharamkan Berkahwin Dengannya (Namun tidak semestinya boleh menampakkan aurat kepadanya)
Allah s.w.t berfirman:
“Diharamkan atas kamu (mengahwini) ibu-ibumu, anak-anakmu yang perempuan, saudara-saudaramu yang perempuan, saudara-saudara bapamu yang perempuan, saudara-saudara ibumu yang perempuan, anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang laki-laki, anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang perempuan, ibu-ibumu yang menyusui kamu, saudara perempuan sepersusuan, ibu-ibu isterimu (mertua), anak-anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan isterimu itu (dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu mengawininya; (dan diharamkan bagimu) isteri-isteri anak kandungmu (menantu), dan menghimpunkan (dalam perkawinan) dua perempuan yang bersaudara, kecuali yang telah terjadi pada masa lampau; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. dan (diharamkan juga kamu mengawini) wanita yang bersuami, kecuali budak-budak yang kamu miliki (Allah telah menetapkan hukum itu) sebagai ketetapanNya atas kamu. Dan dihalalkan bagi kamu selain yang demikian (iaitu) mencari isteri-isteri dengan hartamu untuk dikawini bukan untuk berzina. Maka isteri-isteri yang telah kamu nikmati (campuri) di antara mereka, berikanlah kepada mereka maharnya (dengan sempurna), sebagai suatu kewajiban, dan tiadalah mengapa bagi kamu terhadap sesuatu yang kamu telah saling merelakannya, sesudah menentukan mahar itu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”(surah An-Nisaa’, 4:23-24)
Batasan Aurat Yang Boleh dilihat Oleh Mahram
Mahram boleh melihat sesuatu yang biasa nampak dari aurat seseorang wanita seperti anggota-anggota wuduk. Daripada Ibnu Umar r.a, ia berkata: “Dahulu kaum lelaki dan wanita pada zaman Nabi s.a.w melaksanakan wuduk secara bersama-sama.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Dapat difahami daripada peristiwa ini ia adalah khusus bagi para isteri dan mahram. Menurut Ibnul Jauzi: “Di dalam hadis tersebut terdapat suatu penjelasan yang menunjukkan bahawa seseorang lelaki boleh melihat anggota-anggota wuduk bagi mahramnya, demikian juga sebaliknya.” (Ibnul Jauzi, Jami’ Ahkam an-Nisaa’, 4/195)
Kesimpulannya, wanita dibenarkan tidak menutup di bahagian tertentu pada auratnya apabila berdepan dengan mahram. Dan wajib mengenakan penutupan aurat dengan sempurna kepada selain mahram iaitu kepada sebagaimana individu yang dijelaskan di atas.
Sumber – syahirul.com
Sekali Suami Mengungkit, Terasa Hati Tu Sampai Ke Dalam

Tipulah jika ada pasangan yang tidak pernah bergaduh disepanjang tempoh perkahwinan yang dibina bersama. Berjauh hati, bermasam muka, merajuk, berselisih faham adalah perkara lumrah yang biasa berlaku dalam perkongsian rumah tangga. Ia akan berlaku walaupun untuk sekali sekala.
Pergaduhan antara suami isteri kadangkala berlaku apabila perasaan tidak puas hati wujud, ataupun apabila salah seorang daripada mereka sedang memendam rasa terlalu lama. Justeru, komunikasi yang baik dan berterusan antara suami isteri adalah elemen paling penting untuk mengekalkan keutuhan rumah tangga yang dibina dengan cinta dan kasih sayang. Namun begitu, pergaduhan antara suami isteri merupakan situasi yang tidak dapat dielakkan lagi. Apabila hal ini berlaku, suami isteri dinasihatkan untuk menjaga batas-batas tertentu. Ini kerana pelanggaran “sempadan” tersebut akan menyebabkan pergaduhan menjadi semakin buruk.
AYAT SENSITIF & PANTANG LARANG SEMASA BERGADUH

Janganlah melampau-melampau ketika bergaduh. Disini saya ingin menyenaraikan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh suami isteri dalam kehidupan rumah tangga mereka, yang dinyatakan oleh Ustaz Dato Kazim Elias dalam bukunya, Duhai Wanita Permaisuri Hati. Ingat, ada lapan perkara apabila suami isteri bertengkar, jangan sesekali menyebutnya!
1. JANGAN MENYEBUT DAN MELIBATKAN IBU BAPANYA
Kita hanya bergaduh dengannya dan bukan dengan ibu bapanya. Maka jangan sesekali menyebut sesuatu yang boleh menghina ibu bapanya. Ucapan seperti. “Menyesal aku terima pinangan mak ayah hang dulu..” atau “Mak dengan anak serupa sahaja perangainya..” adalah antara ucapan yang sangat ditegah. Ucapan-ucapan seperti itu adalah suatu penghinaan terhadap pasangan kita dan ibu bapanya. Melibatkan ibu bapa dalam pergaduhan akan menyebabkan pasangan yang dihina ibu bapanya itu akan menjadi bertambah berang dan perkara yang lebih buruk mungkin terjadi.
2. JANGAN SESEKALI MENGUNGKIT SETIAP PEMBERIAN YANG KITA BERIKAN
Pasangan suami isteri yang diikat dengan ikatan pernikahan yang sah dan suci ini biasanya sudah bersatu hati untuk saling bekerjasama dan bantu-membantu dalam mengukuhkan rumah tangga yang dibina. Antaranya dengan menunjukkan kasih sayang dan memberikan barangan bersifat material kepada pasangan. Ada masanya kita belanja pasangan kita sepasang baju, memberi bunga atau apa-apa sahaja yang menggembirakan hatinya. Jadi jangan ungkit terhadap apa yang kita pernah berikan kepada pasangan.
Jangan sesekali katakan padanya, “saya belikan abang baju yang mahal dulu, itu pun tak reti nak jaga..” atau “Tak kenang budi, orang dah tolong banyak pun dia membebel lagi..” Perbuatan itu hanya akan mengguris perasaannya dan menunjukkan ketidakikhlasan kita ketika memberikannya dahulu. Perbuatan mengungkit juga hanya akan merugikan pahala kita.
3. JANGAN SEBUT KITA INGIN MENINGGALKANNYA
Gaduh-gaduh pun, janganlah sesekali kita berkata kepadanya bahawa inilah kali terakhir kita berjumpa dengannya dan selepas ini kita tidak mahu menemuinya lagi. Jangan cakap seperti itu. Ini seolah-olah kita sudah tidak mahukan pasangan kita lagi. Terguris hati pasangan jika mendengar kata-kata seperti, “kalau abang tahu sayang buat macam tu lagi, sayang tak akan jumpa abang lagi..” atau “Perangai awak ni buat saya nak kawin lagi sorang dengan orang lain tau tak?!..”.Jangan perbesarkan pergaduhan kita dengan kata-kata seperti ini.

4. JANGAN BERTENGKAR DEPAN ANAK-ANAK
Kalau pun kita tengah bergaduh, janganlah bertengkar dihadapan anak-anak. Bimbang ia akan menjadi contoh yang tidak baik kepada mereka. Ada suami yang mencengkam rambut isteri dihadapan anak-anak. Kemudian kepala isteri digoncang-goncang dan didera dengan pelbagai tindakan lagi. Jangan lakukan ini dihadapan anak-anak. Tapi tidak bermakna kita boleh lakukan secara sembunyi-sembunyi pula. Tindakan ini akan dilihat oleh anak-anak sehingga boleh membentuk persepsi dalam minda mereka bahawa semua lelaki itu jahat. Atau bila perempuan buat salah maka lelaki boleh berkasar dengannya. Bahkan, ia juga boleh mengganggu emosi anak-anak sehingga menyebabkan mereka fobia untuk berumahtangga kelak.
5. JANGAN MENGANGKAT TANGAN ATAU MEMEGANG SEBARANG OBJEK
Jangan sesekali kita mengangkat tangan untuk tujuan memukul isteri kita. Begitu juga dilarang menggunakan apa-apa objek untuk memukul, ia akan menambah keretakan rumahtangga, malah boleh menjadi kes dera tanpa kita sedar. Jika seorang suami suka mendera isteri, itu bermaksud dia bukanlah pasangan yang baik. Bahkan dia bukanlah pasangan yang kuat, kerana orang yang kuat adalah orang yang mampu manahan sabar. Sebagai ketua keluarga, kita kena pandai mengawal keadaan, bukannya menyumbang kepada hubungan yang makin teruk.

6. JANGAN SEBUT KEKURANGAN PASANGAN
Janganlah kita menghina isteri atau suami untuk apa tujuan sekalipun ketika bergaduh. Lebih-lebih lagi yang dihina itu adalah bahagiaan anggota tubuh badannya. Ini perkara sensitif buat pasangan. Sewaktu kita bersetuju bernikah dengannya, bermaksud kita juga setuju untuk menerima kekurangan yang ada pada dirinya. Walaupun kekurangan itu wujud selepas perkahwinan, kita harus menerima isteri seadaanya. Sentiasa ingatkan diri untuk mengawal lidah sewaktu bergaduh. Bak kata orang tua-tua, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
7. JANGAN TINGGIKAN SUARA SEHINGGA RAMAI ORANG DENGAR
Ketika bergaduh, jangan sesekali meninggikan suara dengan tujuan menengkingnya sehingga ramai yang boleh mendengar. Perbuatan itu hanya akan memalukan dan menjatuhkan maruahnya dihadapan semua orang. Lebih-lebih lagi ditempat awam. Jagalah maruah pasangan kita. Maruah dia, maruah kita juga. Ia ibarat membuka pekung dan kelemahan kita dalam hidup berumah tangga. Pasangan yang ditengking itu pasti akan terasa dengan kita. Bahkan akan menjatuhkan dirinya daripada kita.

8. JANGAN BERGADUH DALAM TEMPOH YANG LAMA
Jangan memanjang-manjangkan pergaduhan. Jangan lama-lama bertengkar, cukuplah hanya untuk sementara waktu. Sudah habis bergaduh, berdamailah. Kadang-kadang kita perlu buat tidak tahu sahaja yang kita baru bergaduh. Pujuklah pasangan kita dengan kata-kata yang menyejukkan jiwa. Memanjangkan pergaduhan tidak dapat mengubah keadaan. Sebaliknya dengan bertenang dan berdamai itu lebih baik untuk membaiki hubungan atau masalah yang menimpa pasangan. Maka, jangan kita sengaja merosakkan rumah tangga yang dibina dengan perbuatan yang melampau ketika bergaduh. Jangan juga kita hanya bergaduh semata-mata untuk mahukan perhatian daripada pasangan.
Wujudkan rumahtangga yang harmoni. Walaupun perkara ini adalah asam garam kehidupan rumah tangga, hendaklah kita mengawal emosi dan amarah kita. Jika kita mahukan anak yang sihat akhlak dan rohaninya, maka perkara ini sebenarnya bermula daripada kita sendiri, ibu bapa. Kerana anak-anak belajar dari pemerhatian kelakuan ibu bapa mereka.
Tak Sama Duit Belanja Hari-Hari Dengan Nafkah Untuk Bini

Banyak orang menganggap bahawa nafkah yang wajib diberikan seorang suami kepada isterinya adalah wang untuk mencukupi keperluan seharian, atau yang biasa disebut sebagai wang belanja.
Namun, tahukah kamu, ternyata nafkah isteri dan wang belanja adalah dua hal yang berbeza. Wang belanja berupa wang untuk memenuhi keperluan seharian seperti makan, membayar bil elektrik dan air, dan bayaran keperluan hidup lainnya. Sedangkan nafkah isteri adalah yang khusus yang diberikan suami kepada isterinya atau wang belanja untuk isteri
.
Rutin Sabtu & Ahad…
“Ayg, barang apa dah hbis? Nak beli ikan atau ayam ke? Jom abg bwk”
Setiap hujung minggu, mesti akan bwk wife beli brg2 keperluan yg dia nak…100% perbelanjaan ke atas brg2 tersebut dtg dari dompet suami…
Brg2 mkn baik mentah atau kering, itu tanggungjawab suami…ianya ada di bwh terma memberi makan dan minum kpd isteri dan anak2…
Bwk bli ikan, ayam, sayur, buah…apa yg dia senaraikan, kita yg jd suami kena beli…
Semua tu bukan masuk perut dia dan anak2 sahaja, masuk perut kita jgak…klu bagi RM100 utk dia beli, make sure RM100 tu hanya utk barangan yg dia nk beli…ada suami bagi RM100, tapi dlm nilai tu jgak la minyak kereta, duit belanja anak sekolah dan lain-lain lagi…
Tinggal brapa baki yg isteri bleh guna…?
Klu selalu teman isteri beli brg2, kita akan tahu brapa harga brg…kadg2 nilai yg kita bagi tu sebenarnya tak mencukupi, tapi isteri ni bijak, dia adjust bagi cukup…ikan mahal dia xambik, dia ambik ikan biasa2…udang, sotong, ketam, mgkin minggu gaji saja bleh beli…time suami tgh bulan, dia x beli…
Mana ada isteri yg jenis tak pkir sebelum berbelanja…
Klu bagi RM50, dia belanja cara 50…bagi RM100, dia belanja cara 100…tak pesan suruh jimat pun, dia akan jimat…dia akan bagi balik duit lebih walaupun seringgit…
Esok Isnin…sebelum p keje, buka beg duit dia, letak 50…bukan duit utk beli brg lagi, tapi duit belanja…duit belanja ni 100% atas suami, berapa yg suami nk bagi…mgkin ada benda2 selain dr brg2 keperluan rumah yg dia nak beli…mgkin dia nk sggah kedai ECO lepas ambik anak sekolah…
Duit belanja dgn nafkah zahir xsama…
Mcm tu la cara hidup dlm alam rumahtangga…tanggungjawab adalah perkara utama drpd perkara2 yg lain…tunaikan semua ni dlu, bagi hak yg sepatutnya isteri dan anak2 dapat…selebihnya, Allah s.w.t yg akan mencukupkan rezeki si suami…
No doubt about it…
PPN : Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka.
SUMBER : Firdaus Shakirin
Gambar hiasan : Tangkap Pictures