Di dalam sesebuah perkahwinan, tiada satu pon alam rumahtangga yang tidak diuji. Pelbagai jenis ujian yang Allah turunkan buat kita sentiasa mengingatinya. Lelaki bernama Abu Hurairah Asifa kongsikan tip yang perlu kita praktikkan di dalam rumahtangga.

Dalam Rumahtangga, yang paling risau tentang semua sewa, bil api air, yuran tuisyen, barang dapur, barang mandi,

Semua isteri!

Dia takkan tenang dengan melihat telur yang tinggal 2 biji, sardin tinggal 1 tin kecil, beras segenggam tabah, ayam tinggal hati dan kaki.

Jadi, kalau isteri tak tenang dan selalu membebel tentang hal ni, tenang bro!

Tenang ok?

Jangan tendang kerusi lepas tu blah lepak mamak,
Jangan marah anak-anak yang tak tahu apa-apa,
Jangan juga sepak kaki kawan masa lawan futsal waktu maghrib.

Dalam ujian yang berat dan semakin menaik ni, Suami dan isteri perlu selalu bertenang. Kalau sorang hangin, sorang lagi kena dingin. Sorang panas, sorang lagi kena mengawal supaya tak rimas.

Pelan-pelan pegang tangan isteri, ajak dia duduk. Buatkan air pearl cafe, kalau takde, gi beli kat kedai runcit 1.30 sepeket. Kita minum air kosong dah la kalau bajet takde.

IKLAN

Jangan citer duit dulu. Jangan citer hal bil-bil. Jangan citer pampers susu.

Citer Allah, Cerita syukur. Cerita kita ni bahagia masih bersama. Citer walau pun perit dan sakit, kita ada rumah. Ada kereta. ada motor. ada basikal. Anak-anak sihat. Kita pun sihat. Cuit skit peha isteri, awak pun cantik je selalu. Lawak la skit. Jangan macam ceramah sangat.

Isteri akan diam. Dia diammmmmm je. Takpe, masa tu ajak isteri naik atas rehat. Baringkan dia. Tenangkan dia.

Ajarkan isteri doa ini. Dan kita doakan bersama. Pegang dada isteri,

‘ Jadikan hati kami seperti hati wali-wali Allah, yang tak pernah takut dan bimbang dengan hal-hal dunia’.

Lepas isteri tidur, giliran kita bro. Ni part kita.

IKLAN

Bercakaplah dengan Allah. Cakap kita ni suami, kena kuat. Goyang juga tengok Maybank2U ada sepuluh ringgit berbaki. Ngeri rasa. Luahkan semua pada Allah. Susun strategi. Esok apa kerja boleh buat. Atau esok niat nak buat baik banyak-banyak. Kalau manusia terhibur dengan kita, Allah akan hiburkan kita pula.

Kesusahan itu perlu. Untuk kita dapat rasa Hamba. Untuk kita merendah diri.

Biar kita begini hidupnya, tapi kita bahagia bro.

Selalu ajak isteri ingat Allah, insyaAllah tenang.

Seminggu disember ni, saya dah cuba. Saya bukan kerja tetap pun. Rezeki turun naik.

IKLAN

Cuma selalu ajak anak isteri solat awal, buat baik banyak-banyak, Utamakan keluarga dalam segala hal, kurangkan bergaduh dan bertekak, saling berlapang dada,

Alhamdulillah.

RM 2. 5 k seminggu ni. Bersih!

Baiki laptop dan handphone, ajar kompang, Isi slot kem motivasi, tolong kawan dan macam-macam lagi.

Selesai semua urusan dan bil. Tiada baki, tapi insyaAllah, esok andai Allah nak bagi, Kita usaha lagi hari ini.

Selamat berjuang Bro!

Lelaki kena berdarah!

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI