Jika dahulu hujung minggu sepanjang cuti persekolahan cukup sinonim dengan musim ‘kenduri kahwin’, namun kini trend itu bagaikan tidak relevan lagi.

Pelbagai faktor yang diambil kira oleh pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga dalam memilih tarikh untuk hari paling bersejarah dalam hidup mereka. Malahan, ada pasangan yang memilih padanan tarikh yang ‘cantik’ atau simbolik, bersesuaian dengan tarikh penting dalam hidup mereka. Tidak ketinggalan, ada juga yang menunggu masa yang sesuai untuk semua sanak-saudara dapat berkumpul. Buat pasangan yang bernikah hampir bulan puasa pula, Pak Utih kongsi tip khas buat pasangan yang baru bernikah.

KHAS BUAT PASANGAN YANG BAHARU BERNIKAH (BULAN REJAB DAN SYAABAN)

“Dihalalkan bagi kamu pada malam puasa bercampur kepada isteri kamu, mereka pakaian bagi kamu dan kamu adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu telah berkhianat kepada diri-diri kamu. Maka diampunkanNya kamu dan dimaafkanNya kamu. Maka sekarang campurilah mereka dan carilah apa yang telah ditentukan Allah buat kamu. Dan makan dan minumlah, sehingga berbeza bagi kamu tali putih dari tali hitam dari waktu fajar. Kemudian itu sempurnakanlah puasa sampai malam, dan jangan kamu mencampuri mereka padahal kamu sedang I’tikaf di dalam masjid-masjid. Itulah batas-batas Allah, maka janganlah kamu dekati akan dia. Demikianlah Allah telah menjelaskan perintah-perintahNya kepada manusia, supaya mereka bertakwa” (Al Baqarah: 187)

Salah satu sebab turunnya ayat ini berkaitkan dengan kisah Saidina Umar Al Khattab as yang telah menyetubuhi isterinya setelah isterinya terjaga daripada tidur. Oleh kerana merasa ragu-ragu sama ada puasanya telah terbatal ataupun tidak, beliau telah merujuk kepada Rasulullah saw dan turunlah ayat 187 mengubah syarat berpuasa yang terdahulu.

Mengikut tafsir Ibnu Kathir, syarat berpuasa yang terdahulu hanya membenarkan seseorang itu makan, minum, dan bercampur dengan isterinya diantara waktu Maghrib dan Isyak sahaja. Betapa beratnya syarat berpuasa pada zaman dahulu berbanding dengan setelah turunnya ayat 187 ini.

IKLAN

Cabaran yang sedang dihadapi oleh pasangan muda suami isteri kebelakangan ini ialah memilih tarikh majlis perkahwinan mereka hampir sangat dengan bulan Ramadhan. Kalau zaman saya dulu, orang-orang tua kita akan berusaha mencari tarikh yang diistilahkan sebagai “pengapit raya”. Iaitu mana-mana tarikh di antara hari raya puasa dengan hari raya haji.

Seingat saya, memang tidak pernah dengar pasangan dahulu berkahwin pada tarikh yang hampir dengan bulan Ramadhan. Ini bertujuan untuk mengelakkan pasangan yang baru dapat “lesen memandu” itu terbabas memandu di siang hari.

Mudah-mudahan kekuatan iman dapat mengawal “steering kereta itu” semasa siang Ramadhan.

IKLAN

Di sini ada tip agar tidak terbabas:

1. Selepas sahur terutama sekali hari cuti atau hari minggu, jangan naik semula ke katil baring-baring. Keadaan ini amat merbahaya kerana perut sudah kenyang dan hormon testosteron lelaki sedang paras tertinggi. Mudah di hasut syaitan (walaupun syaitan sedang diikat).

2. Suami terus ke masjid atau surau. Dan jangan pulang awal. Jika ada kuliah subuh sila tunggu sampai selesai matahari naik paras dhuha.

IKLAN

3. Isteri pula, bila dengar suami dah pulang ke rumah dari surau, terus bangun tinggalkan katil. Buatlah kerja kemas mengemas atau basuh baju. Jangan masih terbaring atas katil walaupun diselubungi selimut.

4. Jika ingin bersembang pada siang hari, elakkan di atas katil.
5. Jangan ada niat nak membatalkan puasa dengan berbuka sebelum sengaja “terbabaskan kereta ke longkang” itu. Nilai satu hari puasa Ramadhan tidak sama dengan nikmat 30 minit itu dan diganti dengan hari-hari lain.

6. Bila suami dah mula nak “terbabas”, isterilah yang wajib mengingatkannya. Biasanya, minda lelaki pada waktu itu telah “tidak siuman”.

Nasihat Pak Utih… boleh share.
#pakutih
#mahligaikasih
#suamihensemisteriohsem