Dalam perhubungan perlunya tolak ansur dan saling memahami agar jalinan kebahagiaan kekal sehingga hujung nyawa. Buat kaum lelaki khususnya, sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin pastikan anda ubah dulu 5 tabiat ini. Secara tak langsung ia menjadi contoh yang baik buat anak-anak.

1.SOLAT
Kalau sekarang tak solat atau solat ikut kerajinan, maka mulai hari ini, jangan pernah tinggal solat dan sentiasalah solat di awal waktu… tapi kalau kita masih sama, masih bawa perangai solat ikut rajin atau tak solat langsung di dalam rumahtangga yang akan didirikan, maka rumahtangga tu tak akan dapat bertahan lama…sebab imamnya boleh meninggalkan Allah, apatah lagi manusia.

2.KERJA
Bila nak kahwin, pastikan anda dah ada kerja yang stabil, yang mana anda selesa di situ dan bakal berkhidmat di situ untuk satu tempoh yang tertentu…nak bela anak orang, nak jaga anak orang, kerja tak boleh ikut suka, tak boleh kerja sekejap, berhenti, pastu menganggur sehingga dapat kerja yang sesuai, yang ikut citarasa anda sendiri…tak boleh macam tu sbb kita ada anak bini untuk ditanggung dan disara dengan hasil gaji yang kita dapat setiap bulan…jadi, pastikan anda mempunyai kerja yang stabil dan pendapatan bulanan yang tetap dahulu.

IKLAN
Lelaki, Kalau Ada Niat Nak Kahwin UBAH Dulu 5 Tabiat Ini
Kredit Foto: Jentik Hati

3. PERANGAI BUJANG
Perangai bujang ni banyak kalau nak disenaraikan…merempit, melepak, keluar rumah ikut suka, balik rumah ikut suka dan sebagainya…maka kita perlu ubah semua ni, perlu ubah gaya hidup kita tu dengan bawak motor berhati-hati, kurangkan keluar melepak, keluar rumah pada masa-masa yang sesuai dan balik rumah sebelum tengah malam…didik diri untuk selesa dengan amalan macam tu supaya bila kita dah berkahwin, kita tak cenderung untuk buat perangai-perangai masa kita bujang dulu.

4.BELAJAR MENGEMAS
Jangan terus letak dalam minda yang kerja rumah adalah kerja isteri sahaja…kita sebagai lelaki juga perlu tahu untuk buat kerja-kerja rumah…perlu tahu cara menyapu sampah, mop lantai, kemas rumah, sidai baju, lipat baju dan sebagainya supaya bila kita dah berkahwin, kita masih boleh teruskan apa yang kita dah biasa buat, dah selalu buat tu…percayalah, ianya akan mengurangkan bebanan isteri sebanyak 50% dan lelaki nampak macho jika tahu untuk buat kerja-kerja rumah.

IKLAN

Lelaki, Kalau Ada Niat Nak Kahwin UBAH Dulu 5 Tabiat Ini5.BERHENTI JADI ‘BUAYA DARAT’
Sekarang, sebelum kahwin, mgkin kita mempunyai ramai kawan perempuan…semua kita keep in touch, berhubung berjumpa dan keluar dengan mereka atas nama “kawan”…tapi bila dah berkahwin, kita dah tak boleh keluar dengan perempuan walaupun dia itu seorang KAWAN SAHAJA sebab kita dah beristeri, dan tiada keperluan untuk kita ada kawan perempuan yang kita masih rapat lagi…kawan perempuan selepas berkahwin hanyalah si isteri seorang sahaja…anda dah perlu menjarakkan diri atau kurangkan berhubung saat anda bakal menjadi suami kepada seseorang.

Perkahwinan merupakan ikatan yang suci, yang menghalalkan hubungan antara seorang lelaki dan seorang perempuan. Perkahwinan bukan sekadar untuk memuaskan nafsu semata-mata tapi ianya merupakan 1 tanggungjawab dan 1 amanah untuk kita pikul, galas dan laksanakan sebagai seorang lelaki, suami, imam, pemimpin dan pembimbing kepada seorang perempuan yang diciptakan dari rusuk kiri kita yang bengkok, untuk diluruskan dalam kita menuju ke jalan yang diredhai Allah SWT.

IKLAN

Maka, ubah tabiat-tabiat yang dinyatakan jika kita ada niat utk mendirikan rumahtangga…

Kredit: Peguam Syarie Khidmat Masyarakat

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI