sekadar gambar hiasan

Suami adalah ketua keluarga dan bertanggungjawab mengemudi rumah tangga ke arah peraturan dan disiplin yang telah digariskan di dalam ajaran Islam.
Dalam perkahwinan, baik suami mahupun isteri mempunyai tanggungjawab masing-masing dalam menguruskan rumah tangga

Meskipun begitu, umum sudah tahu bahawa suami merupakan ketua keluarga dan pemimpin bagi isteri dan anak-anaknya. Firman Allah dalam surah an-Nisa’ ayat 34 bermaksud:

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan”.

Sehubungan dengan itu, agama Islam sendiri mewajibkan kepada para suami dan ketua keluarga ini untuk melaksanakan tanggungjawab mengemudi rumah tangga ke arah peraturan dan disiplin yang telah digariskan di dalam ajaran Islam.

Oleh yang demikian, seorang lelaki perlulah mempersiapkan dirinya dan mengubah beberapa tabiat yang mungkin dia sudah terbiasa ketika masih bujang sebelum mendirikan rumah tangga dan menjadi seorang suami.

Ikuti perkongsian yang dibuat oleh saudara Firdaus Shakirin berkenaan tabiat-tabiat yang perlu diubah, di bawah:

1. Solat.

IKLAN

Kalau sekrg ni tak solat atau solat ikut kerajinan, maka mulai hari ini, jgn pernah tggal solat dan sentiasalah solat diawal waktu…tp klu kita masih sama, masih bwk perangai solat ikut rajin atau tak solat langsung didlm rumahtangga yg akan didirikan, maka rumahtangga tu xkan dpt bertahan lama…sbb imamnya boleh meninggalkan Allah, apatah lagi manusia…

2. Kerja.

Bila nak kawin, pastikan anda dah ada keje yang stabil, yang mana anda selesa disitu dan bakal berkhidmat disitu untuk satu tempoh tertentu…nak bela anak orang, nak jaga anak orang, kerja tak boleh ikut suka, tak boleh kerja sekejap, berhenti, lepas tu menganggur sehingga dapat kerja yang sesuai, yang ikut citarasa anda sendiri…tak boleh macam tu sebab kita ada anak isteri untuk ditanggung dan disara dengan hasil gaji yang kita dapat setiap bulan…jadi, pastikan anda mempunyai keje yang stabil dan pendapatan bulanan yang tetap dahulu…

IKLAN

3. Perangai bujang.

Perangai bujang ni banyak kalau nak disenaraikan… melepak, keluar rumah ikut suka, balik rumah ikut suka dan sebagainya…maka kita perlu ubah semua ni, perlu ubah gaya hidup kita tu dengan bawa motor berhati-hati, kurangkan keluar melepak, keluar rumah pada masa-masa yang sesuai dan balik rumah sebelum tengah malam…didik diri untuk selesa dengan amalan macam tu supaya bila kita dah berkahwin, kita tak cenderung untuk buat perangai-perangai masa kita bujang dulu…

4. Belajar mengemas.

IKLAN

Jangan terus letak dalam minda yang kerja rumah adalah kerja isteri sahaja…kita sebagai lelaki juga perlu tahu untuk buat kerja-kerja rumah…perlu tahu cara menyapu sampah, mop lantai, kemas rumah, sidai baju, lipat baju dan sebagainya supaya bila kita dah berkahwin, kita masih boleh teruskan apa yang kita dah biasa buat, dah selalu buat tu…percayalah, ianya akan mengurangkan bebanan isteri sebanyak 50% dan lelaki nampak macho jika tahu untuk buat kerja-kerja rumah…

5. Berhenti jadi buaya darat, jaga pergaulan.

Sekrg, sebelum kawin, mungkin kita mempunyai ramai kawan perempuan…semua kita keep in touch, berhubung berjumpa dan keluar dengan mereka atas nama “kawan”…tp bila dah berkahwin, kita dah tak boleh keluar dengan perempuan walaupun dia itu seorang KAWAN SAHAJA sebab kita dah beristeri, dan tiada keperluan untuk kita ada kawan perempuan yang kita masih rapat lagi…kawan perempuan selepas berkahwin hanyalah si isteri seorang sahaja…anda dah perlu menjarakkan diri atau kurangkan berhubung saat anda bakal menjadi suami kepada seseorang…

Perkahwinan merupakan ikatan yang suci, yang menghalalkan hubungan antara seorang lelaki dan seorang perempuan…Perkahwinan bukan sekadar untuk memuaskan nafsu semata-mata tapi ianya merupakan 1 tanggungjawab dan 1 amanah untuk kita pikul, galas dan laksanakan sebagai seorang lelaki, suami, imam, pemimpin dan pembimbing kpd seorang perempuan yg diciptakan dari rusuk kiri kita yang bengkok, untuk diluruskan dalam kita menuju ke jalan yg diredhai Allah s.w.t…

Maka, ubah tabiat yang dinyatakan jika kita ada niat untuk mendirikan rumahtangga…

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI