Yang dah kahwin mesti faham bab ni, tapi mungkin ada jugak yang cuba pertikaikan, kenapa dah kahwin tapi tak nampak rezeki yang macam orang lain cakap. Lelaki bernama Amir Syahir ini kongsi, lepas kahwin rezeki tu bukan hanya RM semata-mata.

Selepas kahwin Allah pasti akan luaskan lagi pintu rezeki. Rezeki tu bukan hanya wang ringgit semata-mata. Ada orang lepas kahwin hidup bahagia bukan kerana duit, tapi hati rasa tenang dan duit pun sentiasa rasa cukup.

Anak pun rezeki juga. Kalau korang dulu hidup kucar-kacir, lepas kahwinhidup pasti akan teratur sikit. Makan pakai semua isteri korang handle.

Kalau isteri pulak, kalau dulu korang asyik tengok K-Pop, lepas tu nangis sorang-sorang, lepas kahwin ada la tempat untuk menitis kan air mata. Kalau ada masalah, ada teman untuk mengadu, teman untuk berkongsi rasa. Tu juga satu rezeki.

IKLAN

Kalau dulu korang demam sorang-sorang, bila dah kahwin ada orang jaga. Suapkan ubat. Sapu minyak angin. Haaa… kan tu rezeki.

Kalau dulu lone ranger je pergi sana sini, sekarang dah ada orang teman. Kalau dulu biasa tukar tong gas sendiri, dah kahwin suami pula akan tukarkan.

IKLAN

Kalau dulu korang solat asyik lambat je, apabila dah kahwin mesti korang malu jika isteri korang solat awal kan. Jadi, korang pun berazam nak berubah. Lama-kelamaan korang pula solat awal daripada isteri. Itu juga rezeki untuk berubah ke arah kebaikan.

Banyak lagi rezeki yang datang dalam pelbagai cara sama ada korang sedar atau tak je. Jadi bersyukur dan hargailah pasangan korang tu. Kekurangannya dilengkapi, kelebihannya disyukuri. Ingat, rezeki bukan wang ringgit semata-mata. Konsep rezeki tu luas.

IKLAN

Tapi satu je aku nak pesan, nak kahwin nanti janganlah buat pembiayaan peribadi. Tak payah lah nak buat majlis kahwin mewah sangat, sampai khemah kahwin pun ada 5 buah. Merana hidup korang nanti. Mungkin anak korang masuk tadika pun korang tak habis bayar lagi.

Korang yang belum kahwin tu, korang share je la status ni. Kah!

[ASY]

#AmirSyahir

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI