Soalan: Mohon terangkan iddah orang laki. Biasa kita dengar iddah orang perempuan sahaja.
Jawapan:
Sebelum dijelaskan jawapan bagi persoalan ini, dikemukakan terlebih dahulu takrifan bagi iddah dan nas syarak yang berkaitan dengannya.
Pengertian Iddah
Iddah ialah suatu tempoh masa yang dilalui oleh seseorang perempuan selepas perceraian atau kematian suami di mana dia tidak boleh menikah semula. Tujuannya untuk memastikan kekosongan rahimnya dari mengandung dan tempohnya bergantung kepada berapa kali dia mengalami haid. Biasanya, tempoh iddah bagi wanita sesudah cerainya dengan bekas suaminya yang dahulu adalah tiga kali suci kitaran haid dan wanita yang telah kamatian suaminya, tempoh iddah adalah selama 4 bulan dan 10 hari (dikira mengikut tahun Hijrah) .
Dalam tempoh iddah ini, bekas isteri diharamkan berkahwin dengan orang lain. Tujuan dikenakan iddah ialah bagi memastikan rahim wanita tersebut suci daripada sebarang janin bagi mengelakkan ketidakpastian nasab sebenar anak jika perkahwinan baru dengan lelaki lain berlaku. Dalam tempoh iddah, suami boleh rujuk kembali dengan syarat isteri adalah dalam iddah raj’ie.
Ads
Dalil Berkaitan Dengan Iddah
Iddah wanita yang masih didatangi haid, diceraikan semasa suami hidup:
Maksudnya: “Dan orang-orang yang mati di antara kamu serta meninggalkan isteri-isterinya hendaklah mereka (isteri-isteri) menunggu empat bulan sepuluh hari.”
(Surah al-Baqarah: 234)
Iddah bagi wanita hamil yang dicerai semasa suami hidup atau kematian suami:
Maksudnya: “Dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh iddahnya ialah sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya.”
Ads
(Surah at-Talaq: 4)
Berdasarkan kepada nas al-Quran di atas, ia jelas menunjukkan bahawa Allah SWT telah menetapkan kepada iddah bagi wanita sesuai dengan keadaannya selepas penceraian. Namun, bagi golongan lelaki pula mereka tidak mempunyai tempoh iddah sepertimana iddahnya wanita. Tetapi dalam hal-hal yang tertentu, lelaki juga mempunyai tempoh untuk dia tidak mengahwini wanita lain atau wujudnya penghalang untuk dia berkahwin. Dalam kitab ada menyebut bahawa ulama fiqh berpandangan bahawa iddah tidak wajib bagi lelaki. (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah: 29/306)
Berikut dibentangkan beberapa keadaan iddah bagi lelaki, antaranya:
Lelaki yang mempunyai empat orang isteri.
Apabila dia telah menceraikan salah seorang isterinya maka dia tidak boleh berkahwin lain melainkan selepas isteri yang dicerainya itu habis iddah talak raj’ie (cerai yang masih boleh rujuk).
Masih mempunyai pertalian dalam keluarga isteri.
Seorang suami tidak boleh mengahwini kakak isterinya atau ibu saudara isterinya melainkan selepas habis iddah talak raj’ie isterinya.
SUMBER : http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1863-al-kafi-li-al-fatawi-siri-ke-439-iddah-bagi-lelaki
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Salah satu yang buat isteri jadi serabut duduk rumah sendiri adalah persekitaran dan suasana yang dicipta.
Bukan sebab tak bahagia dengan suami tetapi ini juga kain baju yang tak pernah berkemas. Hah, cuba semak!
Isteri Jadi Serabut
Jadi pesanan buat golongan isteri, jika hati penghuni rumah rasa serabut tak tenang, anda boleh keluarkan semua barang tak guna dalam bilik tidur. Buang jika barang tu tak berguna atau sedekahkan kepada yang memerlukan.
Baju-baju yang tak guna, elok kutip bagi pada yang memerlukan. Jangan takut nak berkongsi jika apa yang ada itu langsung tak guna pun.
Kemudian jangan biar baju kotor berlonggok. Basuh cepat-cepat. Jangan sesekali tunggu baju kotor penuh bakul, baru nak basuh. Tak kan nak dobi baju 2, 3 helai. Rugi.
Cara Jimat Elektrik
Tetapi kalau nak jimat elektrik jangan basuh baju sehelai 2 guna mesin. Tunggu penuh baru basuh untuk jimat penggunaan elektrik. Nanti rugi karan. Apa yang anda dapat, satu perasaan cukup ‘puas’ bila tengok bakul kosong.
Itulah sebenarnya punca rasa serabut tak tenang sebab ada urusan yang kita belum selesaikan. Padahal kita dah solat dan beribadat baca Quran tetapi masih rasa ada sesuatu tak beres.
Jom, ubah mana yang patut! Semua isteri kena bertindak jika mahu bahagia dalam suasana rumahnya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap pasangan itu diberikan kelebihan masing-masing, jangan terkejut jika ada satu kajian dilakukan dan mendapati mencium ketiak suami boleh buat isteri bertambah cantik dan berseri!
Ramai yang menganggap ianya suatu yang lucu dan mengarut, sebenarnya dengan mencium ketiak suami boleh membantu anda menghilangkan stress dan membuatkanjiwa anda rasa tenang.
Kajian seperti yang dilaporkan oleh Jurnal Biology of Reproduction America, menyatakan hormon Phero yang terembes keluar dari ketiak suami dapat mengaktifkan hormon si isteri sehingga menghasilkan satu perasaan yang sangat damai dan tenang buat si isteri.
Dengan tidur atau berbaring pada ketiak suami, anda seperti mendapat “ubat awet muda” yang terus memberikan kecantikan secara semulajadi secara perlahan-lahan.
Ianya juga bersangkut paut dengan kemesrasaan suami isteri, orang tua-tua kata jika mahu hidup sentiasa ceria dan bahagia dengan pasangan harus tidur dilengan suami.
Sekaligus akan membuatkan si isteri menghidu bau ketiak suami, rasa ketenangan membuatkan isteri ceria dan bahagia. Oleh kerana tiada rasa stress, membuatkan si isteri sentiasa nampak cantik dan kemas.
Sumber : bukanaku
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Asam garam rumah tangga antara suami dan isteri mesti akan ada perselisihan faham satu sama lain.Dalam rumah tangga anda haruslah ada sifat bertolak ansur.
Bagi wanita anda perlu tahu batas anda sebagai seorang isteri. Jangan bersikap sehingga boleh membuat suami anda tidak suka. Jom lihat di bawah ini anda ada atau tidak perangai seperti ini. Bahaya!
1. Pentingkan diri sendiri
Mereka yang perangai sebegini selalunya tidak mengambil endah orang lain. Wanita sebegini hanya sibuk dengan keperluan diri sendiri sahaja sampai suami pun dia tak kisah. Jangan macam ini ok!
2. Suka cakap bohong
Semua orang tak suka kena tipu. Sama seperti diri kita juga tidak suka ditipu orang lain. Olehitu, elakkan daripada bersikap yang terlalu berahsia sampai sanggup berbohong.
3. Bercakap kasar
Wanita yang bercakap kasar sangat tidak disukai oleh lelaki. Bercakaplah dengan nada yang lembut kepada suami anda, jangan sampai menimbulkan kemarahan suami!
4. Suka susahkan keadaan
Mereka akan dianggap suka menyusahkan keadaan apabila ingkar apa yang diberi. Jika untuk tujuan kebaikkan, patutlah arahan suami anda. Jangan buat keadaan menjadi huru-hara.
5. Tidak bertanggungjawab
Mereka dikatakan tidak bertanggungjawab apabila selalu lepas tangan dan membiarkan tugasan yang sepatutnya diberi kepada suami. Dalam rumah tangga bekerjasama itu penting. Keluarga adalah tanggungjawab anda berdua.
6. Keras kepala
Wanita keras kepala agak sukar dibentuk kerana mereka ini tidak mahu dengar cakap orang lain. Elakkan jika anda ada perangai ini!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!