Tip berkesan untuk move on dari bekas kekasih

Tidak semua percintaan itu akan berakhir dengan kebahagiaan. Jika tidak mampu memiliki, melepaskan adalah jalan yang terbaik jika anda dan pasangan sudah tidak lagi sehaluan dalam meniti kehidupan.

Namun, jangan perpecahan itu dijadikan sebagai alasan untuk anda terus murung dan berkurung di dalam bilik sahaja. Itu bukan cara menghadapi putus cinta yang terbaik untuk dibuat.

Dalam usaha untuk move on dari bekas kekasih, ini yang perlu anda lakukan:

Lelaki Putus Cinta, Esok Dia Dah Move On, Betul Ke?

#1. Hentikan segala angan-angan
Kebanyakan individu tidak sedar bahawa kesedihan dan kesakitan yang dialami akibat putus cinta ini bukanlah disebabkan perpisahan itu sendiri. Namun, ia adalah disebabkan oleh angan-angan. Kenapa?

Ini kerana ramai pasangan yang berpisah masih mempunyai angan-angan tentang kehidupan mereka sekiranya masih lagi bersama. Inilah yang menyebabkan seseorang itu sangat susah untuk move on!

Jadi, sila hentikan segala angan-angan tentang bekas kekasih yang terdahulu. Sebaliknya, cuba berfikiran positif dan memandang ke arah realiti sahaja. Ketahuilah bahawa perpisahan anda dan pasangan itu pasti ada sebab dan hikmah tersendiri yang kita belum nampak.

IKLAN

#2. Putuskan semua talian dengan bekas kekasih
Mungkin bagi segelintir individu, ada yang masih mampu menjalinkan persahabatan dengan bekas kekasih. Namun kebanyakan orang tidak bersetuju dengan cara ini kerana ia hanya akan membangkitkan kembali rasa cinta yang pernah ada semasa bercinta dahulu!

Jadi, sila putuskan segala talian dengan bekas kekasih buat seketika. Jika perlu, padamkan segala gambar, video, nombor telefon serta akaun media sosial mereka di telefon pintar anda. Ia adalah pilihan yang terbaik.

Namun, lain pula ceritanya jika kalian punya anak bersama. Demi kebaikan hidup si manja anda, pastikan anda kekal berhubungan dengan si dia. Cuma, bataskan perhubungan untuk berbicara tentang anak sahaja.

Jika hubungan itu telah terkubur bertahun lamanya dan rasa cinta itu telah tiada dalam sanubari anda, tidak salah untuk kembali menghubungi mereka sekadar untuk bertanya khabar.

IKLAN

#3. Maafkan segala salah silap bekas kekasih
Ramai orang kata bahawa memang mudah untuk memaafkan, namun sukar untuk melupakan segala salah silap seseorang terhadap kita. Ya, ia adalah pernyataan yang sangat betul namun tidak wajar untuk diamalkan.

Ini kerana ia hanya akan membuat kita menyimpan perasaan dendam terhadap bekas kekasih. Sebaliknya, cuba ajar diri anda untuk memaafkan dan melupakan segala kesalahan dan kesilapan yang pernah mereka lakukan kepada anda walaupun ia cuma sebesar zarah sahaja!

Dengan cara ini, anda secara tidak langsung dapat ‘membuang’ segala kaitan yang menghubungkan anda dan bekas pasangan. Hasilnya, dapatlah anda melahirkan seorang insan baharu yang lebih kuat jiwa dan raga.

#4. Muhasabah diri sendiri selepas putus cinta
Selain itu, jangan hanya salahkan bekas pasangan semata-mata. Ketahuilah bahawa perpisahan kalian berdua sedikit sebanyak mungkin berpunca dari diri anda juga. Jadi, sila muhasabah diri sendiri.

IKLAN

Mungkin anda tidak sedar bahawa terdapat beberapa kekurangan pada diri sendiri yang menjadi punca anda dan bekas kekasih putus cinta. Oleh itu, perbaikilah ia agar anda mendapat versi diri sendiri yang terbaik.

Ini adalah penting untuk percintaan baharu pada masa akan datang. Anda pasti tidak mahu pisang berbuah dua kali bukan?

#5. Sayangi diri anda sebelum orang lain
Akhir sekali, terdapat satu pengajaran yang paling utama selepas anda putus cinta dengan bekas kekasih iaitu sila sayangi diri anda sebelum orang lain!

Ini kerana kesedihan dan kesakitan yang anda alami selepas berpisah dengan si dia adalah disebabkan oleh anda yang terlalu menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap orang lain sebelum diri anda.

Ia adalah satu perbuatan yang salah. Hakikatnya, tiada apa yang lebih penting dari kebahagiaan diri anda sendiri. Ketahuilah bahawa jika anda tiada dalam hidupnya, si dia masih lagi sama sahaja seperti dahulu.

SUMBER : (https://hellodoktor.com/).
OLEH :

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI