Perkongsian dari Hairul dari C.O.M   yang bekerja sebagai pengurus di www.bookcafe.com.my yang bertunang lebih sebulan ketika itu.

Saya hanya sempat bertunang lebih sebulan sebelum terus bernikah. Sedangkan, waktu itu saya belum bersedia daripada mana-mana segi urusan teknikal lagi seperti kursus kahwin, pengesahan bujang, borang itu borang ini, dan macam-macam lagi.

Semuanya saya buat dalam masa sebulan dan Alhamdulillah ia sempat.

IKLAN

Lelaki Sangat Bagus Bernikah Awal Supaya Boleh Kumpul Pahala Sebagai Suami

Bagaimana boleh terjadi begitu?

Selepas saya bertunang, barulah saya tahu, yang abang kepada tunang saya akan melangsungkan pernikahannya. Hanya selang waktu sebulan lebih.

IKLAN

Saya pula, memang mahu bernikah pada tahun ini, cuma belum pasti tarikh, dan saya fikir sangat elok sekiranya disekalikan dengan pernikahan abangnya.

Lelaki Sangat Bagus Bernikah Awal Supaya Boleh Kumpul Pahala Sebagai Suami

IKLAN

Pertama sekali, kos dapat dijimatkan. Keduanya, kerja kenduri kahwin adalah kerja yang penat, jadi sekiranya berdua ia akan mengurangkan penat.

Juga, saya mahu mengambil peluang bernikah awal. Sebab, sekiranya tidak, pasti penat kenduri kahwin di sebelah pihak perempuan itu akan melewatkan niat tadi hingga ke tahun depan.

Yang lebih utama daripada semua itu, saya cepat-cepat mahu beroleh pahala sebagai suami.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI