Ada ke lelaki yang takut untuk berkahwin kerana bimbang akan ‘berisi’? Semua ini bukannya masalah besar kerana sebagai lelaki anda boleh menjadi ‘cikgu’ senaman unutk isteri dan keluarga. Tapi, kenapa agaknya lelaki yang berkahwin akan mengalami masalah berat badan?

 

 

Isteri

Isteri ini diletakkan sebagai salah satu punca utama suami naik badan. Setiap kali balik dari pejabat, hidangan atas meja sangat menggiurkan. Maklumlah, bila baharu kahwin mereka pun teruja untuk tunjukkan skil memasak. Ketika ini, impian untuk menjadi isteri yang serba boleh sangat menebal.

 

IKLAN

“Saya akan jadi isteri yang bekerjaya dan pada masa sama tetap boleh menguruskan rumah denganbaik. Saya boleh masakkan makanan kegemaran abang untuk sarapan dan makan malam.”

 

Ha, nampak tak di sini? Isteri memang tak akan kecewakan kita dengan masakannya. Selagi dia boleh belajar memasak, selagi itu dia akan berusaha. Dan mangsanya? Andalah!

 

IKLAN

 

Masa

Bila sudah berumahtangga, jadual waktu anda agak padat setiap hari. Sudah tentu anda mahu meluangkan masa untuk bersama isteri di rumah. Kalau sebelum ini akan banyak menyertai sukan seperti badminton, futsal dan macam-macam lagi pada waktu malam, bila dah jadi suami perlulah kurangkan itu semua. Kasihan isteri keseorangan di rumah. Lagipun sewaktu bercinta dahulu jarang-jarang dapat berjumpa. Dah halal ni, memang seronoklah buat aktiviti di rumah dengan isteri.

 

IKLAN

Anak

Perkahwinan yang dipermudahkan dengan zuriat memang idaman semua pasangan. Bila dah ada anak, anda tentu mahu bermain dengan mereka selepas seharian bekerja. Rindu tau bila anak-anak dihantar ke taska ketika anda keluar bekerja. Sebaik jumpa mereka di rumah, anda tentu tak mahu lepaskan peluang untuk main bersama.

 

Market

Ada juga lelaki yang mula tidak hiraukan penampilan diri apabila sudah berkahwin. Waktu bujang dahulu, kenalah jaga badan untuk tarik perhatian wanita. Lagipun ketika itu banyak masa boleh digunakan untuk bersenam. Jadi bila dah kahwin ni, cukuplah dengan seorang isteri. Duduk rumah, tatap wajah isteri, makan masakan isteri dan bergurau senda dengan isteri dah mencukupi.