Mengukur keikhlasan dan ketulusan hati seorang lelaki yang mencintai anda ada banyak caranya. Antaranya, melihat bagaimana dia cuba perjuangkan restu dari ibu bapa anda. Restu ibu bapa adalah sesuatu yang sangat penting dalam perhubungan agar diberkati dan bahagia.

 

Jika dia benar-benar tidak bermain dengan perasaan anda, dia akan melakukan yang terbaik untuk membuat janji suci dengan anda. Perkahwinan adalah masa yang sangat suci dan penting. Hanya lelaki yang telah membuktikan perjuangan mereka dapat membuat anda bahagia.

 

1.Restu menjadi pengantara kebahagiaan

IKLAN

Apabila kebahagiaan anda turut menjadi kebahagiaan ibu bapa anda, semuanya akan rasa lebih indah. Restu boleh membuka lebih banyak pintu kebahagiaan. Ada doa khusus dilakukan untuk anda. Ada harapan terbaik yang diberikan kepada anda sahaja. Dan itu boleh menguatkan pertalian hubungan anda ke hadapan.

 

2.Lelaki sejati tidak akan bermain dengan perasaan anda

IKLAN

Berapa kali anda bertemu lelaki yang biasanya hanya bermain dengan hati anda? Ia jelas sangat menyeksakan. Kesakitan dan luka perih menjadikan kehidupan anda lebih menderita. Dan hanya lelaki yang berani bertarung untuk restu bubapa anda akan membuat anda bahagia di masa depan.

 

3.Perkahwinan juga menyatukan dua buah keluarga

IKLAN

Perkahwinan tidak hanya menyatukan dua orang insan. Tetapi juga dua buah keluarga. Ikatan dan janji suci yang diucapkan akan menjadikan kedua-dua pihak keluarga bersatu. Jadi restu sangat penting untuk kebaikan keluarga bersama-sama.

Mudah-mudahan, dengan ini anda boleh disatukan dengan pasangan yang terbaik. Seseorang yang ikhlas mencintaimu dan bersedia untuk memperjuangkan restu ibu bapa anda. Dengan cara itu, hidup bersamanya akan memberi anda ketenangan fikiran dan hati.

 

Kredit foto: TANGKAP PICTURES

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI