Patutlah pasangan ini dimewahkan dengan rezeki. Setiap kali tengok video Hanis Zalikha dan Hairul Azreen, rasa nak tersenyum je. Anak-anak pun comel dan bijak. Inilah yang Allah janjikan apabila suami isteri berbuat baik dengan pasangan.  

 

Lembut Je HAIRUL AZREEN Pujuk HANIS ZALIKHA Nak Beli Motor, Patutlah Pasangan Ni Mewah Rezeki! 
Kredit foto: Instagram Hairul Azreen

  

Dalam satu perkongsian video di akaun Instagram Hairul, anak kedua pasangan ini, Alisa Aisyah membawa trofi kemenangan Hairul untuk ditunjukkan kepada Hanis. Sempat juga Hairul memujuk Hanis untuk membeli sebuah motor jenama Yamaha. Sambil menunjukkan isyarat tangan, Hanis seolah-olah mengiyakan permintaan Hairul. 

  

Yang menjadi perhatian adalah apabila followers Hairul melihat bagaimana pasangan ini berkomunikasi sesama mereka. Lembut sungguh tutur kata mereka. 

 

Lembut Je HAIRUL AZREEN Pujuk HANIS ZALIKHA Nak Beli Motor, Patutlah Pasangan Ni Mewah Rezeki! 

 

Lembut Je HAIRUL AZREEN Pujuk HANIS ZALIKHA Nak Beli Motor, Patutlah Pasangan Ni Mewah Rezeki! 

 

Lembut Je HAIRUL AZREEN Pujuk HANIS ZALIKHA Nak Beli Motor, Patutlah Pasangan Ni Mewah Rezeki! 

 

IKLAN

Lembut Je HAIRUL AZREEN Pujuk HANIS ZALIKHA Nak Beli Motor, Patutlah Pasangan Ni Mewah Rezeki! 

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen)

 

Nak jadi isteri yang lemah-lembut ni tak perlu skil pun. Asalkan anda berpegang kepada 10 perkara yang dikongsikan Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah ni.

 

Hari ini Tok Abah nak berkongsi berkenaan dengan 10 Ciri-ciri Isteri Idaman Suami. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada sahabat yang membaca. 

 

  1. Kecantikan Dalaman

Kecantikan dalaman akan menyerlahkan keindahan hati dan perilaku seseorang wanita. Walaupun berpewatakan lemah lembut, mereka masih mempunyai nilai dan prinsip untuk mencari nama dan wang, tidak mengikut hawa nafsu dan tidak akan menuntut sesuatu yang bukan miliknya. Selain itu, nur akan terpancar di wajah wanita yang mempunyai minda dan hati yang suka bersangka baik. 

IKLAN

 

  1. Keanak-anakan

Sifat semulajadi lelaki yang suka membela, menjaga, melindungi dan suka membimbing membuatkan mereka suka kepada wanita yang keanak-anakan dan manja. Namun, harus diingat, sifat keanakan yang terlampau juga boleh memperlihatkan wanita itu kurang matang dan membuatkan lelaki menyampah. Antaranya, bercakaplah dengan nada yang lemah lembut dan perilaku yang sopan santun. 

 

  1. Bepegang Kepada Agama

Berpegang kepada agama akan mengangkat martabat diri seorang wanita. Rasullulah menekankan, pilihlah yang beragama kerana agama menjadi kekuatan wanita melindungi maruah diri demi suami tercinta. 

 

  1. Bijaksana

Wanita yang bijak tetapi tidak menunjukkan memang menjadi idaman lelaki. Jika wanita suka menunjuk-nunjuk, ia boleh mencabar ego lelaki dan menyebabkan lelaki menyampah serta tidak berani mendekatinya. 

 

  1. Tidak Cerewet

Wanita yang cerewet boleh merimaskan lelaki. Mulut wanita yang suka mengkritik, memperbesarkan perkara yang kecil, berceloteh benda yang sama dan bercakap tentang sesuatu yang tidak berasas memang menjengkelkan lelaki. Wahai wanita, anda dinasihatkan berkatalah dengan perkataan yang indah, menghiburkan dan bermanfaat sahaja. 

IKLAN

 

  1. Memahami Lelaki

Jadilah wanita yang peka dan mempunyai gerak hati yang kuat untuk memahami lelaki. Ini kerana lelaki mengimpikan pasangan yang mampu memahami situasinya dalam suka dan duka dengan membaca riak wajah tanpa perlu berbicara. Lantas, bertindak menghiburkan dan memberikan semangat dan kekuatan. 

 

  1. Tidak Terlampau Cemburu

Lelaki tidak suka wanita yang suka mengongkong dan cemburu buta. Jangan suka membuat tuduhan yang beremosi tanpa bukti yang kukuh. Lebih elok bersangka baik dan berbincang dengan cara yang paling berhemah sebelum membuat tuduhan melulu. 

 

  1. Sejuk Mata Memandang

Wanita yang sentiasa bersopan santun, manis wajah, sentiasa senyum, menutup aurat, ramah mesra dan menundukkan pandangan secara tidak langsung, akan mendamaikan perasaan lelaki. 

 

  1. Pandai Menaikkan Semangat Dan Motivasi

Lelaki lebih tertarik untuk mencari wanita yang pandai menaikkan semangat dan bermotivasi. Wanita ini bukan sahaja menjadi dorongan kepada suami, malah berbakat menjadi ibu yang mampu merangsang anak-anak menjadi cemerlang. 

 

  1. Sabar

Lelaki suka akan wanita yang bersabar dan tabah dengan segala ujian yang dilalui. Menjadi idaman setiap lelaki bergelar suami, jika sedang ditimpa kesusahan, datang seorang isterinya yang solehah dan penuh kesabaran, berkata, “La Tahzan! Inna Allaha ma’a na” (Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita). Nikmat mana lagi yang lelaki inginkan selain dari isteri yang solehah? 

 

DATO’ DR HAJI MOHD FADZILAH KAMSAH 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI